Showing posts with label DIY PROJECT. Show all posts
Showing posts with label DIY PROJECT. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

Solemnization Review#5 :my DIY solemnization Dais

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

hy readers....

Majlis nikah start pukul 8pm, jadinya pepagi buta dah bangun untuk siapkan pelamin nikah... 

since nikah dekat dewan cempaka, IYC, jadinya ktrg angkut semua barang g sana... naik lori 3 tan kottt... x sangka bnyk pula barangnye... huehuehue... 

Mila suka design simple, x mo bunga besar2 tu.. suka gile bunga hydregea, calla lily ngan orked... jadi mila letak je bunga2 tu di pelamin nikah... semua bunga ni artificial, x mampu nak beli fresh flowers... mahal bebenor....

team AAWD masa siapkan pelamin nikah ni seramai 8 org termasuk Mila, sungguh2 mereka ini bekerja untuk bos mereka... thumbS up yooo!!!

GAMBAR DEWAN SEBELUM DECO....


GAMBAR SELEPAS DECO....





tema: Hijau + putih + cream

dekat tengah2 dewan ni, Mila letak stage besar untuk Qayum, Tok kadi, Ayah, saksi dan Abah duduk... 

kiri kanan stage ni pulak, Mila letak platform Hantaran.

Masa majlis, keliling Hantaran ni, bestmen dan saudara mara duduk... alhamdulillah, semua nya seperti yang di rancang... syukur...


dari arah pelamin... ramainye orang...

pada awalnye, Mila nak tutup keliling dewan dgn tirai cream, tapi, since air-cond untuk dewan ini attach dgn tepi dinding, bkn syilling, harapan itu tinggal harapan... 

walau macam mana pon, alhamdulillah, semua nya berjalan lancar... 

ramai yang suka design pelamin ni, terima kasih di ucapkan... =)

insyaALLAH, Mila akan terus berkarya, mencari idea untuk masa depan AAWD... ngeee...

terima kasih kepada semua team AAWD yang bekerja keras menginterpretasi karya yang hanya di lukis di atas kertas menjadi seperti ini... 

terima kasih kerana sudi melayan kerenah bos mu ini

terima kasih atas kerjasama & komitmen yang di beri, tanpa korang, susah untuk Mila men' deco ' pelamin indah ini... 

TERIMA KASIH kalian....

till then,

salam sayang,

MILA


orang kuat majlis, siblings, I LOVE YOU!!!!

Tuesday, 16 October 2012

DIY: BANTAL HANTARAN

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Dah 3 hari Mila x boleh nak buat keja sbb tangan tetiba je sakit, dan sekarang, Alhamdulillah, dah semakin pulih =) ... rupanya darah tersumbat (kata makcik yang urut tgn Mila) dekat pergelangan tangan dek tidur beralas kan tangan... huhuhu... lepas ni tobat tak nak tido beralaskan tangan... ^_^
Oleh kerana tangan dah semakin pulih, hari ni Mila nak share mengenai DIY BANTAL HANTARAN. Bantal Hantaran ni Mila buat khas di atas permintaan customer AAWD, lately ni ramai pulak yang nak sewa. Hari tu masa majlis pertunangan along Mila pon ktrg guna bantal hantaran ni... 
Tapi, rasanya dah ramai yang tau macam mana nak hias bantal hantaran ni, cuma entry hari ni bantal hantaran version MILA =)

Okey, 1stly kite kena cari barang-barang yang di perlukan untuk DIY bantal hantaran ni 

(1) Polistrin berbentuk bantal (size : medium) (2) Kain satin (3) Gam (4) Gunting (5) Jarum peniti
(6) Findings (7) Tassel



STEP 1: Gam kan Tassel pada findings


STEP 2: Gamkan kain satin kepada polistrin 
(untuk dapatkan hasil yang baik, tegangkan kain setiap penjuru sebelum gam kan kain di bawah polistrin)

STEP 3: Gamkan Tassel yang telah di cantum dengan findings di penjuru setiap polistren


STEP 4: Pinkan jarum peniti di tengah findings, selain sebagai hiasan, pin ni jugak boleh kuatkan camtuman findings pada setiap bucu bantal polistrin.

STEP 5: SIAP!!!

