Wednesday, 10 June 2015

KRABI WITH LOVE PART 4

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Entry Sambungan dari,


Next pulau adalah Poda Islands, trademark paling femes Krabi seketul batu berdiri tegak dekat pulau ni lah. Lama juga boat berhenti dekat sini since pulau ni agak besar. Pasir pantai nya sangat lah halus dan banyak pokok rimbum kat sini. Lepak-lepak memang best la!


selfie jom...


Halooo Poda Island!


Angin kencang, sebab time ni hujan rintik-rintik...


Selfie guna handphone, tapi, handphone ni dh takde... sob!


berlatarkan batu besar!

*perasan tak semua gambar macam tak berapa nk terang, malap2 gitu, sebabnya, masa ni first time guna sjcam, makanya masih blur dengan setting nya, kami p setting day light, haa, amik kau, semua gambar dh warna romantik gituuu...
hihihi..

Lepas pusing2 Poda Island, boat bawa kami ke Chicken Island untuk makan tengahari, masa beli package semamlam, harga dan termasuk sekali makanan tengahari. Dont worry ya, lunch yang di provide adalah halal =)

Habis je makan tengahari, moh ler ke pulau terakhir iaitu Phra Nang Cave, jarak boat berhenti dengan Phra Nang Cave agak jauh lah juga, jadi kena berjalan if nk ke Gua nya, di sebabkan malas nk jalan atas darat, ktrg slow2 jalan dalam air, hahaha... again, semua gadjet nk bawak, handphone kami simpan dalam waterproof beg bersama dengan sedikit duit dan passport en Qayum. 


Boat, tunggu kami sat naaa...


Hello Phra Nang cave!


Husband, Jom!


Yang tak nak basahkan badan, sila berjalan di sini..


berlatabelakangkan Gua Phra Nang, siap ada orang rock climbing, sebelah cave ni ada resort, cantik resort nya.


Jom masuk gua.. hhihi


erkh, abg tu panggil ktrg ke apa? hahaah...


on the way nak balik ke boat nun jauh di sana, kami kehilangan selama nya handphone kami, sob..sob.. nampak tak water proof beg warna kuning yang en Qayum pegang tu? en Qayum lupa nk tutup ketat, maka berakhirlah sudah riwayat handphone kami.. hukhuk.. penuh dalam tu air laut Gua Phra Nang, hohoho.. alhamdulillah, passport masih ok, walaupon kena rendam. klu tak menangis lah nk balik nanti...

sedihnya bukan kepalang, dalam satu hari 3 gadget kami hilang! walaupon handphone masih ada, tapi, tetap hilang sebab tak boleh on! Nangis!

Again, hilang sudah mood bercuti kami, hadoiiilah... Naik je boat, dua2 muka takde perasaan, sampai je dekat pantai Aonang, nampak orang jual Ayam goreng tepi jalan, terus gembira, hahahaha, boleh tak gitu?!

Sebab teringatkn ayam greng Chicken Island yang super sedap masa lunch tadi, kami pon beranggapan , pastinya ayam ini sedap juga.. Ternyata anggapan kami itu benar, ayam goreng dekat pantai Aonang ni sedap kot... tapi, Ayam goreng Chicken Island tetap Win! hihihi

Lepas dh beli ayam goreng, moh ler balik Hotel untuk tukar baju, jangan risau ya.. If tadi ada orang datang ambil, yang pastinya, orang tour juga akan hantar kita balik ke hotel.

Lepas bersiap ala kadar, solat dan mandi. kami decide nk cari beras dan tuppeware untuk rendamkan handphone kami, alhamdulillah, pagi sebelum kami ke island tour, Mila tinggalkan tab Mila dekat hotel, kami masih ada gadget untuk berhubung dengan keluarga di tanah air! hihi, dan dengan tab juga lah google segala tips untuk hidupkan handphone yang telah di rendam. So, kami decide mau ke Tesco mencari beras dan tuppeware, dan lepas tu terus ke Pantai Aonang utuk cari makanan untuk malam nanti.

Di malam hari, kami hanya ke kedai urut, Mila try urut kaki sahaja, memang best owhh.. Semua sengal dan lenguh di kaki hilang ntah kemana, hihi..

Tamat untuk hari kedua, esok kami akan ke Hong Island pula! tak sabar!

PERBELANJAAN HARI KE DUA

Breakfast, 180baht
Nasi Berayani
Burger Ayam
Tea tarik
Tea o Ais

Evening, 125baht
Ayam Goreng
Udang Goreng

For Dinner, 
Air Kelapa 40baht
Pancake Nutella + Coklat 40baht (must try!)
Pad thai shrimp 50baht
Nasi Goreng Pineapple 50baht

Tesco,
Beras 20baht
Tuppeware 59baht

Massage, 250 baht

Total - 814 baht, RM86.30



till then,

Salam sayang,

Mila






2 comments:

  1. ala..sedih pulakkan hp hilang..huhu...nasib adala lagi kenangan gmbr..

    ReplyDelete