Wednesday 21 May 2014

TIPS KETIKA BERCUTI DI KOREA PART 1

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

ni tips & pengalaman Mila selama 5 hari di seoul, korea. hope berguna untuk korang yang nk ke sana =)

1. PERSEDIAN SEBELUM BERTOLAK - FLIGHT TICKET & ACCOMMODATION, kalau takde dua ni cmno nk g and dok kat korea?! hee... Mila mmg peminat tegar airasia.go! hari tu p bali ponn beli dekat sini! almaklumlah, cita2 tinggi melangit, tapi, budget ciputt aje... makanya, guna lah kaedah ini! Mila beli bulan 8, 2013. masa ktrg beli tu dapat RM1200/pax untuk return flight + accommodation 4NITE dekat KIMCHEE MYEONGDONG GUESTHOUSE. sehari sblm Mila beli, Along Mila dah beli untuk die dgn kawan2 nya, untuk return flight + accommodation 6NITE dekat gueshouse yang sama RM1100/pax. lagi murah dari yg mila dapat! jelesss ok! Price memang berubah2 tau, tak menentu, jadinya, klu dapat yang murah tu, terus grab!


ohoiiii..murah ni, p langkawi next year untuk dua org sekali hotel price dr RM442 shj!

2. PERSEDIAN SEBELUM BERTOLAK - MONEY CHANGER, ni penting! sebab kalau boleh dapat rate yang murah... mila dah survey, banyak yg bagi tau, money changer yang murah dekat mid valley, betul2 sebelah excalator tingkat bawah sekali , sblh KFC =) rate yang ktrg dapat 1000KRW RM3.24
1000KRW ni nilainya macam RM1 kita, contoh, air coke botol dekat seoul 1900KRW, dekat sini, lbh krg RM2.20.. haa.. gitu... tapi, kalau nk convert, mmg menangis air mata darah lah... nilai coke dekat sana, lbh krg RM6.15! Mau nya tak nangis! heee... tapi, bila dah berbelanja dekat sana, tak yah nk convert sangat, nnt spoil mood bercuti tu =)


masa tukar hari tu, org money changer tu bagi ktrg semua duit 10000KRW, tebal wallet bapak QAYUM. hee..

3. PERSEDIAN SEBELUM BERTOLAK - LUGGAGE, ini pon sangat penting, ktrg bawak satu je beg luggage yang bosar gedabak, semua sumbat dalam tu... stock makanan, baju dll, macam ktrg g waktu spring, tak yah bawak winter coat, bawak coat biasa je..tapi, bosar jugak, jadi jadikan sbgi hand luggage. 2 hari sblm berlepas, Kakak Mila dh check in kn tuk ktrg semua, and beli luggage & makanan masa dlm flight. Hanya en qayum sorang je yang beli luggage, RM69 untuk 20KG, under nama Mila, ktrg tak beli, sbb bawak beg 1 je kan, yang lain macam beg belakang, hand beg, coat, semua hand luggage.

4. PERSEDIAN SEBELUM BERTOLAK - MAKANAN, dah nama org melayu, jadinya p mana2 pon nak makanan ala2 melayu kan, sebelum bertolak, masa beli luggage, kakak mila belikan jugak makanan untuk di makan dalam flight, mau tak nya, kang berlapar dalam flight, 6jam 10min perjalana tuuu... dan macam biasa, yang menjadi feveret, nasi lemak pak nasir, klu beli online dapat RM13 sahaja , nasi lemak beserta air mineral, murah sgt! sbb klu nak beli dlm flight, nasi lemak shj, RM15 + air mineral RM4, TOTAL RM19, so, penjimatan yang banyak di situ!
selain makanan dalam flight, ktrg bawak juga sambal ikin bilis kering yang di bekal oleh ibu Mila, makan dgn maggi goreng pepagi buta, di tambah pula dengan sambal sreng wak nang, mmg rasa very the malaysian tau, memang marvelous hari2 kami di seoul. hahhaha. tidak lupa juga biskut & coklat!
ktrg jugak bawak makanan yang siap macam nasi beriyani kambing brahim, ayam masak rendang brahim dan nasi tomato brahim. yang ni senang, masuk je dalam microvave, tunggu 2 min, siap!


ktrg beli yang ni! berlambak dekat carefour, RM9/box if tak silap


haaa..nmpk tak botol bulat kat meja tu? tulah sambal sreng wak nang, RM12/botol, yang ni nnt mila try buat entry khas k. memang sedap gilosss sambal sreng ni!
*makan makanan korea dgn sambal sreng.. kelass mak jah!

