Wednesday, 24 October 2012

Saya Redha

 ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
 Bukan hendak meminta simpati, sekadar ingin berkongsi, sesungguhnya rezeki yang kita perolehi hari ini bukan datang dari manusia, tetapi, datangnya dari ALLAH, cuma, kita sebagai hambanya di suruh berusaha untuk memperolehi nya, dan ketahuilah, walau macam mana pon kita berusaha, jika di takdirkan rezeki itu bukan milik kita, ia tetap bukan milik kita, tetapi, jangan pula kita berputus asa, kerana sesunggunya ALLAH MAHA pemurah lagi MAHA mengasihani...
Sebak? ya... kami sebak dengan apa yang berlaku, namun, mencari keredhaan ALLAH itu lebih penting, sesungguhnya, harta dunia ini hanya sementara, akhirat itu yang kekal abadi...
Duhai bonda dan ayahda, sesungguhnya, anakda mu ini masih kuat untuk menerima dugaan yang datang, anakda tahu, bonda dan ayahda menghargai dan mengetahui keikhalasan anakda ketika bekerja, namun, jika ini yang dikatakan takdir, jangan ditidakkan... anakda terima segalanya dengan hati terbuka... kerana anakda tahu mana salahnya, dan mana khilafnya... anakda juga tahu, anakda tidak dilahirkan untuk menjadi sempurna, tetapi anakda akan sentiasa berusaha mencari kesempurnaan... jika ingin berbicara mengenai kepuasan, anakda mengerti, anakda bukan seorang manusia yang boleh memuaskan semua kehendak, anakda mengerti anakda tidak mampu... anakda mohon kemaafan tulus ikhlas kerana tidak dapat memuaskan kehendak mereka...
Duhai bonda, duhai ayahda, jangan lah dikau marah dan bersedih di atas apa yang berlaku, jika anakda dapat menerima takdir ini dengan hati terbuka, anakda mohon bonda, ayahda, kekanda, dan semua adinda juga dapat menerima nya dengan hati terbuka. Jika hari ini bukan rezeki kita, anakda percaya, jika kita berusaha lebih gigih, rezeki itu pasti ada, kerana sesungguhnya anakda percaya, rezeki itu datang dari ALLAH yang MAHA pemurah.
Sabar... ya, anakda Sabar di atas apa yang berlaku, kerana anakda tahu, sabar itu perisai paling kuat yang perlu ada pada diri ini, anakda percaya, ALLAH tidak pernah abaikan umatnya yang mana sentiasa berpegang kepada kebenaran...
Duhai bonda, duhai ayahda, ketahuilah,sesungguhnya anakmu ini tidak mencari kekayaan duniawi, cukuplah sekadar kehidupan selesa dan bahagia, penuh dengan kasih sayang dan keharmonian, kerana kehidupan yang kekal itu adalah di akhirat sana. Bekalan yang perlu di bawa bukanya harta benda, tetapi tiga perkara, ilmu yang disebarkan, anak yang soleh dan soleha dan juga sedekah yang di berikan. Anakda berjanji , anakda akan berpegang kepada tiga perkara ini, anakda mohon doa dan restu dari mu, wahai bonda dan ayahda, restui lah perjuangaan anakmu ini... amin, amin, amin yarabbal al amin...
seperti yang di beritahu di awal entry ini, bukan ingin meminta simpati, cuma ingin berkongsi....
terdetik untuk berkongsi dengan semua, satu petikan daripada wall post FB Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar , hasil tulisan dari salah seorang pensyarah UiTM... beliau menerangkan maksud sebenar FITNAH dan mengkupas perkara ini dengan lebih details.... hayatilah dan renung-renungkan lah bersama...
''Sebenarnya orang yang buat fitnah merupakan orang yang pandai, dia buat fitnah kerana tahu orang akan mudah percaya kepada dia dan boleh memperbodohkan orang lain. Dia tahu kebanyakan manusia adalah bodoh, lebih mudah percaya kepada yang fitnah daripada yang benar. Selagi ada orang yang mudah percaya kepada fitnah, maka selagi itu lah ada orang yang suka berfitnah akan bermaharajalela. Dalam Al Quran jelas sebut bahawa kita perlu selidiki setiap berita yang kita terima, samada benar atau salah, tetapi berapa ramai antara kita buat penyelidikan tentang setiap berita yang kita terima? Seseorang adalah wajib menghalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. ”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya”. (QS Al Israa’ : 36). Selanjutnya, “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Lidah walaupun merupakan bahagian tubuh seseorang yang memberikan kelazatan atau kesedapan apa yang dimakan tetapi juga merupakan bahagian yang paling buat dosa, jika dibandingkan dengan bahagian tubuh badan yang lain. Kerana manusia menggunakan lidah untuk membuat fitnah. Rasulullah SAW menyatakan, lidah itu boleh membawa kepada keburukan dan bala kepada seseorang sepertimana dalam hadis Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan muka mereka ke dalam neraka.”

Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan fitnah itu menerusi firmanNya: ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (al-Hujurat: 12).
Jika kita baca sejarah, memang menunjukkan bahawa banyak kerajaan hancur kerana fitnah seperti kesultanan Melaka, cerita Mahsuri di Langkawi dan sebagainya sehingga dikatakan “fitnah itu lebih besar daripada membunuh.”(Surah al-Baqarah,ayat 191) tetapi manusia ini masih juga meneruskan fitnah seolah-olah telah menjadi budaya.

Bagi saya orang fitnah lidahnya lebih kotor dari lubang tandas kerana amat menyakiti hati orang yang jadi mangsa fitnah tersebut. Sakit hatinya seperti ingin membunuh diri daripada hidup dikalangan manusia yang durjana. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (hadis riwayat Imam Tirmidzi).

Selain itu kita tidak boleh mendiamkan diri apabila mendapati seseorang fitnah kepada diri kerana kita mempunyai kewajiban untuk membela diri. Dalam Islam seseorang diwajibkan membela diri apabila dia mendapati dirinya difitnahkan. “Dan orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri” (Asy-Syura [42]: 39). Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam.

Walaubagaimana pun orang-orang yang membuat fitnah, diakhirat akan menjadi penghuni neraka “Pada hari itu (hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan (didunia dahulu)." An Nur 24:24. Selanjutnya, “Orang-orang yang menyakiti seseorang dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata." (Al-Ahzab:58).
sungguh berkesan di hati ini dengan petikan di atas, semoga Allah sahaja yang membalas segala kejahatan di dunia mahu pun di akhirat
''YA ALLAH, ku mohon padamu, jangan dikau menguji hambamu ini, jika hambamu ini tidak dapat menerima ujian mu, namun, jika semua yang berlaku ini ada hikmahnya, ku mohon pada mu ya ALLAH , berkati lah hambamu ini, tunjukkan daku akan kebenaran, jangan lah dikau palingkan daku, berikanlah daku petunjukmu... amin... amin, amin yarabbal al amin...''
 p/s: buat en QAYUM, terima kasih kerana berada di samping saya walau di mana pon kaki ini melangkah, dan terima kasih kerana mempertahan kan diri ini... saya sebak melihat awak sedih ketika mempertahan kan saya... pertama kali saya melihat seorang lelaki yang bergetar suaranya membela diri ini, terima kasih ABANG, Hanya ucapan TERIMA KASIH yang dapat saya sampaikan... kerana hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas kebaikkan awak terhadap saya dan keluarga, insyaALLAH, will love u untill JANNAH!
salam sayang,
 Mila
 

14 comments:

  1. mila, kuatkan semangat k. Insya-Allah pasti ada hikmah atas apa yang berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih imah... insyaALLAH... mila akan terus kuatkan semangat...

      Delete
  2. mila....kuatkan hati n bnyak2 bersabar ek...ini tnda Allah syg..sebab tu Allah uji...ujian tirunkan pada yg mampu..so mila sabar k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq rahmah... alhamdulillah, setakat ni masih bersabar walaupun berat bahu memikul... terima kasih ya beri mila semangat... hanya ALLAH saja yang mampu membalas...

      Delete
  3. Sabar ye sayang. Mungkin ini semua dugaan untuk kamu. Tuhan sayangkan kamu sebab tu lah Dia pilih kamu untuk lalui semua ni. Take care. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Nana... TERHARU dgn kata2 semangat dari Nana, hugs*

      Delete
  4. apa dugaan yg awk terima? mesti ada sebab Allah bagi dugaan pd kita. fikir positif ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH, Mila akan terus berfikiran positif dan terima dugaan ini dengan redha, tq Nn...

      Delete
  5. mila, if x keberatan nak tau ceritanye..
    walau ape yg berlaku bertabahlah!

    ReplyDelete
  6. kenapa cik mila..sabar ya..sabar byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik Saila.... InsyaALLAH mila Akn teruskn bersabar...

      Delete