Tuesday, 3 November 2015

Vacation to Perth, Australia?

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Angan-angan untuk bercuti ke Perth Australia next week terpaksa di kuburkan, huhuhu, ticket dah beli, itenary dah siap, tapi, Allah maha mengetahui. Kami tak jadi pergi oleh kerana beberapa sebab. Sedih? Iya.. tapi, takpe , banyak hikmah nya.

Pada mulanya, Mila dapat berita dari kawan mila yang ikut trip ni die tak dapat ikut memandangkan ekonomi malaysia yang teruk sekarang ni, Almaklumlah rate Aud sekarang RM3.10 bersamaan dengan 1AUD, mahal ko maiinnn kan.. Masa tu Mila and Qayum dah rasa 50-50 sebab kalau pg dua org je mmg bnyk belanja sebab plan nya nk sewa kereta and homestay dekat sana. Kuasa Allah, ktrg dapat tau yang Mila pregnant masa bln 8 hari tu, MasyaAllah, masa ni dah 80% rasa tak nak pergi. huhuhu. sebab memikirkan keadaan Mila yang mabuk teruk , lagilah perjalanan di awan biru nanti selama 5-6jam. huhu, mahu termuntah2 nanti. Masa pergi korea hari tu pon dh rasa tak selesa sebab 6 jam perjalanan, tido, bangun, tdo dan bangun semula tak sampai2. erkh?! Inikan pula time dah berbadan dua , apa jadi nanti. hihi. 
Dan yang menguatkan kitorg untuk cancel trip ke Perth kali ni sebab En Qayum received email dari Air Asia bulan 9 hari tu bagi tau flight balik delay, so, boleh refund?! wahhhh.. ini sudah bagus kan,  Memang dah rasa nk cancel, lps tu dapat refund pulak. Refund ni bukan dalam bentuk duit, tapi, di bagi credit shell, which is kita dapat full amount harga ticket yang kita beli dan boleh beli ticket lain dalam tempoh 90 hari bila2 masa dan di mana jua. Untuk kaki travel, pastinya berbaloi bukan?

Alhamdulillah, Allah membantu di kala hamba nya kesusahan. hihi.

Since tak dapat pergi ke Perth, Mila and En Qayum decide untuk jelajah dalam Malaysia ajooo... Kami pergi tarikh yang sama plan ke perth , cuma di pendekkan dari 6 hari kepada 3 hari 2 malam sahaja, Destinasinya? 



Pulau Langkawi!

InsyaAllah kami akan stay one nite di Tanjung Rhu Resort.

Dah lama mengidam nak ddk sini dari tahun 2008 lagi, masa last visit ke Langkawi dengan family. 

InsyaAllah, jika kesempatan, Mila akan buat review dan cost, kami budget 1.5k sahaja ni.. Much better dari perbelanjaan ke perth yang mencecah 5.6k, jimat banyak disitu, boleh simpan untuk perbelanjaan untuk baby.

Perihal our little caliph? 
Alhamdulillah dah nk masuk 5 month pregnancy, so far, semua ok, tak sabar nak jumpa our little caliph lagi 2 minggu lagi, Doktor kata next checkup nanti dah boleh tau gender. 
Excited!

Trip untuk ke Tokyo next year sambil sambut Anniversary?
Alhamdulillah dapat grab ticket promo bulan 8 hari tu (masa ni tak tau yang Mila pregnant), 1.3k tix return untuk 2 orang. super murah kan, tapi, tak tau lah dapat pergi ke tak, since masa tu dah 34weeks, masih dalam perancangan, takut nak plan sebab belum pasti. Semoga semua di permudahkan hendaknya, teringin sangat nak main snow ni!
Hihihihi..

Till then,

Mila




3 comments:

  1. Cik mah pun nk g langkawi gak..tp next yearlah kot...

    ReplyDelete
  2. The Hard Rock Hotel & Casino TulsaHard Rock Tulsa
    Hard Rock Hotel 김포 출장안마 & 충청남도 출장안마 Casino Tulsa is 경상북도 출장마사지 the 김제 출장안마 ultimate destination for gaming and entertainment, featuring more 부산광역 출장안마 than 2600 electronic games, a popular music venue,

    ReplyDelete