Tuesday 23 December 2014

KRABI WITH LOVE PART 1

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Cerita ke krabi bermula bila Mila join group BBM dkt FB, tgk kawan2 BBM post gambar dkt krabi, ohoii.. cantik nya lahh.. tergoda okeyh! tunjuk encik Qayum, maka bermulah aktiviti mencari hotel + flight melalui air asia go. (feberet sungguh cari dkt sini!)

masa tengah cari-cari, ecxited sungguh lahh! seorang RM300++ je untuk tix return & hotel 3H2M, murah sangat kan!

tapi, kebanyakkan Hotel yang murah, location di pekan krabi. Banyak review dr blogger dan rakan BBM, better amik hotel dekat Aonang, sebab Aonang center of krabi, semua ada dekat Aonang, hotel, halal food, aktiviti pantai etc.

Jadi nya, kami decide, pilih the Cliff Aonang Hotel untuk penginapan pada 15-16 December + flight return KL-KRABI (13.12.2014) , KRABI-KL (16.12.2014) dengan harga RM820.25 Total untuk dua orang.
untuk penginapan pada 13-15 December, beli di Agoda sahaja, KL House Aonang, RM204.26 untuk 2 malam.

*nota kaki, dekat website airasia.go, boleh pilih tarikh penginapan yang kita nak, harga akan kurang dari harga total tarih percutian, sebagai contoh,

Mila pergi krabi 13-16 december, if total harga tix + hotel untuk sepanjang penginapan, RM709/pax , if dua orang? RM1418??? Mahal okeyh... jadi, disebabkan kali ni adalah percutian mengejut, marilah berjimat cermat ;)

itu tak campur lagi, nak pilih seat sama-sama, add RM6/pax, makan sama-sama, add RM12-13/pax. 

untuk penerangan lebih jelas, meh tgk gambar ni,


1.pilih tarikh dan hotel


2.pilih jenis bilik penginapan, biasanya, yang paling atas tak perlu membuat penambahan bayaran, yang tambah tu tengik jenis bilik / ada breakfast


3.pilih tix flight, biasa nk ke krabi ni, tix flight petang tak perlu tambah duit, tapi, ikut mana waktu yang korang nak, tapi, kna lah tambah duit, mila hr tu flight pkl 1705 dr KLIA2


4.pilih tix flight balik pula, masa survey-survey tix, pagi 16 hb je yang +RM0, tapi, masa nk buat pembayaran, tengok pukul 600pm +RM0, so, apa lagi amik tix flight ptg, jadi boleh tambah aktiviti =) (rancang betul-betul tau waktu flight ni =))


5.Ini total price yang perlu dibayar if amik 4H3M di hotel yang sama, a bit expensive kan, Mila rasa lah.. hihi, jadi, ktrg amik satu malam je.


6.Tukar tarikh & edit balik dari awal, see. banyak kan beza harga nya =)


7.Dan inilah total harga sebenar yang perlu dibayar untuk flight return dan 1 malam di THE CLIFF AONANG, mila dapat hari tu RM820.25 shj, jadi kena rajin survey ya!

Selesai urusan Flight + Hotel

Total damage:

Flight return + The Cliff Aonang - RM820.25
KL House Aonang - RM204.26
TOTAL - RM1024.51 untuk 2 orang
RM512.26/pax shj

Bila urusan flight dan hotel dan selsesai, baru hati gembira untuk rancang aktiviti di sana!

okey, nak share gambar bilik & persekitaran hotel, since masa mila google hotel ni tak bnyk gambar, meh nk tempek bnyk2 dekat sini, hihi

THE CLIFF AONANG






bilik untuk satu malam di Aonang



en Qayum buat inspection, hihi


lobi hotel









persekitaran, hotel ni 3 bintang ajee, sesiapa yang inginkan privacy dan nak rasa tdo dengan bunyi unggas, boleh lah pilih hotel ni. Mila bagi 4/5 untuk penginapan kami di sini, overall puas hati, kecuali tang toilet dkt luar yang agak peliks itu, tapi, nice to try =)

next hotel, KL House Aonang


Lobi



Hotel ni tepi jalan sahaja, main road nk ke pantai Aonang, senang je nak cari.
Gambar dekat hotel ni, ini aje yang ada, masa sampai, dh amik gambar bilik nya, tapiii... hmm...gadget yang ktrg guna tu... hmmm... nanti lah cerita, hihihi...
apa-apa pon, mila recommend hotel ni, owner nya pon baik jee..
Mila bagi 4/5 bintang! hihihi

Jarak kedua2 hotel ni, dekat shj, lbh krg 80-100m, ktrg check out dan check in berbeg2 & berbasuh kuyup dengan berjalan kaki sahaja... hihihi.

rasanya, ini je dolu persediaan awal yang perlu sebelum pergi bercuti, nanti Mila sambung lagi yaa...

till then,

salam sayang,

Mila









1 comment: