Monday 29 October 2012

Nak pelamin nikah macam ni....

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy semua! Happy Monday and Happy working, last saturday, AAWD ada menerima tempahan pelamin nikah, simple and sweet, nanti masa ktrg nikah pon nak pelamin mcm ni boleh?? En Qayum kata ok, heee... happy!




gambar yang last ni, cik Mila ter enter frame la pulak, masa tu tgh sok sek sok sek dgn photographer Sikin & Arman, diorg puji pelamin ktrg deco ni tau, aiippp, tersipu-sipu sebentar... heee....

gambar dkt bawah ni pulak pix MAIN DAIS diorang, majlis diorang ni dekat tingkat atas Institut terjemahan buku di Wangsa Maju.


Tingkat atas sekali ni dewan, besar tau dewan ni... sesuai untuk buat majlis, hari tu, masa diorang tunang pon AAWD buat jugak pelamin tuk diorang nih, ni gambar pelamin tunang diorang masa bulan 7 hari tu...


untuk pelamin nikah ktrg nanti, Mila nak buat combination of this design... heee... korang boleh gambarkan tak nanti macam mane? heee... hopefully, kami di beri waktu dan ruang untuk menyediakan semua ni masa majlis ktrg nanti... Amin...

p/s: Semalam, Along Mila g amik baju kawen die dekat Wedding Galore, Along bagi tau baju nikah Mila dah siap, tak sabar nak g fitting weekend ni! x sbr nak kawen... opppss... bukan tak sabar nak kawen, x sabar nak tgk my sis kawen next week, uhhh... sedih pon iya... sob...sob...

till then,

salam sayang

Mila

Saturday 27 October 2012

Jatuh cinta & Salam Aidiladha



ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

HY semua, Mila dgn tulus ikhlas ingin mengucapkan salam aidiadha buat semua... happy weekeend ya! During aidiladha thn ni, AAWD ada menerima tempahan pelamin, one of it, majlis pernikahan sikin & amran, sikin bg tau bj nikah beliau warna soft purple, so, mila gubahkn HB sikin mcm dlm gmbr bawah ni, tetiba jatuh hati pulak dgn warna ni... cantik lol!


Thursday 25 October 2012

Wedding Progress

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Terima Kasih tak terhingga untuk semua kawan-kawan B2B yang memberi kata-kata semangat menerusi entry Mila semalam... seriously appreciate, mohon doa dari kalian semoga Mila tabah dengan setiap dugaan yang di beri... =)

Hari ni dengan semangat baru, Mila nak share wedding progress kami, walaupun tak banyak yang settle... Kami masih berusaha mencari ruang dan waktu untuk settle kan banyak perkara... Semoga kami di beri ruang dan waktu... Amin...

01.03.2013 (SOLEMNIZATION)

Date: 1st March 2013 - Checked!
Time: Lepas Isyak' (8-10pm) - Checked!
Venue: Dewan Cempaka, IYC Bandar Tun Razak - Checked!
Attire: Mila - Kak Aini, Wedding Galore - Checked! (Supposedly, fitting minggu ni)
Attire: Qayum - Pending
Family Mila Attire's: Green theme , Checked!
Family Qayum Attire's: Pending
Berkat, 150 pcs of bottles: Checked! 
Berkat Deco: Pending
Guest: 150 pax - Pending
Invitation Card: Not yet
Food: Not yet (need to refer with IYC's catering)
Photographer: Anyevents Photography - Checked!
Videographer: LH MediaTv - Checked!
Pelamin Deco: Azmah Ahmad Wedding Decor - Checked!
Hand bouquet: DIY - Checked!
 Hantaran: Not Yet
Documents: Not yet
MUA: Not Yet 
Bride's Maid: Not yet
Bride's Maid Attires: Not Yet 

Alhamdulillah, dah semakin banyak yang dah confirm dan checked! hopefully, next month dapat lagi settle kan beberapa perkara... Mohon Doa dari semua... untuk reception progress, rasanya banyak lagi yang not yet, will update soon bile dh bnyk progress...