5. PERSEDIAN SEBELUM BERTOLAK - PAKAIAN, sebelum pergi, Mila mmg selalu check forecast cuaca dekat Seoul sepanjang kami berada di sana nanti, average suhu dari 8-24 celcius, jadi, memang bawak baju yang sesuai. klu tak tahan sejuk, ktrg pakai je sarung tangan yang nipis, beli dekat daiso, RM5 shj! hee... stokin pon kena bawa, sebab hari2 jalan turun naik tangga, beratus2 meter sbb subway dekat seoul ni memang dasyat, sampi 7 lapisan bawah tanah. lepastu, jalan nya berbukit2, penattt tapi best sbb tak berpeluh =)
erkhhh, jangan lupa pakai kasut! jangan buat gile nk pakai selipar jepun kt sana! jalan semua jauh2!


tengok anak panah tu.. kena turun tangga selepas keluar dari train! hee... owhh...jangan di lupa payung! sblm ktrg keluar, org yg jaga guest house tu suh ktrg bawak payung sbb cuaca hari tu dijangka hujan. memang betul pon, hujan turun dgn lebat nya! dan sejukkk sangat!
*abaikan muka senget mila tu dan baju yang kembonnnggg! heee...
*payung tu pinjam guesthouse punya =)

6. PERSEDIAN SEBELUM BERTOLAK - FIZIKAL & MENTAL, ini sangat penting! sebab korang kena send mind dari awal, bila dh bercuti secara backpackers ni, Fizikal & Mental kena kuat! bayangkan transportation dekat sana, kebanyakkn ktrg guna subway & bas , nak menapak dari guesthose ke subway, lps tu dalam subway station pon kena menapak lagi... fuhhh... letih tau! jadi, kna set mind, dekat sana mmg banyak berjalan, jadi siap kan diri anda! jangan lupa bawak tiger balm or seangkatan dengan nya. couse malam2 bila dh penat boleh lah sapu / mengurut kaki tuuu... (erk..saya la tu..kaki sakit sepanjang di sana! balik malaysia ok pulak, maybe sebab cuaca sejuk jadi kaki cepat cram!) Mental kena kuat jugak, sebagai contoh, if nk ke namsan tower waktu malam, mmg jauh jugak nk berjalan dr subway myeongdong ke cable car station, naik bukit lagi! tapi, enjoy je dgn pemandangan, agak2 letih, rehat jap, singgah beli strawberry! itu yang ktrg buat. owhhh. terinagat strawberry seoul, besar & manis!


entrance cable car namsan tower.
dari bawah, memang akn nampak namsan tower ni berkelipan menerangi malam anda di sana! heee... mmg berbaloi naik bukit nk ke sini!
owwwhhh,lagi satu, jangan di lupa bawak lip balm, bibir ktrg kering sangat tau masa kat sana, botol air pon jgn di lupa, sng nk minum masa tgh jalan2 =)
kalau tak thn sejuk, boleh beli kopi machine diorang 300KRW sekali minum =) lbh krg RM1
berlambak2 dekat subway and tepi2 jalan =)

fuhh! panjang sangat dah tips yang mila bagi ni, nanti kita sambung part 2 erkh... 

till then,

salam sayang,

MILA










Anneoyosayo!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Anneoyosayo! amboii... beria bebenor, padahal, perkataan ni je yg mampu sebut.. hahahaha... very the korean tak? mood korean sbb baru balik dr seoul... ngeeehhh...


alhamdulillah, berjaya juga sampai seoul, tempat yg selalu diidami, mau tak nya, hari2 mengadap cerita korea dekat tv, erkh, yg channel ONE dkt astro tuuu.. korang tgk tak? citer yg latest ni, mmg jadi feverot the amore, klu tak tgk, rasa nk meroyan, citer ni!


Ugly alert!!!

Best sgt! sampai bercucuran air mata, en Qayum pon tumpang sekaki tggu citer ni malam2 buta, hehehehe =)
5 hari skip tgk citer ni.. uuuu.. tak sedap badan rasa, hehehehe, jadi, masa dkt sana tgk online jee... nasib guesthouse ada wifi! =)

okeyhh, back to story, seoul best tak? best sgt aihhh... 

Mila g bacpackers je... iltenary ponn sendiri, kakak tersyang yg buatkn... kami ni ikutt ajee...
masa kami berada di sana selama 5 hari, boleh dikatakan cuaca nya sejuk bangat loll... ni musim spring, klu winter tu tak dpt nk bygkn kesejukkan nya. bayangkan jalan naik turun tangga tak berpeluh? pelikks rasanya.. hee..

memang enjoy bebenor dok sana, walaupon lima hari! heee...

makanan? transportation?

alhamdulillah semua okeyh, nnt tggu next entry untuk tips2 yang mila nk share, especially untuk sahabat mila yg nk p sana bulan depan! sattt naaa... entry masih dalam draft, sat g cik post!

till then,

salam sayang,

MILA!