Wednesday 29 February 2012

WORDLESS WEDNESDAY





BURLB...KENYANG, ALHAMDULILLAH =)

JOM EXCHANGE LINK!!!

ASSALAM SEMUA...

Korang, jom exchange link korang tu dengan mila... korang drop by korang nye link dekat comment entry ni, then, mila will link back blog korang k...

salam sayang,

cik MILA

Tuesday 28 February 2012

AAWD BUAT CONTEST!!!


ASSALAM SEMUA...

SEMPENA ANNIVERSARY KAMI YANG KE-6,
MILA BERBESAR HATI NAK BUAT CONTEST UNTUK UOOLLSS...

THIS IS OUR FISRT CONTEST UNTUK SEMUA FAN KAMI DI FB DAN FOLLOWER/SILENT READER UNTUK BLOG NI...

HERE THE REWARD!!!


1st PRIZE - MINI PELAMIN worth RM350
2cd PRIZE - MINI PELAMIN vaoucher RM150
3rd PRIZE - MINI PELAMIN voucher RM50

3 HADIAH SAGUHATI BERUPA

FREE RENTAL BANTAL NIKAH 1 PCS WORTH RM30

FUHHH, MENARIK BUKAN!!!

SO,

MACAM MANE NAK JOIN CONTEST NI???

SENANG AJO...

1) LIKE OUR FAN PAGE AZMAH AHMAD WEDDING DECOR & EVENTS

2) BE OUR FOLLOWERS
FOR BOTH BLOG

3) WRITING AS SIMPLE AS YOU CAN ABOUT 
YOUR DREAM WEDDING THEME 
IN YOUR BLOG
TAK ADA BLOG? DONT WORRIES, EMAIL JE CERITA ANDA ITU DEKAT KAMI at azahmad.weddingdecor@gmail.com
UNTUK YANG TULIS DEKAT BLOG KORANG TU, EMAIL JUGA LINK ENTRY TU DEKAT azahmad.weddingdecor@gmail.com

TUJUAN EMAIL, UNTUK MILA TRACE PENYERTAAN KORANG

4) SETIAP CERITA/ENTRY KORANG TU, SILA SERTAKAN 
~ 1 GAMBAR WEDDING THEME ANDA ~
NAMA KORANG & PASANGAN~

TUJUAN - MILA AKAN UPLOAD GAMBAR, NAMA KORANG DAN PASANGAN DALAM ALBUM OUR FIRST CONTEST DI FB AAWD

GAMBAR YANG TELAH KAMI UPLOAD, UOLLS BOLEH SHARE, IF 'LIKE' KORANG LEBIH DARI ORG LAIN, ITU ADALAH BONUS UNTUK KORANG, SEBAB PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN ENTRY/CERITA YANG KREATIF, IF BANYAK CERITA/ENTRY YANG KREATIF DAN KTRG PON PENING-PENING NAK PILIH PEMENANG, 'LIKE' ITU LAH ('LIKE' YANG PALING BANYAK) YANG AKAN MENENTUKAN PEMENANG

JURI TERDIRI DARIPADA - 3 ORANG TEAM MEMBER AAWD

ITU SAHAJA!!!
SENANG KAN...

SO, APA LAGI JOM JOIN CONTEST NI DARI 
28 FEBRUARY 2012 HINGGA 25 MARCH 2012
PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 30 MARCH 2012

HADIAH BOLEH DITUNTUT UNTUK MAJLIS 2012 & 2013
FOC TRANSPORTATION FOR KLANG VALLEY AREA

MINI PELAMIN - SESUAI UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN /PERTUNANGAN / KHATAM ALQURAN

TILL THEN,

GOOD LUCK KORANG!!!

salam sayang,

cik MILA

Monday 27 February 2012

MY DIY PROJECT

ASSALAM SEMUA... =)

MODE: HAPPY...

heee...tapi tak lah happy sangat sebab mila tengah kompius ni @@
ohh... begini, hari sabtu yang lepas, mila pergi pameran pengantin dekat SACC mall... korang pergi tak? pergi? tak jumpa pon korang kat sana... heee... okey, tak pe, tak pe... sila abaikan kemerepekkan saya ini...
mila pergi dengan ibu, ayah and encik Qayum, motif utama, jalan-jalan cari pasal... erkhhh... heee... taklah... mila and encik Qayum nak usha-usha kad kawen, orang kata if booking dekat pameran pengantin, price nye sangat kebabbom plus dapat macam-macam, ibu and ayah mila pulak, saje datang cuci-cuci mata, kot-kot berkenan dengan mana-mana catering untuk majlis kakak mila hujung tahun ni... 
okeyh, back to kad kawen punya cerita... jalan punya jalan, semua booth kad kawen mila terjah, tapi kan, tak de yang seperti yang diimpikan...sob..sob... sedih lah... nape diorang tak de kad kawen yang mila nak tu...huuu...mila kalau boleh nak kad kawen yang ada lace atas and bawah kad... gambar tak de...so, x leh nk gambarkan kat korang... 
if x jumpa mila rasa nak DIY je kad kawen tu nanti... korang rasa ok ke DIY kad kawen? encik Qayum cakap, buat pe lah susah-susah nak buat kad kawen, kite g tempah je lah nanti... tapi kan, if boleh, mila nak kad kawen tu nanti ikut citarasa cik MILA... wah... mengada je kan cik MILA nih... @@

okeylah...takpe-takpe, tinggal kan sekejap cerita kad kawen, jom scroll down list DIY project yang bakal cik MILA 'DIY' untuk majlis khatam quran, majlis pernikahan, majlis resepsi cik MILA dan majlis resepsi encik Qayum nanti...

