Friday 6 November 2015

KRABI WITH LOVE PART 6

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Entry Sambungan Dari,


45 minit yang di beri di pulau kedua tamat dengan jayanya! next pulau, adalah Hong Island =)
Lebih kurang 10 minit sahaja perjalanan dengan bot untuk sampai ke pulau ini.
Dari jauh , dah nampak keluasan Hong Island ni, siyesly, pantai nya sangat besar dan putih! Excited sampai rasa nak melompat, hihihi.


hello Hong island!

Kalau dua pulau sebelum ni, boat akan berlabuh di tepian pantai, bila tiba dekat hong island ni, boat akan berhenti jauh sikit dari pantai, nak ke pantai kena melalui pantoon, agak jauh jugak lah kalau nk jalan. Kalau ikutkan , pantai Hong Island ni di bahagikan kepada dua bahagian, dari pantoon ke bahagian pertama, kawasan ni, tak ramai yang mandi manda, mungkin sebab banyak boat yang berlabuh, bahagian kedua pula, ada tempat untuk istirehat, siap ada meja dan kerusi. Kami di bawa ke bahagian kedua pantai untuk di beri makan tengahari, makanan yang di sediakan adalah makanan halal, seperti package 4 island semalam. Hanya 2 jam di beri untuk bersantai-santai.
so,
Lets explore Hong Island!


Perlu berjalan dari tengah laut ke tepian pantai


Hello Hong Island!



Cuaca agak panas ketika ini, tapi, air laut sejuk!


Clear Water!


Salah satu pulau yang dijaga rapi oleh kerajaan Thailand



Aiskrim 3 untuk 50b! Mahal la jugak kan, klu dekat malaysia, 20 sen je... hahaha,... ada ke lagi aiskrim cm gini?


Ingat masa 1st day duit dan pasport lencun dek air laut? alternative lain, simpan dolu dlm wallet kecik ni, lpstu br msk dalam beg kuning ituuu...



pantai side dengan pantoon ni tak ramai orang, sesuai untuk bergambar.


kesan dari Tsunami 2006, kapal ni hanyut di bawa sehingga ke Hong Island, mereka yang terselamat, berlindung di kawasan tinggi pulau ini, 


kami jelajah hutan kecil di Hong Island untuk tengok kesan dari trajedi Tsunami.


Masa untuk snorkling!



Over excited!


Nak ambil gambar berlatarkan ikan yang super banyak tuuu...


tapiiiii... awatnya semua ikan nk duduk dekat Mat Saleh tu? Tak paham den! Bukan die bagi makanan ponnn.. I is confius!


See! ikan-ikan tu masih keliling dekat die, semangat isteri die nk amik gambar!


the beauty of Hong Island! Ni lah side pantai yang ramai orang! apa yang mebahagikan pantai ni kepada dua side, adalah batu besar dekat tengah2 tuu...


side yang tak ramai orang lepak... 
Rasa tak nak balik je bila dah berendam dekat Hong Island ni, siyes seronok gile! Hihihihi,. 2 jam yang di beri untuk lepak dekat sini rasa sekejap je.. hukhuk, aktiviti utama, pastinya bersnorkling, macam2 gaya! Untuk pengetahuan, pantai Hong Island ni landai je.. tak dalam sangat, sesuai sangat untuk budak2. Mak bapak budak boleh pergi jauh sikit untuk snorkling, untuk tengok lebih banyak coral yang cantik2. jangan risau, kalau rasa dah terlebih boundary line, boleh patah balik, sbb ada sign line dekat situ...



SNORKLING!

Langit yang cerah masa dekat sini, pengubat duka lara kami semalam. Alhamdulillah. Syukur. =)
Tepat jam 4 ptg, kami dipanggil melaui wisel untuk pulang kepangkuan jalan, hihihi, Tinggalkan Hong island dengan seribu kenangan, ntah bila nak datang lagi kannn...


sayang, jom  balik...


ok, mari kita balik dengan gembira!. hihihi.


sebelum balik, boat bawa kami bawa kami melawat lagoon Hong Island, kalau awal pagi, lagoon ni kering airnya, jadi kena datang ptg baru air naik dan boat pon boleh lalu,

Sungguh indah ciptaan Allah!


Masa ni, boat jalan perlahan je, sebab air cetek dekat kawasan lagoon ni.

Lebih kurang pukul 5pm kami sampai di depan Hotel Kl House, terus ambil beg nak teruskan perjalan ke Hotel kedua untuk percutian Krabi kali ni, Jalan 5 minit ajooo dah sampai!


 The Cliff Aonang!
Sampai2 je Hotel, kami di beri minuman jus untuk tunggu process registration, sekejap ajoo, lebih kurang 5 minint, kami terus di bawa ke Chalet kami, omg, memang cantik seperti dalam gambar yang di papar di laman sesawang Air Asiago! terus rasa teruja!






Our Room! Siyes, tenang gile Hotel ni, sunyi sepi, sesuai untuk yang nk Honeymoon dekat sini! Highly recommended!

Lepas letak beg, terus ajak En Hubby cari makanan, since motor smlm dah di pulangkan, kami sewa motor yang baru! =)





Niceeee!

Marilah cari makanan di tepian pantai Aonang!
sebelum tu, sempat juga beli mee celup yang femes amos di kalangan BBM, beli 2 set nak bawak makan tepi pantai.
Abg ni jual mee celup ni atas motor ajooo... memang marveles gile!


Pantai Aonang. En Hubby, cari apa tu?


Aonang street! dekat sinilah pancake femes amos, Yaminlah pancake!

Lepas habis makan, kami decide untuk balik and siap sedia untuk mencari souvenir waktu malam nanti!
Tapi, sebelum tu, sempat lagi untuk booking in room massage lepas balik nanti dekat kaunter receptionist hotel. huhhu, haruslah tidak melepaskan peluang, sebab esok kan dah nak balik!
dan kami juga booking taxi untuk ke airport di kaunter abang sewa motor, senang! tak payah nak pikir nanti esok camne nak ke airport.

End our 3rd day in Krabi!


Expenses untuk hari ketiga:

Aonang Street
Watermelon juice 30b
Mango juice 30b
Sotong goreng dan Ayam goreng 120b
Mee celup yang marveles ituuu 100b (2 set)

Massagae, 300b
Sewa Motor, 200b
Transfer Taxi ke Airport dari Hotel, The Cliff Aonang, 500b

Sourvenier, 3,820b

Total : 5,100b

till then,

Mila

Tuesday 3 November 2015

Vacation to Perth, Australia?

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Angan-angan untuk bercuti ke Perth Australia next week terpaksa di kuburkan, huhuhu, ticket dah beli, itenary dah siap, tapi, Allah maha mengetahui. Kami tak jadi pergi oleh kerana beberapa sebab. Sedih? Iya.. tapi, takpe , banyak hikmah nya.

Pada mulanya, Mila dapat berita dari kawan mila yang ikut trip ni die tak dapat ikut memandangkan ekonomi malaysia yang teruk sekarang ni, Almaklumlah rate Aud sekarang RM3.10 bersamaan dengan 1AUD, mahal ko maiinnn kan.. Masa tu Mila and Qayum dah rasa 50-50 sebab kalau pg dua org je mmg bnyk belanja sebab plan nya nk sewa kereta and homestay dekat sana. Kuasa Allah, ktrg dapat tau yang Mila pregnant masa bln 8 hari tu, MasyaAllah, masa ni dah 80% rasa tak nak pergi. huhuhu. sebab memikirkan keadaan Mila yang mabuk teruk , lagilah perjalanan di awan biru nanti selama 5-6jam. huhu, mahu termuntah2 nanti. Masa pergi korea hari tu pon dh rasa tak selesa sebab 6 jam perjalanan, tido, bangun, tdo dan bangun semula tak sampai2. erkh?! Inikan pula time dah berbadan dua , apa jadi nanti. hihi. 
Dan yang menguatkan kitorg untuk cancel trip ke Perth kali ni sebab En Qayum received email dari Air Asia bulan 9 hari tu bagi tau flight balik delay, so, boleh refund?! wahhhh.. ini sudah bagus kan,  Memang dah rasa nk cancel, lps tu dapat refund pulak. Refund ni bukan dalam bentuk duit, tapi, di bagi credit shell, which is kita dapat full amount harga ticket yang kita beli dan boleh beli ticket lain dalam tempoh 90 hari bila2 masa dan di mana jua. Untuk kaki travel, pastinya berbaloi bukan?

Alhamdulillah, Allah membantu di kala hamba nya kesusahan. hihi.

Since tak dapat pergi ke Perth, Mila and En Qayum decide untuk jelajah dalam Malaysia ajooo... Kami pergi tarikh yang sama plan ke perth , cuma di pendekkan dari 6 hari kepada 3 hari 2 malam sahaja, Destinasinya? 



Pulau Langkawi!

InsyaAllah kami akan stay one nite di Tanjung Rhu Resort.

Dah lama mengidam nak ddk sini dari tahun 2008 lagi, masa last visit ke Langkawi dengan family. 