Till then,

Salam Sayang,

Mila



Wednesday 24 October 2012

Saya Redha

 ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
 Bukan hendak meminta simpati, sekadar ingin berkongsi, sesungguhnya rezeki yang kita perolehi hari ini bukan datang dari manusia, tetapi, datangnya dari ALLAH, cuma, kita sebagai hambanya di suruh berusaha untuk memperolehi nya, dan ketahuilah, walau macam mana pon kita berusaha, jika di takdirkan rezeki itu bukan milik kita, ia tetap bukan milik kita, tetapi, jangan pula kita berputus asa, kerana sesunggunya ALLAH MAHA pemurah lagi MAHA mengasihani...
Sebak? ya... kami sebak dengan apa yang berlaku, namun, mencari keredhaan ALLAH itu lebih penting, sesungguhnya, harta dunia ini hanya sementara, akhirat itu yang kekal abadi...
Duhai bonda dan ayahda, sesungguhnya, anakda mu ini masih kuat untuk menerima dugaan yang datang, anakda tahu, bonda dan ayahda menghargai dan mengetahui keikhalasan anakda ketika bekerja, namun, jika ini yang dikatakan takdir, jangan ditidakkan... anakda terima segalanya dengan hati terbuka... kerana anakda tahu mana salahnya, dan mana khilafnya... anakda juga tahu, anakda tidak dilahirkan untuk menjadi sempurna, tetapi anakda akan sentiasa berusaha mencari kesempurnaan... jika ingin berbicara mengenai kepuasan, anakda mengerti, anakda bukan seorang manusia yang boleh memuaskan semua kehendak, anakda mengerti anakda tidak mampu... anakda mohon kemaafan tulus ikhlas kerana tidak dapat memuaskan kehendak mereka...
Duhai bonda, duhai ayahda, jangan lah dikau marah dan bersedih di atas apa yang berlaku, jika anakda dapat menerima takdir ini dengan hati terbuka, anakda mohon bonda, ayahda, kekanda, dan semua adinda juga dapat menerima nya dengan hati terbuka. Jika hari ini bukan rezeki kita, anakda percaya, jika kita berusaha lebih gigih, rezeki itu pasti ada, kerana sesungguhnya anakda percaya, rezeki itu datang dari ALLAH yang MAHA pemurah.
Sabar... ya, anakda Sabar di atas apa yang berlaku, kerana anakda tahu, sabar itu perisai paling kuat yang perlu ada pada diri ini, anakda percaya, ALLAH tidak pernah abaikan umatnya yang mana sentiasa berpegang kepada kebenaran...
Duhai bonda, duhai ayahda, ketahuilah,sesungguhnya anakmu ini tidak mencari kekayaan duniawi, cukuplah sekadar kehidupan selesa dan bahagia, penuh dengan kasih sayang dan keharmonian, kerana kehidupan yang kekal itu adalah di akhirat sana. Bekalan yang perlu di bawa bukanya harta benda, tetapi tiga perkara, ilmu yang disebarkan, anak yang soleh dan soleha dan juga sedekah yang di berikan. Anakda berjanji , anakda akan berpegang kepada tiga perkara ini, anakda mohon doa dan restu dari mu, wahai bonda dan ayahda, restui lah perjuangaan anakmu ini... amin, amin, amin yarabbal al amin...
seperti yang di beritahu di awal entry ini, bukan ingin meminta simpati, cuma ingin berkongsi....
terdetik untuk berkongsi dengan semua, satu petikan daripada wall post FB Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar , hasil tulisan dari salah seorang pensyarah UiTM... beliau menerangkan maksud sebenar FITNAH dan mengkupas perkara ini dengan lebih details.... hayatilah dan renung-renungkan lah bersama...
''Sebenarnya orang yang buat fitnah merupakan orang yang pandai, dia buat fitnah kerana tahu orang akan mudah percaya kepada dia dan boleh memperbodohkan orang lain. Dia tahu kebanyakan manusia adalah bodoh, lebih mudah percaya kepada yang fitnah daripada yang benar. Selagi ada orang yang mudah percaya kepada fitnah, maka selagi itu lah ada orang yang suka berfitnah akan bermaharajalela. Dalam Al Quran jelas sebut bahawa kita perlu selidiki setiap berita yang kita terima, samada benar atau salah, tetapi berapa ramai antara kita buat penyelidikan tentang setiap berita yang kita terima? Seseorang adalah wajib menghalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. ”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya”. (QS Al Israa’ : 36). Selanjutnya, “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Lidah walaupun merupakan bahagian tubuh seseorang yang memberikan kelazatan atau kesedapan apa yang dimakan tetapi juga merupakan bahagian yang paling buat dosa, jika dibandingkan dengan bahagian tubuh badan yang lain. Kerana manusia menggunakan lidah untuk membuat fitnah. Rasulullah SAW menyatakan, lidah itu boleh membawa kepada keburukan dan bala kepada seseorang sepertimana dalam hadis Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan muka mereka ke dalam neraka.”

Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan fitnah itu menerusi firmanNya: ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (al-Hujurat: 12).
Jika kita baca sejarah, memang menunjukkan bahawa banyak kerajaan hancur kerana fitnah seperti kesultanan Melaka, cerita Mahsuri di Langkawi dan sebagainya sehingga dikatakan “fitnah itu lebih besar daripada membunuh.”(Surah al-Baqarah,ayat 191) tetapi manusia ini masih juga meneruskan fitnah seolah-olah telah menjadi budaya.

Bagi saya orang fitnah lidahnya lebih kotor dari lubang tandas kerana amat menyakiti hati orang yang jadi mangsa fitnah tersebut. Sakit hatinya seperti ingin membunuh diri daripada hidup dikalangan manusia yang durjana. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (hadis riwayat Imam Tirmidzi).

Selain itu kita tidak boleh mendiamkan diri apabila mendapati seseorang fitnah kepada diri kerana kita mempunyai kewajiban untuk membela diri. Dalam Islam seseorang diwajibkan membela diri apabila dia mendapati dirinya difitnahkan. “Dan orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri” (Asy-Syura [42]: 39). Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam.

Walaubagaimana pun orang-orang yang membuat fitnah, diakhirat akan menjadi penghuni neraka “Pada hari itu (hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan (didunia dahulu)." An Nur 24:24. Selanjutnya, “Orang-orang yang menyakiti seseorang dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata." (Al-Ahzab:58).
sungguh berkesan di hati ini dengan petikan di atas, semoga Allah sahaja yang membalas segala kejahatan di dunia mahu pun di akhirat
''YA ALLAH, ku mohon padamu, jangan dikau menguji hambamu ini, jika hambamu ini tidak dapat menerima ujian mu, namun, jika semua yang berlaku ini ada hikmahnya, ku mohon pada mu ya ALLAH , berkati lah hambamu ini, tunjukkan daku akan kebenaran, jangan lah dikau palingkan daku, berikanlah daku petunjukmu... amin... amin, amin yarabbal al amin...''
 p/s: buat en QAYUM, terima kasih kerana berada di samping saya walau di mana pon kaki ini melangkah, dan terima kasih kerana mempertahan kan diri ini... saya sebak melihat awak sedih ketika mempertahan kan saya... pertama kali saya melihat seorang lelaki yang bergetar suaranya membela diri ini, terima kasih ABANG, Hanya ucapan TERIMA KASIH yang dapat saya sampaikan... kerana hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas kebaikkan awak terhadap saya dan keluarga, insyaALLAH, will love u untill JANNAH!
salam sayang,
 Mila
 

Thursday 18 October 2012

FUH...