Mudahkan? Tapi, perlukan kesabaran yang tinggi nak siapkan satu-satu... huhuhu.. setakat ni , Mila ada 9+7 bantal hantaran seperti di atas... kesemua nya berwarna cream =)

sebelum tu, jom imbas kembali kronologi pembikinan bantal hantaran ni...

1) Mila beli polistrin ber saiz medium di Nilai 3, harga 1 pcs RM3.90
2) Untuk kain satin, Mila beli di Kamdar, 2meter cukup untuk 7 bantal, 1meter kain satin, RM3.20
3) Tassel dan findings, Mila beli di kedai bunga reben, Jalan Tar, 1 packet Tassel ada 4 pcs , RM2.90 ; untuk finding ada 30pcs RM8.90 (harga Tassel dan Findings ni Mila x berapa ingat, will check back dan betulkan kemudian)
4) Gam , jarum peniti dan gunting memang dah ada dekat rumah, so, tidak dikira...

total cost, korang kira lah sendiri berapa erk, cz ia bergantung kepada berapa pcs bantal yang hendak di buat... =)

tips ringkas!!! pemilihan warna kain, tassel dan findings sangat penting, untuk selamat, dimana semua color/tema hantaran boleh matching dengan bantal hantarn ni, Mila amik color cream dan bronze =)
so, tak kisah lah apa saja warna tema hantaran korang, combination color ni boleh matching... dan tak semestinya if hantaran korang tema hijau, semua benda nak color hijau, at least ada satu color basic seperti warna cream atau putih, dan combination ni nampak exclusive!!! dan.... simple =) so, tak lah carca marba...

if dulu, ramai yang hias hantaran mengunakan alas kain bercorak-corak dan lace keliling dulang, bagi Mila ia nampak terlalu meriah dan kadang kala , barang hantaran itu sendiri tenggelam dek ke 'glameran' hiasan dulang =) so, apa kata kita cuba tukar pulak kepada sesuatu yang lebih simple dan nampak sedap je mata memandang =) dan yang penting, kos nye murah =)

till then,

salam sayang

Mila

Monday, 16 July 2012

DIY: THE MAKING OF 'RANGKA BESI PELAMIN'

ASSALAMMUALAIKUM

Harus di kata ini adalah projek khas DIY untuk semua followers/silent readers dan lovely  B2B =)
It will be my pleasure to share dgn uolls memandangkan ada 2,3 org yang bertanya.... =) Mila suka tgk B2B yang DIY their own pelamin, they give inspirations to others B2B... Oleh kerana Mila ni jenis manusia yang suka kan keindahan, jadi, Mila mahukan semua2 yang indah belaka, especially bila bab2 preparations for engagement and reception... Jadi, lahirlah AAWD. Bonus tambahan untuk Mila bila mana ibu Mila adalah seorg Florist dan penggubah hantaran, beliau lah yang bagi inspirations untuk Mila buat Biz wedding dan decorations nih... =) 
 Berbekal kan ilmu seciput yang Mila tuntut di UiTM, Mila try buat rangka besi untuk di jadikan backdrop pelamin...Huehuehue... so, mari baca slow2 the explanation of the making of RANGKA BESI PELAMIN...


kalau nak ikutkan dlm term engineering, gambar di atas terdiri daripada 2 columns and 1 beam... heee

column/ tiang ni di design kepada 2 bahagian, ada bahagian dalam dan luar... jika combine kedua2 bahagian, panjang sebenar tiang adalah 10 kaki...  untuk mendapat kekuatan yang optimum, besi di dalam mestilah lebih kecik dari besi di luar, biasanya kalau kita pergi kedai besi, kte boleh pilih besi ni mengikut size nye... kemudian, di tengah2 joint/ perjumpaan besi tersebut, mintak pakcik besi tu buatkan satu lubang untuk di masukkan skru, jadi nya, besi ni boleh kite adjust2 mengikut kesukaan , dimana kite boleh naikkan besi yang di dalam mengikut ketinggian yang di kehendaki... =) 

hmmm... agak2, korang paham ke penerangan mila setakat nih???? memahami??? jadi, mari kite teruskan =)

semasa memasang pelamin, letakkan satu tiang di sebelah kanan, dan satu tiang lagi di sebelah kiri, untuk joint kan kedua2 tiang tersebut, letakkan beam (besi yang dkt tgh2 tu, refer gambar di atas), 
then, masukkan kain  mengikut warna tema pelamin...

