Tuesday 21 February 2012

LUAHAN RASA SEORANG TEMAN

ASSALAM SEMUA...

Lagi 2 minggu kita semua dah nak masuk bulan MAC, cepatnya masa berlalu kan... dan alhamdulillah, tempahan   AAWD juga semakin bertambah baik... boleh di katakan setiap minggu di bulan MAC kami telah mendapat tempahan pelamin... bulan MAC juga, seorang teman mila akan menamatkan zaman bujang beliau... dan mila terlibat untuk menjayakan majlis beliau tu cz member mila ni tempah pelamin nikah dengan AAWD... 
nak di jadikan cerita, masa jumpa member mila ni dekat rumah beliau, beliau mengadu dkt ktrg mengenai kerisauan beliau terhadap wedding planner beliau.. untuk makluman, member mila ni dah buat tempahan khemah, catering, makeup, busana L/P, pelamin bwh canopy dengan sebuah butik di Bangi,(masa ni AAWD baru je lahir...heheheh)  total keseluruhan berjumlah RM27k. First time mila dengar jumlah yang bukan sedikit  hanya untuk package di rumah untuk tempahan 1200pax... dan member mila ni sendiri tak tau apa jenis khemah diorang dapat nanti, arabian ke, pyramid ke... sebab WP tersebut tidak menjelaskan perkara-perkara dan item-item yang mereka provide secara terperinci walaupon telah ditanya beberapa kali.... hhhmmmm... korang rasa-rasa lah, jumlah RM27K ni banyak ke banyak untuk servis2 yang mila bg tau tadi???
dan yang paling mila tak pernah dengar, WP ni mintak member mila ni bayar 90% bayaran dari total keseluruhan 2 minggu sebelum hari majlis beliau nanti... member mila dan keluarga nya dah beberapa kali meminta dan memohon pihak WP ni bertimbang rasa untuk memberi tempoh kepada beliau sekeluarga untuk menjelaskan bayaran mereka pada hari majlis, dukacitanya, WP ni tidak mengendahkan permintaan mereka itu...

pengalaman mila la kan sepanjang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan majlis perkahwinan ni, untuk membuat tempahan, sekurang-kurangnya, customer, perlu membuat bayaran deposit 10% daripada total bayaran, dan selebihnya, 30% atau 40% sebulan/dua bulan sebelum majlis, 40% dua minggu sebelum majlis, dan bakinya pada hari majlis di langsungkan (percentage ini berbeza mengikut mode of business tersebut)... dan negotiate itu perlu ketika urusan booking... vendor perlu mendengar pendapat customer, dan begitu juga sebaliknya... barulah deal tersebut berjalan lancar.... hehehehe... (maaf ya, ini pendapat peribadi mila, jika ada yang bercanggah dengan anda-anda di luar sana, x dpt den nak tolong =)

berbalik kepada luahan teman mila tu, beliau juga di tengking dgn dasyatnye oleh adik kepada WP tersebut kerana bertanyakan soalan ini...

if saya dah bayar 90% ni, if jadi apa-apa pada butik ni dan tak sempat nak buat majlis saya macam mana ya??? (ayat lebih kurang macam ni ye... if sebijik, mana nak ingat... hhehhehehe...)

dan balasan kepada jawapan ini,

itu kerja tuhan (dalam keadaan marah dan suara yang tinggi)

padahal, menurut member mila ni, sebelum beliau membuat bayaran booking, WP memberi layanan 1st class kepada beliau sekeluarga...

dan, banyak lagi, isu-isu yang merisaukan member mila ni terhadap WP beliau, cuma, mila hanya dapat ceritakan isu ini sahaja... yang lain, biarlah rahsia.... erkk... tak lah... if korang nak tau details, email mila erk, takot panjang sangat entry ni nanti if semua mila cerita di sini... heeee

so, if korang berada di tempat kawan mila ni, korang rasa korang susah hati juga tak? lagi-lagi majlis korang hanya tinggal 3 minggu je lagi... hmmm... bila dengar cerita ni dari teman mila, rasa simpati sangat dekat die dan berharap beliau tak terlalu stress mengenai isu ini... 

to my dear frens A, jangan susah-susah hati okeyh... mila doakan majlis A berjalan lancar nanti... amin...
semoga segalanya nanti akan di permudahkan... insyaALLAH... tabahkan hati okeyh...

p/s: untuk makluman, member mila ni yang minta mila buat entry ini untuk kita sama-sama beringat untuk lebih berhati-hati ketika memilih vendor majlis bersejarah kita nanti, yelah, kawen bukan selalu, kalau boleh, mendapat yang terbaik kan lebih baik...

till then,

salam sayang,

cik MILA



2 comments:

  1. bagi sy, itu sgt x patut laa. as vendor, kite kene phm situasi pengantin tu. mane bleh desak2 mcm tu. and bg sy mana ade vendor wat cmtu. ape yg sy tau, bayarannye mcm Mila mention tu. mane ade mintk smpai 90%. bahaya tu. better check btul2 b4 bayar 90% tu. klu boleh Mila PM eh sape vendor tu. sbb nnti sy try tnye kwn2 sy,

    ReplyDelete
  2. tu la... agak bahaya jugak if kite bayar 90% sebelum majlis, takut apa yang kita bayar tak setimpal dengan servis yang di beri... okey, mila pm adibah ya...

    ReplyDelete