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Dari semalam lagi Mila dok menyiapkan kerja yang SV bagi guna benda alah ni, dah nak muntah rasanya tgk encik AUTOCAD ni, finally, dah siap... fuhhh... alhamdulillah... next, balik umah, nk prepare wedding hari ahad ni and bersiap sedia ke Bandar Sri Jempol, my ex housemate merangkap BFF nye big day sabtu ni!!! AAWD sponsored GUEST BOOK yaww...


till then,

salam sayang and happy weekend!!!

Mila

Wednesday 17 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Less word on wednesday!
Just nk share dgn korang beberapa keping gambar ketika kami sekeluarga bercuti di Mt. Bromo, Surabaya... 
Enjoy =)



awesome view kan? ni gambr fresh dr camera tau, no editing 
gambar ini diambil dari arah gunung untuk tgk sunrise, waktu: around 7am, cuaca: 3-10 celcius
gunung yang berkawah besar dan paling rendah tu lah Mt. Bromo, salah satu gunung berapi yang masih aktif di dunia.



Ini pula gambar di kaki gunung Mt. Bromo, di panggil lautan pasir... pelancong boleh menaiki kuda untuk ke puncak gunung Mt. Bromo dengan bayaran 100ribu rupiah bersamaan RM34 (rate waktu ktrg pergi)
if kuat dan bertenaga, boleh je jalan kaki menuju ke puncak... huehuehue...


Memori gambar bersama keluarga, lapan orang kesemua nya, soon, it will increase =p

~ yg ni gambar edit, guna instagram, meh follow , search, milayum ~




Mt. Bromo is just behind us!!!

will elaborate more soon... insyaALLAH.. =)

p/s: anyone yg masih mencari tempat untuk ber'honeymoon' boleh pergi sini, suasana yg cntk dan cuaca sejuk tau... tak kira bile korang pergi =)
seriously, highly recommended, insyaALLAH soon, nak pergi lagi sini with encik Suami =)

till then,

salam sayang,

Mila

Tuesday 16 October 2012

DIY: BANTAL HANTARAN

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Dah 3 hari Mila x boleh nak buat keja sbb tangan tetiba je sakit, dan sekarang, Alhamdulillah, dah semakin pulih =) ... rupanya darah tersumbat (kata makcik yang urut tgn Mila) dekat pergelangan tangan dek tidur beralas kan tangan... huhuhu... lepas ni tobat tak nak tido beralaskan tangan... ^_^
Oleh kerana tangan dah semakin pulih, hari ni Mila nak share mengenai DIY BANTAL HANTARAN. Bantal Hantaran ni Mila buat khas di atas permintaan customer AAWD, lately ni ramai pulak yang nak sewa. Hari tu masa majlis pertunangan along Mila pon ktrg guna bantal hantaran ni... 
Tapi, rasanya dah ramai yang tau macam mana nak hias bantal hantaran ni, cuma entry hari ni bantal hantaran version MILA =)

Okey, 1stly kite kena cari barang-barang yang di perlukan untuk DIY bantal hantaran ni 

(1) Polistrin berbentuk bantal (size : medium) (2) Kain satin (3) Gam (4) Gunting (5) Jarum peniti
(6) Findings (7) Tassel



STEP 1: Gam kan Tassel pada findings


STEP 2: Gamkan kain satin kepada polistrin 
(untuk dapatkan hasil yang baik, tegangkan kain setiap penjuru sebelum gam kan kain di bawah polistrin)

STEP 3: Gamkan Tassel yang telah di cantum dengan findings di penjuru setiap polistren


STEP 4: Pinkan jarum peniti di tengah findings, selain sebagai hiasan, pin ni jugak boleh kuatkan camtuman findings pada setiap bucu bantal polistrin.

STEP 5: SIAP!!!

Mudahkan? Tapi, perlukan kesabaran yang tinggi nak siapkan satu-satu... huhuhu.. setakat ni , Mila ada 9+7 bantal hantaran seperti di atas... kesemua nya berwarna cream =)

sebelum tu, jom imbas kembali kronologi pembikinan bantal hantaran ni...