MAJLIS KHATAM QURAN

1) MINI PELAMIN (THEME - ALL WHITE)
2) BEADING BUSANA 
3) DECO DOOR GIFT
4) KAD JEMPUTAN 50 pax

MAJLIS PERNIKAHAN

1) DAIS (THEME - GARDEN - APPLE GREEN, WHITE) WITH AAWD MEMBERS
2) HANTARAN 11 DULANG (THEME - APPLE GREEN, WHITE, CHAMPAGNE, SOFT PINK)
3) BEADING BUSANA (BAJU KURUNG MODEN + VEIL)
4) KAD JEMPUTAN 150 pax

MAJLIS RESEPSI CIK MILA

1) DAIS (THEME - GARDEN - APPLE GREEN, WHITE, CHAMPAGNE, SOFT PINK) WITH AAWD MEMBERS
2) MAIN TABLE DECO WITH AAWD MEMBERS
3) WALKAWAY DECO WITH AAWD MEMBERS
4) CENTER PIECE DECO WITH AAWD MEMBERS 
5) PHOTO GUEST BOOTH DECO WITH AAWD MEMBERS
6) GUEST BOOK
7) KAD JEMPUTAN - KIV
8) DOOR GIFT - KIV
9) DESIGNING BUSANA CIK MILA & ENCIK QAYUM

MAJLIS RESEPSI ENCIK QAYUM

1) DAIS (THEME - ARABIAN - RED, GOLD, YELLOW, DARK BLUE, MAROON) WITH AAWD MEMBERS
2) MAIN TABLE DECO WITH AAWD MEMBERS
3) WALKAWAY DECO WITH AAWD MEMBERS
4) CENTER PIECE DECO WITH AAWD MEMBERS 
5) PHOTO GUEST BOOTH DECO WITH AAWD MEMBERS
6) GUEST BOOK
7) KAD JEMPUTAN - KIV
8) CANDY CORNER
9) WESTERN CORNER
10) DESIGNING BUSANA CIK MILA & ENCIK QAYUM

hmmm... dasyat betul project DIY cik MILA nih... adoiaaiii... erkkk... korang jangan pelik tengok list DIY cik mila ni, memang mila beniat nak DIY je semua ni... harap-harap menjadi la erk... thats's why our preparation start now even majlis next year. tapi kan korang, bukan mila je sorang-soramg buat semua ni, ada member team AAWD yang akan tolong... doa-doakn semua ni berjalan dengan lancar ya... amin...

nota kaki: list down ni as my guidline apa yang mila nak buat dolu, since macam semua benda buat sendiri... hohoho

Thursday 23 February 2012

SURAT ONLINE UNTUK AWAK

ASSALAMUALAIKUM

Dear Mr Fiance, ABDUL QAYUM ABD RAZAK

Saya baru je khatam novel on9 karangan Fatin Farehah aka IEMAH bertajuk KERANA CINTA ITU. Novel yang sungguh syahdu dan penuh dengan air mata... dan saya tertarik dengan sepotong ayat dan firman Allah yang deselitkan dalam novel tersebut berbunyi

Mencintai isteri itu adalah Sunnah RASULULLAH S.A.W yang wajar di ikuti oleh semua para suami yang beriman, Isteri adalah anugerah yang istimewa daripada ALLAH kepada seorang suami untuk dipelihara dengan baik sebagaimana sang suami memelihara dirinya sendiri.
Firman ALLAH yang bermaksud:
Isteri-isteri kamu adalah pakaian kamu, dan kamu pula adalah pakaian mereka.
(Pakaian merujuk kepada maruah dan perlindungan. Ianya juga bersifat kebanggaan dan kemegahan. Pakaian juga memperlihatkan kecantikan dan kemuliaan. )

Semoga awak nanti akan jadi seorang suami yang beriman dan mencontohi RASULULLAH dalam setiap tindak tanduk awak kelak... saya pon nak jadi macam SITI KHADIJAH yang sangat taat akan perintah suami beliau... INSYAALLAH...

so, minggu ni jangan lupa janji kita nak pergi PAMERAN PENGANTIN DEKAT SACC tau... heee


salam sayang,

tunangmu, cik MILA

P/S: untuk semua readers yang minat baca novel, meh jengok-jengok blog cik imah INI... NOVEL die superb!!! thumbs up!!! keep writing dear.. u such a talent writer lol =) 

TIPS 1: DIY PELAMIN DARI MILA AAWD

ASSALAM SEMUA...