pelamin yang cantik adalah pelamin yang menggunakan kain yang banyak sebagai backdrop pelamin, selalunya mila gunakan 15-21m kain sebagai backdrop untuk mini pelamin, kain ni dipotong setiap 3m, jadinya, if guna 21m kain, dapatlah 7 keping kain... 7 keping kain ni diletak sederet di besi yang mila panggil beam tu... 

macam mana nak letak kain2 tersebut???

mudah je, bayang kan macam korang nak gantung langsir... jadinye, kain2 tersebut haruslah di jahit =)

then, siaplah backdrop tirai pelamin youlls!!!

tapi, if korang rasa susah untuk buat besi2 nih dan tak tau nak buat apa dengan besi2 ni selepas habis majlis, korang boleh je sewa 1SET DIY PELAMIN dari pihak AAWD yang merangkumi, (wink, sempat tu cik mila promote biz die, ngeeee)

~ 1 set rangka besi - backdrp ~
~ kain tirai mengikut tema majlis ~
~ 3m x 1.5m carpet berwarna cream/putih ~
~ 2 pcs bantal nikah ottoman ~
~ 2 pcs flowers arrangement warna putih/pink bersama dengan glass stand dan pasu ~
~ 2 pcs spotlight ~
~ 1 set stage size 2m x 1.5m ~
~ 2 pcs bantal roses ~
~ 2 pcs small bolster ~
(SET INI SESUAI UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERTUNANGAN)


gambar dekat atas ni adalah hasil DIY oleh one of my customer =)


dengan harga runtuh RM200 sahaja!!!!

so, korang dah boleh jimat di situ!!!

HARGA INI VALID HANYA UNTUK FOLLOWERS BLOG  our story start in feb  INI SAHAJA (Harga asal, RM300, boleh refer SINI untuk lebih lanjut)

If tgk trend atau design pelamin sekarang, lebih banyak mengunakan kain jika di bandingkan dgn dolu2 nye design, which is menggunakan backdrop kayu.. 
Dolu2 jugak, ramai yang ingat, pelamin yang menggunakan kain/tirai backdrop ini di attach kan ke dinding rumah, dimana harus di stapler dan sebagainya, tapi, tidak lagi bila mana sekarang, ramai vendor pelamin yang menggunakan rangka besi sebagai backdrop pelamin.... Akhir kata, untuk B2B yang mampu dan tidak ada masa untuk DIY pelamin sendiri, hired lah vendor pelamin yang sesuai mengikut budget korang =) hehehehe

HARAP ENTRY KALI INI MEMBANTU YOULLS DAN SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI IDEA PADA YOULLS DALAM MEMBUAT PREPARATION FOR YOUR WEDDING SOON....GOOD LUCK dan SELAMAT MENCUBA =)

till then,

salam sayang, 

cik MILA =)

Monday, 27 February 2012

MY DIY PROJECT

ASSALAM SEMUA... =)

MODE: HAPPY...

heee...tapi tak lah happy sangat sebab mila tengah kompius ni @@
ohh... begini, hari sabtu yang lepas, mila pergi pameran pengantin dekat SACC mall... korang pergi tak? pergi? tak jumpa pon korang kat sana... heee... okey, tak pe, tak pe... sila abaikan kemerepekkan saya ini...
mila pergi dengan ibu, ayah and encik Qayum, motif utama, jalan-jalan cari pasal... erkhhh... heee... taklah... mila and encik Qayum nak usha-usha kad kawen, orang kata if booking dekat pameran pengantin, price nye sangat kebabbom plus dapat macam-macam, ibu and ayah mila pulak, saje datang cuci-cuci mata, kot-kot berkenan dengan mana-mana catering untuk majlis kakak mila hujung tahun ni... 
okeyh, back to kad kawen punya cerita... jalan punya jalan, semua booth kad kawen mila terjah, tapi kan, tak de yang seperti yang diimpikan...sob..sob... sedih lah... nape diorang tak de kad kawen yang mila nak tu...huuu...mila kalau boleh nak kad kawen yang ada lace atas and bawah kad... gambar tak de...so, x leh nk gambarkan kat korang... 
if x jumpa mila rasa nak DIY je kad kawen tu nanti... korang rasa ok ke DIY kad kawen? encik Qayum cakap, buat pe lah susah-susah nak buat kad kawen, kite g tempah je lah nanti... tapi kan, if boleh, mila nak kad kawen tu nanti ikut citarasa cik MILA... wah... mengada je kan cik MILA nih... @@