1) Mila beli polistrin ber saiz medium di Nilai 3, harga 1 pcs RM3.90
2) Untuk kain satin, Mila beli di Kamdar, 2meter cukup untuk 7 bantal, 1meter kain satin, RM3.20
3) Tassel dan findings, Mila beli di kedai bunga reben, Jalan Tar, 1 packet Tassel ada 4 pcs , RM2.90 ; untuk finding ada 30pcs RM8.90 (harga Tassel dan Findings ni Mila x berapa ingat, will check back dan betulkan kemudian)
4) Gam , jarum peniti dan gunting memang dah ada dekat rumah, so, tidak dikira...

total cost, korang kira lah sendiri berapa erk, cz ia bergantung kepada berapa pcs bantal yang hendak di buat... =)

tips ringkas!!! pemilihan warna kain, tassel dan findings sangat penting, untuk selamat, dimana semua color/tema hantaran boleh matching dengan bantal hantarn ni, Mila amik color cream dan bronze =)
so, tak kisah lah apa saja warna tema hantaran korang, combination color ni boleh matching... dan tak semestinya if hantaran korang tema hijau, semua benda nak color hijau, at least ada satu color basic seperti warna cream atau putih, dan combination ni nampak exclusive!!! dan.... simple =) so, tak lah carca marba...

if dulu, ramai yang hias hantaran mengunakan alas kain bercorak-corak dan lace keliling dulang, bagi Mila ia nampak terlalu meriah dan kadang kala , barang hantaran itu sendiri tenggelam dek ke 'glameran' hiasan dulang =) so, apa kata kita cuba tukar pulak kepada sesuatu yang lebih simple dan nampak sedap je mata memandang =) dan yang penting, kos nye murah =)

till then,

salam sayang

Mila

Thursday 11 October 2012

Berbalut...

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Tak tau kenapa tetiba tangan sebelah kiri sakit yang amat... Mula2 dekat pergelangan tangan je, sejak malam tadi sakit nye dari hujung jari sampai ke siku. Pagi ni bg tau en Tunang keadaan tgn, die terus nak datang jumpa dan bawak pergi klinik, sob.. terharu! tx en Qayum, love u!

Gie klinik, Dr. bg tahu, tangan terseliuh aka terkehel, ntah apa la cik Mila buat sampai tangan leh jadi cmni erk... owwhh... serius tak tau... =.='

hopefully, tgn cepat sembuh cz next week banyak keje2 AAWD yang perlu di ambil perhatian... Amin

p/s: sakit nye, Allah saje yang tahu... Ya Allah ya Tuhanku, ku pinta darimu jangan lah kau uji hamba mu ini jika hamba mu ini tidak mampu menerima ujian mu. Amin...

till then, 

Salam Sayang

Mila

Monday 8 October 2012

WEDDING IDEA: WEDDING GIFT

ASSALAMMUALIKUM W.B.T

Moning dan Selamat hari Isnin... =)
Entry kali ni Mila nak share mengenai wedding gift. Untuk majlis korang nanti korang bagi apa erk? meh share jugak dengan Mila. Actually, Mila tengah cari something yang simple but looks elegant, plus at the same time, tetamu tak buang gift ni dan aplikasi sebaiknya untuk kegunaan peribadi. I have some item yang Mila berkenan. One of it, Candy Box bulat macam dekat bawah ni...


so cute rite?

Mila cadang nak beli color biru (untuk lelaki) + pink (untuk perempuan). Dah sangat berkenan dengan box ni, sesuai dgn tema reception nanti, Garden wedding =) Lepas majlis, tetamu boleh guna box ni simpan brooch ke, duit syilling ke, kunci ke, etc 
owh, HARGA???
Mila dah survey, boleh thn gak mahalnye, dalam RM2.10/ pcs, if beli kotak ni kosong without reben & bunga cute tu, boleh dapat RM1.10/ pcs, then, kena hias sendiri lah jawabnye, persoalan nye, boleh ke siap dalam masa 4 bln ni.. haaa.. sentap jap... adoiai... 
tp, yg ni baru harga box, tak masuk lagi harga candy, haa... so, nak adoiai lagi sekali ke? ngeeee....

okey, takpe, kite tgk pulak second choice...