Hari ni mila nak share sedikit pengalaman tak seberapa mila sepanjang menjadi designer pelamin di AAWD... untuk maklumat, AAWD ni baru je lahir last year... mendapat inspirasi dari ibu mila dan sokongan keluarga, mila dengan rasa berbesar hati menguruskan business ni... 

okey, back to our main topic, tips pelamin kan...mila akan share with all of you beberapa tips ringkas untuk DIY you own mini DAIS/PELAMIN...

 lately, design pelamin di pasaran banyak mengunakan penggunaan kain sebagai backdrop. Ia nampak simple and sweet...Tambahan pula, cost nya agak murah jika nak di bandingkan dengan pelamin yang ada frame/backdrop... 
Untuk menjadikan pelamin korang tu nampak sedap je mata memandang, pemilihan warna adalah sangat penting... if korang tengok, warna putih akan beri effect suci dan nampak lebih elegant...


CONTOH PELAMIN AAWD - ALL WHITE

untuk yang suka pada tema 'sweet-sweet', warna-warna seperti pink, shocking pink, dan dusty pink sangat sesuai. selalunya warna-warna ni di jadikan sebagai warna tema majlis tersebut. tapi, jangan silap, warna-warna ini hanya perlu di jadikan sebagai main color, bukan nye semua benda nak color ni... contohnya, jika tema korang tu warna shocking pink, backdrop pelamin haruslah di gabungkan dengan warna cream atau putih. pemilihan bunga haruslah juga mengikut tema majlis, contoh nya, jika backdrop/ tirai pelamin korang color pink+cream/ putih, color bunga yang sesuai haruslah dari color pink + shocking pink + soft purple + cream. variasi warna untuk bunga akan buat pelamin tu nanti nampak berseri dan sedap mata memandang... selalunya penggunaan warna pastel yang banyak untuk bunga, bila di gabungkan dengan warna bunga yang terang akan nampak pelamin itu bertambah cantik.


PELAMIN AAWD, PENGGUNAAN PASTEL COLOR.


If warna background kain tu macam gambar di bawah ni (both warna terang (pink) dah cerah (cream) equal), lebihkan warna bunga yang terang, hanya selit kan warna cream/putih/soft pink bagi menaikkan seri pelamin tersebut... dan untuk pemilihan carpet sebagai stage, guna lah warna putih untuk mendapatkan effect luas...


MINI PELAMIN YANG DI 'DIY' OLEH ONE OF OUR CUSTOMER DI KEDAH

untuk makluman, customer mila ni just sewa item-item di atas dan die 'DIY' sendiri pelamin ni berdasarkan sketches yang mila buat... =D
untuk yang nak 'DIY' sendiri korang punya pelamin tu, jangan segan silu email kan pertanyaan korang dekat azahmad.weddingdecor@gmail.com, mila akan sedaya upaya untuk reply email-email korang tu secepat mungkin dan jangan risau, mila tak charge pon harga sketches dan consultation... ianya free untuk anda-anda semua my lovely readers yang booking 'DIY' item ni... 

NOTA CINTA: Dear B2B, as long as you have time, energy, idea and creativity, u may Do It Yourself your own mini pelamin what... but, ensure it is within ur budget okeyh!!! 
good luck untuk semua!!! =D 

till then,

harap, tips ringkas yang mila berikan ni membantu korang semua....

salam sayang

cik MILA

Tuesday 21 February 2012

REVIEW: PHOTO BOOK ENGAGEMENT PART 1

ASSALAM SEMUA...

Photo book engagement mila dh siap edit!!! heee... mila edit sendiri tau... guna software photobook malaysia...
sebenarnya, masa bulan 9 hari tu, mila ada beli groupon voucher untuk custom made photo book, just bayar RM68 untuk photo book price RM256!!! wee... super duper jimat kan... tu sebab nye mila request dekat OP engagement hari tu mila just nak soft copy gambar, album tak perlu sebab dah beli voucher dkt groupon... so, OP mila pon hanya charge price yang sangat super duper best dekat mila since die pon my classmate, heee... tenkiu again ENCIK OP, untuk kenal lebih lanjut OP engagement mila, refer entry INI erk...

back to photobook nye cerita, ampun dan maaf untuk ibu mila sebab asal mila balik cheras je die tanya mana album tunang hari tu... mila pon jawab, tak buat lagi la bu...

oleh kerana kekangan waktu, memang tak sempat nak ngadap lappy tok edit photobook ni, tapi, semalam tetiba mila teringat voucher ni valid sampi 15 march 2012 je, so, mila pon laju-laju buka sofware photo book ni dan mula kan proses meng'edit' dan pilih gambar...



here the software details, heee.. maaf, gambar yang kurang memuaskan sebab amik pix ni gn hp je...

alhamdulillah, setengah hari mengadap lappy, akhirnya, siap juga proses meng'edit' ni... dan mila pon terus hantar order melalui online kepada pihak photobook malaysia... so, sekarang, just tunggu album ni siap, katanya 5-7 hari bekerja... wee... tak sabar nak tengok hasil sendiri... hopefully, jadi cantik macam photo book kat bawah ni...




owwwhhh.... sgt adore gile photo book macam ni... 

untuk semua, groupon skang ni tgk buat promotion tau... hanya beli voucher groupon bernilai RM68, korang dapat photobook bernilai RM188... AWESOME KAN???!!!

so, apa lagi, usha-usha tau voucher tu di SINI

SELAMAT BERSHOPPING DAN BERKREATIF!!!