okeylah...takpe-takpe, tinggal kan sekejap cerita kad kawen, jom scroll down list DIY project yang bakal cik MILA 'DIY' untuk majlis khatam quran, majlis pernikahan, majlis resepsi cik MILA dan majlis resepsi encik Qayum nanti...

MAJLIS KHATAM QURAN

1) MINI PELAMIN (THEME - ALL WHITE)
2) BEADING BUSANA 
3) DECO DOOR GIFT
4) KAD JEMPUTAN 50 pax

MAJLIS PERNIKAHAN

1) DAIS (THEME - GARDEN - APPLE GREEN, WHITE) WITH AAWD MEMBERS
2) HANTARAN 11 DULANG (THEME - APPLE GREEN, WHITE, CHAMPAGNE, SOFT PINK)
3) BEADING BUSANA (BAJU KURUNG MODEN + VEIL)
4) KAD JEMPUTAN 150 pax

MAJLIS RESEPSI CIK MILA

1) DAIS (THEME - GARDEN - APPLE GREEN, WHITE, CHAMPAGNE, SOFT PINK) WITH AAWD MEMBERS
2) MAIN TABLE DECO WITH AAWD MEMBERS
3) WALKAWAY DECO WITH AAWD MEMBERS
4) CENTER PIECE DECO WITH AAWD MEMBERS 
5) PHOTO GUEST BOOTH DECO WITH AAWD MEMBERS
6) GUEST BOOK
7) KAD JEMPUTAN - KIV
8) DOOR GIFT - KIV
9) DESIGNING BUSANA CIK MILA & ENCIK QAYUM

MAJLIS RESEPSI ENCIK QAYUM

1) DAIS (THEME - ARABIAN - RED, GOLD, YELLOW, DARK BLUE, MAROON) WITH AAWD MEMBERS
2) MAIN TABLE DECO WITH AAWD MEMBERS
3) WALKAWAY DECO WITH AAWD MEMBERS
4) CENTER PIECE DECO WITH AAWD MEMBERS 
5) PHOTO GUEST BOOTH DECO WITH AAWD MEMBERS
6) GUEST BOOK
7) KAD JEMPUTAN - KIV
8) CANDY CORNER
9) WESTERN CORNER
10) DESIGNING BUSANA CIK MILA & ENCIK QAYUM

hmmm... dasyat betul project DIY cik MILA nih... adoiaaiii... erkkk... korang jangan pelik tengok list DIY cik mila ni, memang mila beniat nak DIY je semua ni... harap-harap menjadi la erk... thats's why our preparation start now even majlis next year. tapi kan korang, bukan mila je sorang-soramg buat semua ni, ada member team AAWD yang akan tolong... doa-doakn semua ni berjalan dengan lancar ya... amin...

nota kaki: list down ni as my guidline apa yang mila nak buat dolu, since macam semua benda buat sendiri... hohoho

Thursday, 23 February 2012

TIPS 1: DIY PELAMIN DARI MILA AAWD

ASSALAM SEMUA...

Hari ni mila nak share sedikit pengalaman tak seberapa mila sepanjang menjadi designer pelamin di AAWD... untuk maklumat, AAWD ni baru je lahir last year... mendapat inspirasi dari ibu mila dan sokongan keluarga, mila dengan rasa berbesar hati menguruskan business ni... 

okey, back to our main topic, tips pelamin kan...mila akan share with all of you beberapa tips ringkas untuk DIY you own mini DAIS/PELAMIN...

 lately, design pelamin di pasaran banyak mengunakan penggunaan kain sebagai backdrop. Ia nampak simple and sweet...Tambahan pula, cost nya agak murah jika nak di bandingkan dengan pelamin yang ada frame/backdrop... 
Untuk menjadikan pelamin korang tu nampak sedap je mata memandang, pemilihan warna adalah sangat penting... if korang tengok, warna putih akan beri effect suci dan nampak lebih elegant...


