Tuesday, 16 October 2012

DIY: BANTAL HANTARAN

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Dah 3 hari Mila x boleh nak buat keja sbb tangan tetiba je sakit, dan sekarang, Alhamdulillah, dah semakin pulih =) ... rupanya darah tersumbat (kata makcik yang urut tgn Mila) dekat pergelangan tangan dek tidur beralas kan tangan... huhuhu... lepas ni tobat tak nak tido beralaskan tangan... ^_^
Oleh kerana tangan dah semakin pulih, hari ni Mila nak share mengenai DIY BANTAL HANTARAN. Bantal Hantaran ni Mila buat khas di atas permintaan customer AAWD, lately ni ramai pulak yang nak sewa. Hari tu masa majlis pertunangan along Mila pon ktrg guna bantal hantaran ni... 
Tapi, rasanya dah ramai yang tau macam mana nak hias bantal hantaran ni, cuma entry hari ni bantal hantaran version MILA =)

Okey, 1stly kite kena cari barang-barang yang di perlukan untuk DIY bantal hantaran ni 

(1) Polistrin berbentuk bantal (size : medium) (2) Kain satin (3) Gam (4) Gunting (5) Jarum peniti
(6) Findings (7) Tassel



STEP 1: Gam kan Tassel pada findings


STEP 2: Gamkan kain satin kepada polistrin 
(untuk dapatkan hasil yang baik, tegangkan kain setiap penjuru sebelum gam kan kain di bawah polistrin)

STEP 3: Gamkan Tassel yang telah di cantum dengan findings di penjuru setiap polistren


STEP 4: Pinkan jarum peniti di tengah findings, selain sebagai hiasan, pin ni jugak boleh kuatkan camtuman findings pada setiap bucu bantal polistrin.

STEP 5: SIAP!!!

Mudahkan? Tapi, perlukan kesabaran yang tinggi nak siapkan satu-satu... huhuhu.. setakat ni , Mila ada 9+7 bantal hantaran seperti di atas... kesemua nya berwarna cream =)

sebelum tu, jom imbas kembali kronologi pembikinan bantal hantaran ni...

1) Mila beli polistrin ber saiz medium di Nilai 3, harga 1 pcs RM3.90
2) Untuk kain satin, Mila beli di Kamdar, 2meter cukup untuk 7 bantal, 1meter kain satin, RM3.20
3) Tassel dan findings, Mila beli di kedai bunga reben, Jalan Tar, 1 packet Tassel ada 4 pcs , RM2.90 ; untuk finding ada 30pcs RM8.90 (harga Tassel dan Findings ni Mila x berapa ingat, will check back dan betulkan kemudian)
4) Gam , jarum peniti dan gunting memang dah ada dekat rumah, so, tidak dikira...

total cost, korang kira lah sendiri berapa erk, cz ia bergantung kepada berapa pcs bantal yang hendak di buat... =)

tips ringkas!!! pemilihan warna kain, tassel dan findings sangat penting, untuk selamat, dimana semua color/tema hantaran boleh matching dengan bantal hantarn ni, Mila amik color cream dan bronze =)
so, tak kisah lah apa saja warna tema hantaran korang, combination color ni boleh matching... dan tak semestinya if hantaran korang tema hijau, semua benda nak color hijau, at least ada satu color basic seperti warna cream atau putih, dan combination ni nampak exclusive!!! dan.... simple =) so, tak lah carca marba...

if dulu, ramai yang hias hantaran mengunakan alas kain bercorak-corak dan lace keliling dulang, bagi Mila ia nampak terlalu meriah dan kadang kala , barang hantaran itu sendiri tenggelam dek ke 'glameran' hiasan dulang =) so, apa kata kita cuba tukar pulak kepada sesuatu yang lebih simple dan nampak sedap je mata memandang =) dan yang penting, kos nye murah =)

till then,

salam sayang

Mila

13 comments:

  1. Btul tu mila..setuju skali....klau alas dah cntik sngt habislah hantaran xnmpak..hehehe....cntik ....

    ReplyDelete
  2. Nak meng-gam tu yang menyakitkan hati selain menyakitkan tangan. hihi. perlukan kesabaran yang tinggi melangit. erkkk?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa gam lah cabaran plg susah, terima je kalau terkena gam yg super panas tu... huhuhu... mmg perlu kesabaran tahap dewa =)

      Delete
  3. ramai kan B2B buat hiasan hantaran mcm ni..sgt simple dan cantik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... simple + cantik = gojes =) heeee...

      Delete
  4. sy dh beli semua bahan kecuali tassel. x start buat lg. btw, sy beli polisterine size sederhana harga rm3 dkt semua house jln tar ;) lebih murah kot dr kt nilai 3.

    cuma findings sy beli dikedai yg sama harga rm6 utk 1 peket. dalam peket tu ade 4 pcs. rm6 tu pun after diskaun. harga asal rm6.90. itu pun sy beli yg paling murah -.-""

    diy xdelah semurah yg di sangka. tp klu nk di kira, mmg lebih jimat n puas hati :))

    ReplyDelete
  5. mcm mne nak lipat bucu dia,sy buat utk lipat bucu je sejam T.T

    ReplyDelete
  6. Mana nak cari finding tassel tu,sy cr kt kdai langsir xde la...

    ReplyDelete
  7. salam akak... thanz, bnyk information..ehehe.. try diy sendiri jugak... :)http://arenamuslimah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. salam
    mcmana nak gubah bunga atas bantal tu?
    mksd saya samada cucuk d span lg ka?
    atau lekat mcm tu aje
    tlg ajar sayeeee

    ReplyDelete