TILL THEN,

erkk...jap-jap, hopefully mila dapat photobook mila ni mggu depan sebab minggu depan juga mila nak balik kampong sebelah ibu mila di singapore and nak tunjuk dekat makcik-makcik di sana gambar engagement hari tu... heee...

again, till then,

salam sayang,

cik MILA

LUAHAN RASA SEORANG TEMAN

ASSALAM SEMUA...

Lagi 2 minggu kita semua dah nak masuk bulan MAC, cepatnya masa berlalu kan... dan alhamdulillah, tempahan   AAWD juga semakin bertambah baik... boleh di katakan setiap minggu di bulan MAC kami telah mendapat tempahan pelamin... bulan MAC juga, seorang teman mila akan menamatkan zaman bujang beliau... dan mila terlibat untuk menjayakan majlis beliau tu cz member mila ni tempah pelamin nikah dengan AAWD... 
nak di jadikan cerita, masa jumpa member mila ni dekat rumah beliau, beliau mengadu dkt ktrg mengenai kerisauan beliau terhadap wedding planner beliau.. untuk makluman, member mila ni dah buat tempahan khemah, catering, makeup, busana L/P, pelamin bwh canopy dengan sebuah butik di Bangi,(masa ni AAWD baru je lahir...heheheh)  total keseluruhan berjumlah RM27k. First time mila dengar jumlah yang bukan sedikit  hanya untuk package di rumah untuk tempahan 1200pax... dan member mila ni sendiri tak tau apa jenis khemah diorang dapat nanti, arabian ke, pyramid ke... sebab WP tersebut tidak menjelaskan perkara-perkara dan item-item yang mereka provide secara terperinci walaupon telah ditanya beberapa kali.... hhhmmmm... korang rasa-rasa lah, jumlah RM27K ni banyak ke banyak untuk servis2 yang mila bg tau tadi???
dan yang paling mila tak pernah dengar, WP ni mintak member mila ni bayar 90% bayaran dari total keseluruhan 2 minggu sebelum hari majlis beliau nanti... member mila dan keluarga nya dah beberapa kali meminta dan memohon pihak WP ni bertimbang rasa untuk memberi tempoh kepada beliau sekeluarga untuk menjelaskan bayaran mereka pada hari majlis, dukacitanya, WP ni tidak mengendahkan permintaan mereka itu...

pengalaman mila la kan sepanjang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan majlis perkahwinan ni, untuk membuat tempahan, sekurang-kurangnya, customer, perlu membuat bayaran deposit 10% daripada total bayaran, dan selebihnya, 30% atau 40% sebulan/dua bulan sebelum majlis, 40% dua minggu sebelum majlis, dan bakinya pada hari majlis di langsungkan (percentage ini berbeza mengikut mode of business tersebut)... dan negotiate itu perlu ketika urusan booking... vendor perlu mendengar pendapat customer, dan begitu juga sebaliknya... barulah deal tersebut berjalan lancar.... hehehehe... (maaf ya, ini pendapat peribadi mila, jika ada yang bercanggah dengan anda-anda di luar sana, x dpt den nak tolong =)

berbalik kepada luahan teman mila tu, beliau juga di tengking dgn dasyatnye oleh adik kepada WP tersebut kerana bertanyakan soalan ini...

if saya dah bayar 90% ni, if jadi apa-apa pada butik ni dan tak sempat nak buat majlis saya macam mana ya??? (ayat lebih kurang macam ni ye... if sebijik, mana nak ingat... hhehhehehe...)

dan balasan kepada jawapan ini,

itu kerja tuhan (dalam keadaan marah dan suara yang tinggi)

padahal, menurut member mila ni, sebelum beliau membuat bayaran booking, WP memberi layanan 1st class kepada beliau sekeluarga...

dan, banyak lagi, isu-isu yang merisaukan member mila ni terhadap WP beliau, cuma, mila hanya dapat ceritakan isu ini sahaja... yang lain, biarlah rahsia.... erkk... tak lah... if korang nak tau details, email mila erk, takot panjang sangat entry ni nanti if semua mila cerita di sini... heeee

so, if korang berada di tempat kawan mila ni, korang rasa korang susah hati juga tak? lagi-lagi majlis korang hanya tinggal 3 minggu je lagi... hmmm... bila dengar cerita ni dari teman mila, rasa simpati sangat dekat die dan berharap beliau tak terlalu stress mengenai isu ini... 

to my dear frens A, jangan susah-susah hati okeyh... mila doakan majlis A berjalan lancar nanti... amin...
semoga segalanya nanti akan di permudahkan... insyaALLAH... tabahkan hati okeyh...

p/s: untuk makluman, member mila ni yang minta mila buat entry ini untuk kita sama-sama beringat untuk lebih berhati-hati ketika memilih vendor majlis bersejarah kita nanti, yelah, kawen bukan selalu, kalau boleh, mendapat yang terbaik kan lebih baik...

till then,

salam sayang,

cik MILA



Sunday 19 February 2012

BERITA BAIK DARI AAWD!!!