CONTOH PELAMIN AAWD - ALL WHITE

untuk yang suka pada tema 'sweet-sweet', warna-warna seperti pink, shocking pink, dan dusty pink sangat sesuai. selalunya warna-warna ni di jadikan sebagai warna tema majlis tersebut. tapi, jangan silap, warna-warna ini hanya perlu di jadikan sebagai main color, bukan nye semua benda nak color ni... contohnya, jika tema korang tu warna shocking pink, backdrop pelamin haruslah di gabungkan dengan warna cream atau putih. pemilihan bunga haruslah juga mengikut tema majlis, contoh nya, jika backdrop/ tirai pelamin korang color pink+cream/ putih, color bunga yang sesuai haruslah dari color pink + shocking pink + soft purple + cream. variasi warna untuk bunga akan buat pelamin tu nanti nampak berseri dan sedap mata memandang... selalunya penggunaan warna pastel yang banyak untuk bunga, bila di gabungkan dengan warna bunga yang terang akan nampak pelamin itu bertambah cantik.


PELAMIN AAWD, PENGGUNAAN PASTEL COLOR.


If warna background kain tu macam gambar di bawah ni (both warna terang (pink) dah cerah (cream) equal), lebihkan warna bunga yang terang, hanya selit kan warna cream/putih/soft pink bagi menaikkan seri pelamin tersebut... dan untuk pemilihan carpet sebagai stage, guna lah warna putih untuk mendapatkan effect luas...


MINI PELAMIN YANG DI 'DIY' OLEH ONE OF OUR CUSTOMER DI KEDAH

untuk makluman, customer mila ni just sewa item-item di atas dan die 'DIY' sendiri pelamin ni berdasarkan sketches yang mila buat... =D
untuk yang nak 'DIY' sendiri korang punya pelamin tu, jangan segan silu email kan pertanyaan korang dekat azahmad.weddingdecor@gmail.com, mila akan sedaya upaya untuk reply email-email korang tu secepat mungkin dan jangan risau, mila tak charge pon harga sketches dan consultation... ianya free untuk anda-anda semua my lovely readers yang booking 'DIY' item ni... 

NOTA CINTA: Dear B2B, as long as you have time, energy, idea and creativity, u may Do It Yourself your own mini pelamin what... but, ensure it is within ur budget okeyh!!! 
good luck untuk semua!!! =D 

till then,

harap, tips ringkas yang mila berikan ni membantu korang semua....

salam sayang

cik MILA

Tuesday, 17 January 2012

FABRIC FLOWERS 3D & PEARL

ASSALAM SEMUA....

lately ni, ramai yang guna bunga fabric 3D dalam hiasan baju tunang/nikah/resepsi... mila pon memang suka sangat bunga 3D nih... dan mila paling suka jahit pearl!!! kira mcm signature untuk semua design baju-baju mila... hehehehe... if korang tengok veil mila masa engagemnet hari tu, sure korang setuju and cakap...

CIK MILA GILE PEARL...

hahahahaha...

jom layan gambar-gambar veil CIK MILA....




sila fokus veil CIK MILA sahaja ye... (hahahha, blushing....)





CIK MILA bersama dengan HER BESTIES... thanx korang cz datang!!! much.. much love!!! 




cik mila with cik ida yang kiut miut...love this pix!!! sila fokus pearl-pearl yang berada di atas kepala cik mila... banyak tak??? hohoho


ANNOUNCEMENT!!!
untuk semua B2B yang masih tercari - cari VEIL color macam VEIL mila nih, mila nak open untuk sewa.. boleh email mila bile-bile masa korang suka and insyaALLAH mila akan reply secepat mungkin... =)


AND sekarang ni mila ngah workout baju customer yang akan penuh dengan pearl dan bunga 3D.. nanti bile baju nih dah siap, mila buat review ya.. mana tau boleh bagi idea untuk uolls...

jom kite tengok teaser dolu erk....


FABRIC FLOWERS with WHITE PEARL

banyak tak pearl kat baju tu??? banyak kan, again, CIK MILA gile pearl... ngeehhh

sekian...

salam sayang, CIK MILA