ASSALAMMUALAIKUM W.B.T & SALAM RAMADHAN
Hy readers!
Tanggal 22 March yang lalu, Adik Mila, Fahdli dan Ayda mengadakan Majlis Akikah dan Cukur Jambul buat cucu sulong keluarga kami, Muhammad A'isy Fayyadh =)
Pengubat Hati di kala duka, budak ini lah!
Majlis bermula seawal 11 pagi dengan kehadiran Imam masjid Bandar Tun Hussein Onn dan beberapa Jemaah Masjid dan Surau Al-Amin. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar nya.
Pengantin kecik! hihi, comel je Fayyadh pakai Jubah.
Majlis berlangsung di rumah Ibu dan Ayah kami
Budak yang suka amik gambar!
Menu yang kami hidangkan, berupa Nasi Arab dengan seekor kambing dan 10 ekor ayam. Mila sangat recommended Nasi Arab ni.. super seedap tau! Owner Nasi Arab ni orang Arab, masa majlis, die tinggalkan seorang staff die untuk potongkan kambing dan serve untuk org makan dan yang best nya siap hantar sampai pintu rumah walaupon location kedai ni agak jauh dari rumah kami. Tak silap Mila location kedai ni dkt Klang.
Table dish ktrg letak dekat bawah porch =) jimat space khemah.
Selain Main dish dari nasi arab, Mila buat potato salad untuk tambahan menu =) Ada juga dessert yang Along Mila buat dan kueh mueh =)
Sebenarnya, majlis ni, last minute sangat preparation nya, buat pula masa musim orang ramai kawin , jadinya banyak tempahan yang dah penh, Alhamdulillah, owner nasi arab tu sudi amik tempahan adik Mila. Selain dari Makanan, ktrg juga ada buat pelamin dan deco meja tetamu =) Semua nya dari AAWD lah.. hihi.. owh, khemah yang adik Mila tempah takde scallop, makanya deco meja dan kerusi kena cantik!
Sewa satu khemah sahaja, scallop tak tambah sebab price jadi mahal, almaklumlah musim org kawin,
Centerpiece bertemakan purple turqiose! Artificial flowers sahaja.
Sarung kerusi dan shining blink blik table skirting dari AAWD.
Senang lahai hati adik Mila, tak payah nk hired ornag luar, kakak sendiri ada semua barang untuk deco. Suka la tu dapat sponsored!
Tempat semua orang berebut nak bergambar, dipersilakan, Pelamin berendoi by AAWD! hihihi..
1st time Mila buat design camni, unsymmetrical design kan.. suka pula tengok bunga gebu gebas tuu.. Hii, tema majlis, Mila yang pilih, Purple + Turqoise, baju pon ikut tema majlis, since memang dah ada baju color baby blue tuqoise ni, jadi , kami recycle sajaa...
Ada yang berkenan dengan pelamin ni? Jangan segan silu, contact saja Mila okeyh
#whatsapp #0149779557
Buaian yang Mila guna masa majlis, baby coat Fayyadh sajoo.. then, Mila balut dengan kain silver sequin. Tapi, if youlls tempah dengan Mila pelamin berendoi, Mila bagi buaian yang untuk berendoi ler, idok lah baby coat ni.. hihi..
Selain dari rakan-rakan adik Mila yang datang, ada juga rakan-rakan ibu dan ayah. Terima kasih sudi datnag dan memeriahkan majlis, penuh poket Muhammad A'isy Fayyadh tau!
Mama, Abah, Fatin dan Aizad pon datang! Rumah Mila pon jadi meriah tau sebab tetamu yang tak muat dekat rumah Ibu, diorang makan ajee dekat rumah Mila, mostly sedara mara... senang je bila rumah sebelah ajoo nii... boleh tumpang-tumpang...
One happy family =)
Lepas majlis, apa lagi, sesi bergambar dengan keluarga!
the ladies =)
last but not least, gambar ni mak uda Fayyadh amik malam sblm majlis =)
saja masukkan budak kecik ni dalam kotak lampu.. hihihi.. boleh pula die suka, siap jelir lidah!
till then,
Salam Sayang,
Mila
Hi Mila, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)
ReplyDelete