ASSALAM SEMUA...

Entry hari ni mila nak inform korang AZMAH AHMAD WEDDING DECOR & EVENTS nak buat contest, dan hadiah utama nya berupa sesuatu yang bernilai RM350... so, apa tggu lagi, jom kita ramai 'LIKE' status AAWD di FB untuk menjayakan dan menyokong lagi contest ini.... boleh refer gambar di bawah untuk lebih details...






p/s: contest akan bermula pada 28 FEBRUARY 2012, lets spread the news and join the contest okeyh...

till then,

salam sayang,

cik MILA

Saturday 18 February 2012

WEDDING PREPARATION: OP AND OV, BOOKED!!!

ASSALAM SEMUA...

Entry hari ni mila just nak inform korang yang mila dah booked OP untuk majlis bertandang dan OV untuk majlis nikah... siapa diorang ni? next entry lah baru cerita okeyh... wink ^-^

till then,

salam sayang,

cik MILA

Friday 17 February 2012

WEDDING PREPARATION: NURUL IZZAH CATERING, BOOKED!!!

ASSALAM SEMUA...

hee... tengok tajuk entry pon dh tau sure mila nak share dgn korang semua mengenai company yang bertanguggjawab untuk menjayakan majlis resepsi, erkh... bukan, majlis bertandang =p kami nanti.. =p wee... jgn tak tau majlis ktrg thn depan, tapi dh booked sekarang... hohoho... semangat x???

sebenarnya kitaorg booking secara tak sengaja dan tak berniat pon... =.='' hahahaha... mesti korang pelik kan?? al-kisah masa awal tahun hari tu, mila dan encik qayum pergi ke pameran pengantin di Ampang Point, tujuan asal hanya untuk mencuci mata dan hunting OV... tp, sambil jalan-jalan tu adalah lalu depan Booth NURUL IZZAH catering ni... tp, mulanya buat bodo je sebab macam awal sangat je nak fikir mengenai catering plus dewan pon x leh nak booking lagi.. kena tggu bulan 6... so, ktrg pon meneruskan impian dan harapan mencari OV yang terbaik walaupon niat di hati inginkan CST (owwwhhh... confem x mampu =[ )
tentang OV, next entry la baru cerita erk...

okey, back to the main point, oleh kerana muka ktrg je yang ulang-alik depan Booth NURUL IZZAH tu, person in charge dekat situ pon invite ktrg testing food (nasi arab) dkt booth diorg, ktrg pon dgn blur2 nye singgah la jap booth mereka itu...

then... jeng...jeng...

terjatuh hati tahap dewa tengok package yang ditawarkan!!!

ohhh nooo... bile cik MILA dan encik QAYUM jatuh hati, tak mo yang lain dah...
hahhahaha...

ktrg pon decide, pergi solat maghrib dolu, then, baru fikir balik nak amik ke tak package tu...

ALHAMDULILLAH , setelah bersolat, kami diberi petunjuk nan lurus dari ILLAHI, then, ktrg pon menjejakkan diri ke booth NURUL IZZAH untuk membuat bayaran deposit =p

so, terbitlah entry hari ini 

WEDDING PREPARATION: NURUL IZZAH CATERING, BOOKED!!!

korang nak tau tak package yang buat mila jatuh hati tu??? meh2 scroll kat bawah ni ya...




KUEH MUIH MELAYU 500 pax


CHEFFING DISH, TAPI YANG KTRG PUNYA, KTRG REQUEST BENTUK BULAT 
(Hee... maaf, benda macam ni pon mila amik berat, if not, camno nak buat wedding orang lain kan.. teliti tak? ngeee... )



HIASAN MEJA BERADAP, SUKA YANG INI!!! NURUL IZZAH CATERING JUGA AMIK TEMPAHAN UNTUK PACKAGE KHEMAH =)


YANG INI PON... CUMA NANTI, MILA AKAN TAMBAH DETAILING DECO SEBAB MASA MAJLIS BERTANDANG, TEMA KAMI, ARABIAN =)




4 BUAH DOME LENGKAP DENGAN SETTING 


PELAYAN BERPAKAIAN SERAGAM 10 ORANG, 
OWWHH.. PAKCIK YANG PAKAI BAJU MELAYU TU LAH OWNER NURUL IZZAH CATERING =) , 
(agak-agak lepas entry ni, ktrg dapat price lagi best tak pakcik?! ngehhh)

for only, RM11++ sahaja

murah tak?? best tak?? 

