ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
Hy readers =)
Terkejut tak dengan tajuk entry super poyo itu.. hihi.. Mila jadi tukang makeup la pula?! erkhh.. tak delah, tak berniat pon nak tukar profession, ewahh... hihhihi..
Gara-gara adik yang kawin, kakak yang sibuk kalah pengantin =)
Mila tolong makeup kan adik ipar untuk kedua-dua majlis resepsi, makeup natural je pon sebab i mana lah reti makeup orang kawin, hihi, setakat letak foundation, compact powder, calit eyeliner & eyebrow, warna kan pipi dan kelopak mata dengan blusher dan eyeshadow , itu sahaja! dan tips nak nampak segar, sebelum makeup basuh muka dengan air batu sejuk yang amat. gituuuu jee.. hihihi..
adik Mila, Faqih & Ainatul =)
Ainatul dah memang comel, pakai apa pon nampak cantik, kulit putih gebu gebas =)
hihihi
ni masa reception di Melaka, natural habis kan makeup nya! hihihi...
Pakaikan tanjak & sampin senget sikit untuk adik, hihi (p/s: Mila baru tahu, lelaki tak boleh pakai rantai , kan selalu orang pakai masa kawin, enQayum dolu pon pakai, memang tak boleh, sebab menyerupai perempuan)
dua-dua kemerahan dek cahaya matahari yang memancar =)
credit picture to :
bukti sayalah Mua of the day, hahhaha, tolong pakai kan veil & kemas kn tudung =)
see baju? tak tukar lagi yaa... kelam kelibut time ni, mana nk buat handbouquet, nak makeup kan, nak siapkan adik Mila, si Faqih pula lepas tu, kakak sendiri pasrah je tukar baju cantik lambat-lambat, hihu.
resepsi yang kedua di Beranda Kasih, Hulu Langat, majlis sebelah keluarga Mila pula, majlis kali ni, waktu malam, pengantin berarak selepas maghrib. Bersiap di dalam rumah yang kami sewa di sini, kali ni pon Ainatul request makeup natural, lagipon natural makeup aje yang Mila tau.hahhaha. This time, kakak pengantin dah siap awal-awal. hahaha.
in action ;)
veil ini, saya jahitkan beading nya =)
cubit pipi sikit bagi nampak berseri, erkh!
credit picture to :
tanjak dan sampin dr butik AAWD, ada beberapa color shj dekat butik, hasil pengumpulan majlis-majlis adik beradik sebelum ini =)
Mila pakai kan sampin bunga ntah camne ler nak ikat, hentam sahaja!
Mila dari kecik suka melukis, apply kan teknik melukis dekat muka adik ipar, menjadi lah juga, tapi, tak dikira professional yaa.. hihi.. tak de niat pon nak teruskan, makeup saja2 boleh lah, lagipon, dalam islam, kita tak boleh nak ubah wajah sesorang dengan ber'makeup', haram hukum nya, Wallahualam.
Setakat simple makeup macam ni boleh lah...
dan... seeloknya, elakkan dari mencukur kening dan memakai bulu mata palsu, hukumnya Haram =)
selalu pengantin tadah muka ajee, tak tau Mua buat apa pada muka, dh tau ni, kena lah amik tau ya... sekadar berpesan-pesan sesama kita, semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik, insyaALLAH.
Bab agama ni tak boleh nak komen lebih lanjut, kena tanya pada yang pakar =)
notakakitangan, baju pengantin kami buat sendiri sahaja, nantilah, kita story lain kali =)
till then,
salam sayang,
Mila =)
Selamat pengantin baru Pak teh Faqih & Mak teh Ainatul
No comments:
Post a Comment