Tuesday, 20 November 2012

Nangis!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

yaaa, saya tgh nangis bile tgk wall FB kakak saya ada video nikah beliau dan abang ipar... =(
nangis sebab...

~ saya tiada di majlis bersejarah itu ~
sebab masa tu Mila dan bakal adik ipar, Aida, baru je lepas kemas-kemas tapak khemah, masa tu baru je lepas siapkan pelamin, masa tu x sempat nak amik gambar pelamin, masa tu tak bawa apa2 kecuali handphone yang tiada bateri, masa tu super kelam kabut lepas tgk susun atur meja dan khemah x seperti yang di rancang, masa tu rasa bersalah sangat... sob... masa tu rasa ini je yang terbaik boleh hadiahkan for my only one sister in this world.. tears...

bile adik (Faqih) sampai ke tapak khemah, terus ajak die balik guna van barang dan singgah dolu masjid untuk hantar bantal nikah, meja nikah, carpet dan backdrop fences... 

sampai je dekat masjid, ktrg terkejut gile, ramai sangat orang, takkan rombongan abg adam ramai macam ni, lepastu ternampak ada 2, 3 orang yang memakai baju putih, macam nak nikah jugak, time tu kompius jap, ramai nye nikah hari ni? tapi, mmg ignore je dalam kepala, nak balik umah, siap2 dan terus terbang balik ke masjid, masa tu baru pkl 430ptg, upacara nikah start pkl 5ptg,masa tu mmg yakin dpt dtg tepat waktu nye...

biasanya dari rumah (bandar tun hussein onn) ke masjid (bandar tun razak) lebih krg 10 minit, tapi hari tu... sob.. (sedih) jalan super jam! pasrah je dlm hati, sempat ke ni??? sob...tears...
sampai ke rumah, terus bersiap secepat yang mungkin, adik pon same, tapi, masa tu dh pkl 530pm, dpt call dari Aida, die bagi tau yang adik Mila (Fahdli) call die bagi tau Along dah nikah! sob... tears... =( makna nya ktrg tak sempat nak datang... =( sedih...sedih sangat time tu... tp, masa tu Mila tak emo sangat sebab, pkl 6 majlis resepsi dah nak mula, keluarga perlukan Mila untuk uruskan hal-hal yang berkaitan majlis... masa tu tak pikir nak nangis, pikir nak selesaikan majlis dolu... adik dan Mila terus ke tapak khemah (Tasik Permaisuri) sebab dah agak, mesti dah tak de orang dekat masjid, for sure semua rombongan dah gerak ke tasik untuk jamuan makan...masa ni hujan renyai2 di sekitar bandar tun hussein onn... enter je kawasan bandar tun razak, hujan turun selebat-lebat nye, masa pass by kawasan masjid, tgk, ramai sangat orang, masa tu tak pikir apa dah, risau kawasan tapak dihujani air hujan, especially pelamin dan meja beradap, sebab before tinggalkan kawasan khemah pkl 430 tadi, ktrg tak turunkan canvas untuk pelamin dan meja beradap, berdoa dalam hati, semoga orang catering will do it for us...

sampai je ke khemah, nampak kakak mila dah ada dekat situ, adik, Faqih terus peluk Along dan... sob...diorang nangis sebab x sempat tengok nikah... =( Mila? sedih sangat, tapi, banyak perkara dalam otak x selesaikan lagi, sebab masa sampai tu, PA system x pasang lagi, cari org catering, tanya itu dan ini, lepas tgk adik dah ok, Mila salam Along... tears...

sebenarnya, hari ni Mila nak review majlis kakak dengan gambar, tapi, jadi emo pulak bile tgk video nikah diorang, terus tulis entry ni... next entry Mila review about majlis k... a lot of things to share with all of you... =) kali ni perkara yang indah2 dan gembira belaka... no more tears please cik MILA...


sangat emo dan sedih bile tengok video ni, especially during akad, hanya ibu, nenek dan dibah (my younger sister) je ada time tu... =(

till then,

salam sayang,

Mila... tears...