WINK ^-^

dan kami dapat pakej HONEYMOON FOR FREEEE!!! 




BALI , INDONESIA


boleh pergi luar negara sama ada BALI / PHUKET, dan ktrg decide nak pergi BALI =)
dalam negara pula, encik QAYUM kata nak pergi KUCHING @@ erkk.. tak tau la pasai apa nak p kuching, cek no idea =.=''... tp, mana pon encik QAYUM nak pergi, cik MILA ikot ajo... heee...sweet tak cik MILA??? (wahahaha, kuat perasan kan? =p)
then, masa tgh berangan2 , tetiba Person in charge NURUL IZZAH tu kata ada lagi satu cabutan bertuah aka HADIAH nak bagi ktrg, then, encik QAYUM pon cabut la cabutan tu, then, tertulis disitu

DOOR GIFT VIP 40 pax 

 yahoo!!! satu lagi benda free... ktrg cadang nak letak VIP gift ni dekat meja vip yang ada dome tu... kan memang dapat 40 pax jugak, that means, family mila la yang akan dapat VIP gift nih!!! wink!!! encik QAYUM jeles di situ!!! hohoho, alahai, don worries la encik QAYUM, nanti cik MILA tempah VIP gift untuk keluarga encik QAYUM masa majlis resepsi cik MILA erk...
 =p, 

so, korang tau tak mana nak tempah VIP gift yang comel, elegant, menarik dan tertarik plus murah plus reasonable price, wahahaha, cik MILA dah start demand!!! ohhh tidak!!!


akhir kata, cik MILA sangat recommend NURUL IZZAH CATERING as you all nye official catering... nak jumpa mereka??? korang boleh pergi the next pameran pengantin okeyh, lagi cepat korang booking, lagi best price korang dapat, sebab person in charge tu kata, next pameran, tak dapat price macam yang mila dapat ni and maybe if same, item2 yang free tu maybe x de... nak survey?? korang boleh gie je website diorg dekat SINI
 apa-apa pon, good luck untuk korang yang sedang mencari caterer pilihan for ur events!!! cik MILA doakan korang pon dapat package yang best macam cik MILA dapat ni erk... amin... happy hunting!!!

till then,

salam sayang, 

cik MILA


Thursday 16 February 2012

REVIEW: DIY MINI PELAMIN

ASSALAM SEMUA...

Semenjak dua, tiga, empat menjak ni mila gatal-gatal tangan nak update macam-macam dekat blog kesayangan ni... heeee... so, untuk entry kali ni, mila nak update pelamin tunang mila hari tu... mila selalu gak post gambar pelamin ni dkt fan page AAWD, terima kasih kepada semua yang 'like' dan puji... (heee... blushing =p) tapi kan korang, ada kisah tau disebalik keindahan pelamin mila ni... (wahahahha.. indah ke pelamin ko cik mila oikkkk)

jom layan gambar pelamin tak de lah nak berapa indah, tapi, sedap mata memandang ini... ngeeehhhh

place of kingdom, kata OP saya, EN AZMIRUL ABU =P


eerrkkk... lawa ke korang???

ada yg kata lawa gile, ada yang kata ok lah... ada yang tak kata apa-apa (dalam hati?? sy pon tak tau lol)

okeyhlah... tak kisah la apa orang nak kata, yang penting, mini pelamin ni mila puas hati walaupon tak lah puas hati sangat... ahahahhaha...

if korang nak tau, pelamin ni siap pada pkl 5 pagi, 13.11.2011 okeyh.. means, pagi hari kejadian... dan, waktu tu lah mila br tdo.. zzzz

pelamin ni mila diy sendiri guna item-item yang AAWD ada... masa malam sebelum hari kejadian (12.11.2011), adik mila, ENCIK FAQIH tolong pasangkan major structure (pergh, ayat engineer nih, =D), then, nak sambung pasang yang lain-lain, die dah tak larat, die pon zzzz... lucky me, mak long mila ada plus nenek saya yang comel tu, diorg lah yang bagi support dan pertolongan untuk siapkan pelamin ni... kalau tidak, mila nak je sambung esok, tp, memandangkan, sempat ke nak siapkan semua benda esok???!!!! mila pon gigihkan diri untuk siapkan pelamin ni, no matter what..uhhhh... 

tema pelamin mila ni color dusty pink + white , merangkap tema majlis hari tu... untuk pengetahuan korang, bunga orkid kat atas tu, bukan bunga sebenar yaaa... hehehehe... sebenarnya bunga tu hiasan bunga di rumah... wahahaha... mila amik and letak kat dalam pelamin tu... pelamin ni ada 4 tiang, macam khemah kecik... mila memang suka sangat jenis pelamin macm ni, as korang leh tgk, dkt AAWD, kebanyakkan design  AAWD macam ni... simple and sweet je... ( ni kata saya ya.. kata org, sy tak tau.. =p)

jom, close up sikit, apa yang ada dlm pelamin tu... heee





bunga orked dan bunga yg hanging dkt atas tu je bukan bunga fresh, yang lain fresh flowers =p

owhhh... sebenarnya red roses ni bkn tema pelamin mila, tp, disebabkan semua bunga color putih tak de time ni, so, mila amik je apa yang ada.. lucky me, ramai yg suka susunan bunga ni dan ianya nmpk sgt super expose dari bunga-bunga yang lain dkt pelamin tu... =p maybe sebab color roses ni kot... cantik tak? wink ^^

untuk semua B2B yang mila sayangi, if korang nak DIY pelamin korang, do contact me okeyh, mana tau, date events korang tu, available date untuk korang rental item dari Azmah Ahmad Wedding Deco & Events, tapi, hanya beberapa item only yang kami sewakan, boleh refer FB AAWD okeyh... 

