Tuesday, 9 June 2015

KRABI WITH LOVE PART 3

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Entry sambungan dari ,


Since ada kunci motor di tangan, marilah mencari breakfast di pagi hari, hari ni semangat die lain macam sikit bila bangun pagi, excited terlebih sebab dapat jumpa laut,  segala gadget di bawa sampai tak cukup tangan. over sangat!

Kami p cari breakfast dekat area masjid pagi tu.. Makan dan bergambar, terus merempit balik hotel untuk tunggu orang tour angkut p islands tour. Pagi tu cuaca agak mendung, maybe nak hujan?



sambil menunggu van tour, marilah berselfie sebentar...

dann..

hujan pon turun, owhhhoiii, tiada rezeki nak dpt cuaca cantik hari ni, sobs!


walaupon hujan, sanggup kami redahi, hihi..

Anyway, kami di pickup dengan van pickup yang telah di ubah suai, since kami yang di pickup awal, van perlu berhenti di beberapa hotel untuk ambil tourist yang lain, dan kami semua di bawa berkumpul di depan pantai Aonang.

Setiap package yang di tempah akan di kategorikan mengikut sticker, so, siapa yang beli package 4 island dan menaiki speed boat akan di beri sticker berwarna merah. Sangant efisyen dan bersistematik kan... Tak kira lah beli direct dengan tour atau mana-mana agent perlancongan, semua dilayan seperti ini.

Masa kami di beri sticker dan berkumpul, time ni cuaca semakin buruk, hujan tak berhenti, tapi, pihak tour tetap teruskan memandangkan kawasan pulau yang akan kami pergi, hujan nya tidaklah selebat di darat.


Muka excited en Qayum!

Mari kita explore empat buah pulau yang sentiasa menjadi sebutan ramai ini!

Pulau pertama yang kami pergi adalah Tub Island dan yang istimewanya, dari pulau ini, kita boleh berjalan kaki sahaja ke pulau di depannya iaitu Chicken Island.

Oleh kerana terlampau excited dapat jejak ke pulau-pulau ini, semua benda kami nak angkut, seliper, camera, sjcam, handphone & waterproof beg! Mak jemah sangat time ni, sekejap amik gambar guna handphone, sekejap amik gambar guna sjcam, 2-3min lepastu pakai camera pula.. ohoiii, meriah! dan oleh kerana kemeriahan itu, Mila terlepas camera samsung kami! nak nangis tepi bucu katil rasanya time ni.. huhu.. terlepas kerana pegang seliper yang di beli di Daiso 2 hari lepas! boleh tak gitu?!
Memang cari tak jumpalah camera tu pastinya di bawa arus yang kuat! nangis sekali lagi, terus spoil mood!

huhu.. Alhamdulillah En Qayum tak marah sangat dan kami kembali ceria untuk ke Pulau yang kedua! hahahaha...
Yalah, kata bercuti kan, tak mau lah spoil kan mood tu!

*kalau nak tahu camera tu En Qayum hadiahkan dekat Mila masa birthday tahun 2014, baru guna beberapa bulan tau! sedih tahap nk meroyan satu badan! sobs!



Pulau yang besar kat belakang tu lah chicken island =) jalan kaki je if nk p sana... 


Again, chicken island =)


Excited sangat lahai muka!


View dari arah depan Tub Island, if jalan terus , sampailah ke chicken island, time tengah jalan ni lah camera terlepas.. sob!


Angin kuat time ni!



i hate u seliper biru!

hahaha, sendiri salah, nak salah kan org kah puan Mila?!
next pulau, Poda islands tunggu kami datang!!! hihihi...


okeylah, setakat ini sahaja yang dapat share, Mila try sambung next entry esk ya.. Bos dh pandang sipi2 je tadi!

Till then,

Salam Sayang,

Mila!

* sekarang ni Mila nk start kerja dengan construction company, maka nya my schedule is double pack! dengan kerja wedding lagi... huhu.. takpe, yang penting dapat pengalaman!










1 comment:

  1. Wah...lagi bzlah nmpknyer mila ye..cantiknya pulau2 tu..

    ReplyDelete