Monday, 19 November 2012

Monday, 29 October 2012

Nak pelamin nikah macam ni....

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy semua! Happy Monday and Happy working, last saturday, AAWD ada menerima tempahan pelamin nikah, simple and sweet, nanti masa ktrg nikah pon nak pelamin mcm ni boleh?? En Qayum kata ok, heee... happy!




gambar yang last ni, cik Mila ter enter frame la pulak, masa tu tgh sok sek sok sek dgn photographer Sikin & Arman, diorg puji pelamin ktrg deco ni tau, aiippp, tersipu-sipu sebentar... heee....

gambar dkt bawah ni pulak pix MAIN DAIS diorang, majlis diorang ni dekat tingkat atas Institut terjemahan buku di Wangsa Maju.


Tingkat atas sekali ni dewan, besar tau dewan ni... sesuai untuk buat majlis, hari tu, masa diorang tunang pon AAWD buat jugak pelamin tuk diorang nih, ni gambar pelamin tunang diorang masa bulan 7 hari tu...


untuk pelamin nikah ktrg nanti, Mila nak buat combination of this design... heee... korang boleh gambarkan tak nanti macam mane? heee... hopefully, kami di beri waktu dan ruang untuk menyediakan semua ni masa majlis ktrg nanti... Amin...

p/s: Semalam, Along Mila g amik baju kawen die dekat Wedding Galore, Along bagi tau baju nikah Mila dah siap, tak sabar nak g fitting weekend ni! x sbr nak kawen... opppss... bukan tak sabar nak kawen, x sabar nak tgk my sis kawen next week, uhhh... sedih pon iya... sob...sob...

till then,

salam sayang

Mila

Saturday, 27 October 2012

Jatuh cinta & Salam Aidiladha



ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

HY semua, Mila dgn tulus ikhlas ingin mengucapkan salam aidiadha buat semua... happy weekeend ya! During aidiladha thn ni, AAWD ada menerima tempahan pelamin, one of it, majlis pernikahan sikin & amran, sikin bg tau bj nikah beliau warna soft purple, so, mila gubahkn HB sikin mcm dlm gmbr bawah ni, tetiba jatuh hati pulak dgn warna ni... cantik lol!


Thursday, 25 October 2012

Wedding Progress

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Terima Kasih tak terhingga untuk semua kawan-kawan B2B yang memberi kata-kata semangat menerusi entry Mila semalam... seriously appreciate, mohon doa dari kalian semoga Mila tabah dengan setiap dugaan yang di beri... =)

Hari ni dengan semangat baru, Mila nak share wedding progress kami, walaupun tak banyak yang settle... Kami masih berusaha mencari ruang dan waktu untuk settle kan banyak perkara... Semoga kami di beri ruang dan waktu... Amin...

01.03.2013 (SOLEMNIZATION)

Date: 1st March 2013 - Checked!
Time: Lepas Isyak' (8-10pm) - Checked!
Venue: Dewan Cempaka, IYC Bandar Tun Razak - Checked!
Attire: Mila - Kak Aini, Wedding Galore - Checked! (Supposedly, fitting minggu ni)
Attire: Qayum - Pending
Family Mila Attire's: Green theme , Checked!
Family Qayum Attire's: Pending
Berkat, 150 pcs of bottles: Checked! 
Berkat Deco: Pending
Guest: 150 pax - Pending
Invitation Card: Not yet
Food: Not yet (need to refer with IYC's catering)
Photographer: Anyevents Photography - Checked!
Videographer: LH MediaTv - Checked!
Pelamin Deco: Azmah Ahmad Wedding Decor - Checked!
Hand bouquet: DIY - Checked!
 Hantaran: Not Yet
Documents: Not yet
MUA: Not Yet 
Bride's Maid: Not yet
Bride's Maid Attires: Not Yet 

Alhamdulillah, dah semakin banyak yang dah confirm dan checked! hopefully, next month dapat lagi settle kan beberapa perkara... Mohon Doa dari semua... untuk reception progress, rasanya banyak lagi yang not yet, will update soon bile dh bnyk progress...