akhir kata,
tqvm untuk keluarga saya yang telah banyak membantu dalam menjayakan majlis tak seberapa saya ni!!! terima kasih dan sayang korang banyak-banyak!!!


ibu, ayah, along, papeli, paqih, qila & dibah!!!

p/s: errkkk.. adik lelaki mila yang dua org tu masih single, tp, unavailable... wahhahahaha... nanti, mesti diorang ckp, ngah, perlu ke bagi tau kat org??? =p heee.. sowi (~.*)

till then,

salam sayang,

cik MILA



Wednesday 15 February 2012

catatan peribadi...

ASSALAM SEMUA...

entry kali ni mila just nak clarify akan kewujudan blog  http://ourstorystartinfeb.blogspot.com  ni... kenapa OUR STORY START IN FEBRUARY??? hmm... perjalanan kisah kami memang panjang, if beli kertas kajang, maybe beribu lemon helaian... hahhahaha.... bydway, tujuan blog ni bukan hendak menunjuk-nunjuk apatah lagi untuk beriak-riak... i'm not that kind of person okeyh... wink ^^ hadirnya blog ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mila sepanjang perjalanan wedding preparation CIK MILA & ENCIK QAYUM... i love to share and sharing shows that i'm caring... heheheh, perasan kan!!!
berbalik pada tajuk blog, al-kisah, percintaan kami x de lah sehebat romeo & juliet, hanya percintaan org biasa-biasa yang ingin dicintai dan mencintai... mencari yang terbaik diantara yang terbaik... kami kenal pon macam orang lain jugak, bermula sebagai teman, kawan baik, BFF, pasangan kekasih dan kini, pasangan bertunang... same kan mcm org lain, tak de yang special pon, cuma, kisah kami bermula di bulan februari, yup, betul, bulan ni... FEBRUARY... oppss, jgn salah phm okeyh, bkn di hari ini, dimana non-muslin menyambut HARI VALENTINE... tp, pada tanggal 28 FEBRUARY 2006... apa yang berlaku??? tak payah la mila ceritakan di sini ya... nak simpan sebagai kenangan peribadi =P

dan hadirnya blog ni sebagai catatan peribadi mila apa yang harus dilakukan NEXT? as a guidelines which things that i need to do 1st? hunting OV? OP? catering? design baju for nikah and resepsi? hall? and so on.. its too many... and i do have booking several things.. sharing dgn readers? yup..will!!! hope to have time and idea to do all these thing... mohon doa dari kalian... 

till then...

salam sayang, 

cik MILA

Monday 13 February 2012

i-CITY untuk entah berapa kali...

ASSALAM SEMUA...

sementara mila tgh men'FREE' kan diri ini (owhh..padahal banyak keje) , mila nak share entry yang sangat fast and furious ni sebelum terlupa...

taraaa....


40% off!!! i-city ; snowalk, ferris wheel, 1 ride outdoor and KFC combo meal for only RM33!!!
FUYOOOHH... murah kan...

tp, harap maaf ya kawan-kawan sekalian, deal ni dh habis, so, korang dah tak boleh nak beli =( sowi...

tp, ktrg berjaya beli voucher ni dan telah menjelajah ke icty untuk ntah berapa kali... hahahhaa...

sebenarnya, masa mula-mula i-city ni buka, memang mila and kawan-kawan selalu gak pergi...time tu free je...sekarang, nak masuk, 1 keta, RM10 kot... bg mila, ia nya sangat lah mahal... yelah , selama ni pergi free, bile kena bayaran, rasa mahal la kan... hahahaha... tp, kalau dah nak g tu, x kira mahal ke, apa ke... mila g je... so, berbalik pada voucher ni, mila and encik qayum pon guna kan lah voucher-voucher ni.. hari pertama ktrg pergi, just pergi amik voucher and naik ferris wheel. muka xcited je nak naik, then, bile dah naik, mak oiiikkk... gile seram...macam gondola tu nak terkam ktrg je... okeyh fine, x mo naik dah... encik qayum??? hmm.. die gile semangat siap ejek2 cik mila ag... okey, nyampah!!! tp, best jgk lah naik benda alah ni, boleh tgk pemandangan seksyen 7 and i-city, siap nmpk rumah sewa lagi... hohoho...