InsyaAllah, jika kesempatan, Mila akan buat review dan cost, kami budget 1.5k sahaja ni.. Much better dari perbelanjaan ke perth yang mencecah 5.6k, jimat banyak disitu, boleh simpan untuk perbelanjaan untuk baby.

Perihal our little caliph? 
Alhamdulillah dah nk masuk 5 month pregnancy, so far, semua ok, tak sabar nak jumpa our little caliph lagi 2 minggu lagi, Doktor kata next checkup nanti dah boleh tau gender. 
Excited!

Trip untuk ke Tokyo next year sambil sambut Anniversary?
Alhamdulillah dapat grab ticket promo bulan 8 hari tu (masa ni tak tau yang Mila pregnant), 1.3k tix return untuk 2 orang. super murah kan, tapi, tak tau lah dapat pergi ke tak, since masa tu dah 34weeks, masih dalam perancangan, takut nak plan sebab belum pasti. Semoga semua di permudahkan hendaknya, teringin sangat nak main snow ni!
Hihihihi..

Till then,

Mila




Friday 23 October 2015

KRABI WITH LOVE PART 5

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Entry Sambungan dari,


Hari ni , cuaca agak cerah, hati berkobar-kobar sebab excited nak ke Hong Island =)

Pukul 830pagi kitaorang dah ready dan tunggu van untuk dibawa ke jeti Hong Islands. Sebelum tu, kami check out dolu siap-siap, sebab mlm ni tido hotel best sikit... hihi, simpan ajoo segala beg pack yang di bawa dekat locker yang disediakan oleh pihak K.L House Aonang. Lepas check out, tengok jam masih awal, marilah mencari sarapan. Pagi ni kami hanya berjalan kaki sahaja, sebab kunci motor kami dah pulangkan.


Jalan-jalan area hotel ajo, dan terjumpa restoran ala2 bambu ni, mari sarapan kasi kenyang dolu.


Kos sarapan pagi kami,

Continental breakfast 179 Baht
Omlette 89 Baht


Muka dua orang budak tak mandi lagi.. erkh.. rupanya g hong island kita tak mandi lol... 


Lepas sarapan, jalan-jalan sekitar jalan nak ke pantai aonang ni, siyes banyak gile hotel, rapat-rapat pulak tu, ada yang dari takde star sampai berstar-star.. hihii


macam cantik je ambik gambar kat situ, sekeping please hubby... hoho

tepat 830am, kenderaan yang bawa kami pon sampai, kali ni, kami naik kereta, feeling 5 star punya travelling. hihihi, masa perjalanan dari Aonang ke jeti Hong Island, agak lama lah jugak, lebih kurang 30min.

Sepanjang perjalan ke Jeti Hong Island, banyak sangat kami jumpa surau-surau penduduk Krabi, siap pakcik-pakcik dekat situ berkopiah dan makcik-makcik pulak bertudung labuh, Terus rasa macam dekat negara sendiri. hihi.

Sampai je jeti, tak sangka pula takde orang, rupanya, kami group pertama yang sampai, lepastu ramai la jugak tourist yang lain, kami di bahagikan kepada 2 group, group pertama akan naik sebuah bot besar, dan group kedua, naik boat laju, kami naik boat laju dengan family group dari Singapore.


wefie dolu =)



boat kami, comel lotehhh ajoo...


excited face! yeay!, lets expolore hong island!

lebih kurang 20 minit perjalan, kami tiba dekat sebuah pulau, walapupon, package yang di ambil ni, higlight nya adalah Hong Island, tapi, kami di bawa jugak untuk berkunjung ke dua buah pulau yang ada sekitar Hong Island. 45 minit ajoo dekat sini, main2 air ajoo dan lepaking =)




Ada buaian di tepian pantai, mari chop dolu sebelum ramai lagi orang yang datang, owhh.. boat kami boat pertama yang sampai pulau ni.


Laut membiru memanggil-manggil untuk berenang.


alahai muka, gembira naaaa...


beach boy?


Follow me...


Dekat pulau ni, tak boleh nak mandi sangat mahupon nak buat aktiviti snorkling sebab klu tengok betul2 banyak sangat batu kecil2 dekat persisiran pantai nya, memang tak dalam mana pon paras air laut sampai ke tengah laut sinunn...

Next pulau, kami diberi, snorkling mask setiap sorang, dan pulau ni sangat lah comel, pantai nya, kecil gileee, tapi, best sebab boleh snorkling, banyak juga ikan yang memanggil nama kitorang. hahaha..



comel pulau ni =)



hy cik Ikan!

Next, pulau yang di tunggu-tunggu, Hong Island, kami mai!!!!
Next entry okeyh, mak buyung dah semput menaip..hihihi..

Till then,

Salam Sayang,

Mila =)