Till then,

Salam Sayang,

Mila



Wednesday, 24 October 2012

Saya Redha

 ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
 Bukan hendak meminta simpati, sekadar ingin berkongsi, sesungguhnya rezeki yang kita perolehi hari ini bukan datang dari manusia, tetapi, datangnya dari ALLAH, cuma, kita sebagai hambanya di suruh berusaha untuk memperolehi nya, dan ketahuilah, walau macam mana pon kita berusaha, jika di takdirkan rezeki itu bukan milik kita, ia tetap bukan milik kita, tetapi, jangan pula kita berputus asa, kerana sesunggunya ALLAH MAHA pemurah lagi MAHA mengasihani...
Sebak? ya... kami sebak dengan apa yang berlaku, namun, mencari keredhaan ALLAH itu lebih penting, sesungguhnya, harta dunia ini hanya sementara, akhirat itu yang kekal abadi...
Duhai bonda dan ayahda, sesungguhnya, anakda mu ini masih kuat untuk menerima dugaan yang datang, anakda tahu, bonda dan ayahda menghargai dan mengetahui keikhalasan anakda ketika bekerja, namun, jika ini yang dikatakan takdir, jangan ditidakkan... anakda terima segalanya dengan hati terbuka... kerana anakda tahu mana salahnya, dan mana khilafnya... anakda juga tahu, anakda tidak dilahirkan untuk menjadi sempurna, tetapi anakda akan sentiasa berusaha mencari kesempurnaan... jika ingin berbicara mengenai kepuasan, anakda mengerti, anakda bukan seorang manusia yang boleh memuaskan semua kehendak, anakda mengerti anakda tidak mampu... anakda mohon kemaafan tulus ikhlas kerana tidak dapat memuaskan kehendak mereka...
Duhai bonda, duhai ayahda, jangan lah dikau marah dan bersedih di atas apa yang berlaku, jika anakda dapat menerima takdir ini dengan hati terbuka, anakda mohon bonda, ayahda, kekanda, dan semua adinda juga dapat menerima nya dengan hati terbuka. Jika hari ini bukan rezeki kita, anakda percaya, jika kita berusaha lebih gigih, rezeki itu pasti ada, kerana sesungguhnya anakda percaya, rezeki itu datang dari ALLAH yang MAHA pemurah.
Sabar... ya, anakda Sabar di atas apa yang berlaku, kerana anakda tahu, sabar itu perisai paling kuat yang perlu ada pada diri ini, anakda percaya, ALLAH tidak pernah abaikan umatnya yang mana sentiasa berpegang kepada kebenaran...
Duhai bonda, duhai ayahda, ketahuilah,sesungguhnya anakmu ini tidak mencari kekayaan duniawi, cukuplah sekadar kehidupan selesa dan bahagia, penuh dengan kasih sayang dan keharmonian, kerana kehidupan yang kekal itu adalah di akhirat sana. Bekalan yang perlu di bawa bukanya harta benda, tetapi tiga perkara, ilmu yang disebarkan, anak yang soleh dan soleha dan juga sedekah yang di berikan. Anakda berjanji , anakda akan berpegang kepada tiga perkara ini, anakda mohon doa dan restu dari mu, wahai bonda dan ayahda, restui lah perjuangaan anakmu ini... amin, amin, amin yarabbal al amin...
seperti yang di beritahu di awal entry ini, bukan ingin meminta simpati, cuma ingin berkongsi....
terdetik untuk berkongsi dengan semua, satu petikan daripada wall post FB Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar , hasil tulisan dari salah seorang pensyarah UiTM... beliau menerangkan maksud sebenar FITNAH dan mengkupas perkara ini dengan lebih details.... hayatilah dan renung-renungkan lah bersama...
''Sebenarnya orang yang buat fitnah merupakan orang yang pandai, dia buat fitnah kerana tahu orang akan mudah percaya kepada dia dan boleh memperbodohkan orang lain. Dia tahu kebanyakan manusia adalah bodoh, lebih mudah percaya kepada yang fitnah daripada yang benar. Selagi ada orang yang mudah percaya kepada fitnah, maka selagi itu lah ada orang yang suka berfitnah akan bermaharajalela. Dalam Al Quran jelas sebut bahawa kita perlu selidiki setiap berita yang kita terima, samada benar atau salah, tetapi berapa ramai antara kita buat penyelidikan tentang setiap berita yang kita terima? Seseorang adalah wajib menghalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. ”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya”. (QS Al Israa’ : 36). Selanjutnya, “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Lidah walaupun merupakan bahagian tubuh seseorang yang memberikan kelazatan atau kesedapan apa yang dimakan tetapi juga merupakan bahagian yang paling buat dosa, jika dibandingkan dengan bahagian tubuh badan yang lain. Kerana manusia menggunakan lidah untuk membuat fitnah. Rasulullah SAW menyatakan, lidah itu boleh membawa kepada keburukan dan bala kepada seseorang sepertimana dalam hadis Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan muka mereka ke dalam neraka.”

Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan fitnah itu menerusi firmanNya: ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (al-Hujurat: 12).
Jika kita baca sejarah, memang menunjukkan bahawa banyak kerajaan hancur kerana fitnah seperti kesultanan Melaka, cerita Mahsuri di Langkawi dan sebagainya sehingga dikatakan “fitnah itu lebih besar daripada membunuh.”(Surah al-Baqarah,ayat 191) tetapi manusia ini masih juga meneruskan fitnah seolah-olah telah menjadi budaya.

Bagi saya orang fitnah lidahnya lebih kotor dari lubang tandas kerana amat menyakiti hati orang yang jadi mangsa fitnah tersebut. Sakit hatinya seperti ingin membunuh diri daripada hidup dikalangan manusia yang durjana. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (hadis riwayat Imam Tirmidzi).

Selain itu kita tidak boleh mendiamkan diri apabila mendapati seseorang fitnah kepada diri kerana kita mempunyai kewajiban untuk membela diri. Dalam Islam seseorang diwajibkan membela diri apabila dia mendapati dirinya difitnahkan. “Dan orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri” (Asy-Syura [42]: 39). Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam.

Walaubagaimana pun orang-orang yang membuat fitnah, diakhirat akan menjadi penghuni neraka “Pada hari itu (hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan (didunia dahulu)." An Nur 24:24. Selanjutnya, “Orang-orang yang menyakiti seseorang dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata." (Al-Ahzab:58).
sungguh berkesan di hati ini dengan petikan di atas, semoga Allah sahaja yang membalas segala kejahatan di dunia mahu pun di akhirat
''YA ALLAH, ku mohon padamu, jangan dikau menguji hambamu ini, jika hambamu ini tidak dapat menerima ujian mu, namun, jika semua yang berlaku ini ada hikmahnya, ku mohon pada mu ya ALLAH , berkati lah hambamu ini, tunjukkan daku akan kebenaran, jangan lah dikau palingkan daku, berikanlah daku petunjukmu... amin... amin, amin yarabbal al amin...''
 p/s: buat en QAYUM, terima kasih kerana berada di samping saya walau di mana pon kaki ini melangkah, dan terima kasih kerana mempertahan kan diri ini... saya sebak melihat awak sedih ketika mempertahan kan saya... pertama kali saya melihat seorang lelaki yang bergetar suaranya membela diri ini, terima kasih ABANG, Hanya ucapan TERIMA KASIH yang dapat saya sampaikan... kerana hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas kebaikkan awak terhadap saya dan keluarga, insyaALLAH, will love u untill JANNAH!
salam sayang,
 Mila