Hari kedua ktrg pergi, aim untuk hari ni, nak naik outdoor ride...bile tgk2, best juga ride yang ada.. dh rasa mcm dkt genting la pulak... hohoho


so, ktrg pon try la naik la benda alah ni ala-ala roller coaster slow melow mcm keretapi yang x de gerabak...hahahha...panjang pulak nm die mila bg erk... okeyh, fine,nama sebenar die mila tak tau, heee... tp, best tau naik die, die pusing2 keliling pokok2 dkt i-city tu... best!!! =P
 nak naik??? RM10 satu kepala, sape yang beli voucher groupon tu, boleh guna voucher price RM10
then, ktrg pon teruskan misi meng'explore' i-city sebab ada satu lagi voucher yang tak guna lagi, which is, outdoor ride, price RM5... dan pada masa yang sama, ktrg terjumpa kawan mila, cik AINA, yang rupanya beli jgk voucher groupon ni... so, ktrg pon same-same naik buaian pusing-pusing kebetulan ada depan mata (nama sebenar ; super swing)... hahahha... muka gile xcited,, bile naik, pakai tali pinggang, then, die pusing slow, slow dan tetiba... makkk aiiikk, laju gile babe die berpusing!!! lagi satu benda seram di i-city... ahahhaha... okey fine, yang ni nak naik lagi... ngeehhh... best owhhh, walaupon seram + kecut... ngeee


ni lah gambar buaian yang agak seram tu... 

Hari ketiga ktrg pergi, ktrg masuk snowalk... pergh... gile sejuk, tak thn den... 
(confirm x leh dok oversea nih, hohoho) 


cik MILA disamping encik QAYUM

untuk makluman, if x guna voucher ni, price nak masuk snowalk, RM25 satu kepala and die bg sekali bj sejuk... tp, if korang nak masuk, better pakai kasut and sarung tgn tau... cz if x silap, temperature dlm ni -4 celcius... 


muka gembira cik mila pegang ice...heee

apa yang best yang mila nak share dengan korang, pada siapa2 yang nak buat dan tercari-cari location untuk pre-wedd/ post-wedd, korang boleh la dtg snowalk ni, sebab ada package yang menarik!!! just byr RM158 untuk package VVIP dan korang akan dapat unlimited shoot dekat dlm snowalk ni ,4G pen drive fully with soft copy gmbr korang, 2 cawan printed gambar korang and keychain yang juga printed gambar korang... best kan.. harga yang sgt reasonable!!! masa ni mila nak amik package yang di tawarkan ni, tp, encik tunang kata membazir je since nanti dapat juga pre wedd dari our OP.. so, buat apa nak amik pre wedd bnyk2 kan @@ okeyh, fine, mengerti... hohhoho


muka pasrah cik mila apabila terpaksa amik gambar sendiri setelah permintaan nak amik package VVIP ditolak... wahahahhaha

till then,

salam sayang,

cik MILA

MY WEDDING THEME

ASSALAM SEMUA...

fuhhh... tarik nafas jap... ENTRY kali ni rasanya entry yang tak de lah nak berapa panjang sangat (ngehh...ngehhh) sebab mila nak cerita mengenai theme yang mila pilih untuk majlis resepsi di pihak mila nanti... memang dah lama nak cerita, tapi, masa je tak de... so, di hari bahagia ini, mila nak story morry sikit (erk..ada ke org nak tau?? hohohoho)

mila sangat suka kan warna hijau.. ala-ala pencipta NATURE gitu.. heee...
so, tuk resepsi nanti, mila nak buat ala-ala

GARDEN THEME

as main theme

color-color yang terlibat seperti

OFF WHITE, IVORY AND GREEN APPLE


tema pelamin???

oleh sbb tema pon dah ala-ala garden, tuk pelamin mila nanti, mila nak pelamin garden jgk... design nye?? owwhhh kena la simpan dolu, nnt x suprise la pulak kan...

oleh kerana, ktrg guna pelamin hanya untuk bergambar, jadi mila nak pelamin tu penuh dekat stage (hahahhaha, gile berangan cik mila ni ^^)

ok, stop about pelamin, untuk hiasan meja beradap, mila nak ala-ala mcm ni


cuma, lilin2 tu x mau laa... kang terbakar pulak, cmno kan...

maybe boleh ganti dengan lilin yang besar2 letak dalam pasu kaca, 
dan amaran tegar, 

TAK BOLEH BAKAR YE LILIN-LILIN INI


erkkk... =p

centerpiece untuk meja tetamu nak ala-ala macam ni


ke macam ni...


tak decide lagi... ntah-ntah nanti jd lain... wahahhaha...

walkaway, of course nak white carpet walkaway yang AAWD ada tu...
macam ni...macam ni...


dan carpet bawah carpet putih ni, color hijau... ala-ala macam lay atas rumput la...

agak-agak tercapai tak impian cik mila untuk semua2 nih???

okeylah itu je kot setakat ni... hopefully, mila berjaya merealisasikan impian mila yang tak seberapa nih... doakan cik MILA ya korang...

AMIN...

till then,

salam sayang,

cik MILA