ROSE SOAP!!!

PRODUCT DESCRIPTION
This rose petal soap is not only for display,
but also act as an ordinary soap or cleanser for body, hand and even face.
It can be dissolved easily in water,
contains active decontamination factor, good for cleaning and sterilization.
One can use it for aromatherapy rose petals bath in bath tub.
It can quickly and effectively penetrate the skin, promote blood circulation,
eliminating fatigue; hydrate the skin.
Rich foam. Whitening and elastic. Safe non-toxic materials used;
Stocks come in mixed colour.

Nampak menarik kan? siap ada product description... heee...
Rose Soap ni nampak sgt berguna kepada tetamu , lagi pon die lagi murah dari CANDY BOX, excited jap!
huehuehue...

untuk ROSE SOAP ni, price nye, RM1.30 shj untuk 1000 pcs =)

murahkan? ke korang ada lagi murah? jom share dengan Mila yang masih buntu ini... heee...

all this item, Mila browse dekat WEBSITE Renown Gift 

banyak lagi pilihan yang boleh pilih, setakat ni, 2 item ni yang Mila berkenan, esok lusa tak tau la berapa... huehue...

till then,

Salam Sayang,

Mila



Friday 5 October 2012

DREAM VEIL CONTEST V2.0

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah, Jumaat datang lagi =) Hari ni Mila rest2 ajo sambil layan To The Beautiful You dkt Good.Drama... Then, berhenti jap untuk blogwalking, suddenly, teringat yang CIK MAH (aka Rahmah) ada tag Mila untuk join contest dari Adria Cottage... Mila tak pernah tau masuk mana2 wedding contest ni, bukan apa, nak mengarang ayat tu tak berapa nak reti sangat... hee... sbb mila suka membaca ajo, boleh gitu... ngeee... tapi, untuk contest dari Adria cottage ni tak perlu mengarang berjela2 ayat, just a picture with 2 words... mudah je kan???

so, here they are, the T&C

 
Syarat-syarat penyertaan; 
  1. Hanya untuk bride Disember 2012 – Disember 2013 sahaja   
Yes, I'm!!!  

2.  Sila like FB fan page http://www.facebook.com/AdriaCottage dan share dgn 2 org bakal pengantin

Done!!!  

3. Sila follow blog kami http://adriacottage.blogspot.com dan tag 2 org bakal pengantin
  
Done!!! 

dan, Mila tag

 
 JOM RAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN CONTEST NI... HEEEE....

4. Post 1 picture veil idaman anda and describe it in 2 words. (No need essay)


SIMPLE + GORGEOUS!!!


 5. Dan akhir sekali tinggalkan link blog anda pada komen box blog ADRIA COTTAGE


Eh..eh... siapa yang takde blog pon boleh join lol...youllss boleh email tokey ADRIA COTTAGE at fainie_riz@yahoo.com
 
Tarikh tutup contest ialah 26 Oct 2012
dan...

Hadiah-hadiah untuk para pemenang, berupa:
 
Tempat pertama  – 1 exclusive veil  as per your request.
Tempat kedua – 1 hadiah misteri dari kami (Wedding stuff jgk)
 
best kan hadiah2 nye... if menang, tak yah nak pening2 nk buat veil...heee...
Mila sekadar mencuba nasib, menang atau kalah, x kisah, yang penting kita berusaha... ececehhh... terpoyo pulak...
till then,

Salam sayang,

Mila
 
 

Tuesday 2 October 2012

Pending...

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

ALHAMDULILAH progress wedding mila dan en qayum dah semakin bagus... cuma, mila x sempat nk update lagi... will do so bile dh x buzy erk... jadinya, pending jap story wedding preparation... heee...

till then,

salam sayang

MILA