***perbelanjaan, 150 baht x 2 = 300 baht
perjalanan dari Airport ke Aonang lebih kurang 25-30min sahaja, tapiiii, disebabkan kami naik bas, amik masa lebih kurang 45-50min untuk sampai, almaklumlah, banyak tempat nak menyinggah nyaa la adoiii... mula-mula bas akan singgah bandar krabi, then, baru ke Aonang, semakin dekat hotel anda dengan pantai Aonang, semakin lambat lah anda sampai ke hotel, sebab nya bas akan berhenti ikut laluan paling dekat dgn airport.. gitu... dan diingatkan, bas akan berjalan bila semua seat penuh! tapi, tang yang ni tak tunggu lama pon =)
gambar ini di ambil, di pagi hari =)
dari tepi jalan, dah boleh nampak KL House Aonang, dekat je dengan main road. masuk dan terus check in. Masa check in, Hotel minta deposit 500baht untuk deposit kunci, akan di pulangkan semula ketika check out. Bilik kami di tingkat bawah sahaja, bilik sangat bersih dan kemas, semua benda basic ada, tv, peti ais, almari, queen bed, in room toilet etc
untuk hari pertama ni, target kami adalah mencari tour island yang murah! di ingatkan murah pada high season sangat lah mustahil! haa.. gasak laa..
lepas letak beg, bersihkan diri, kami terus ke kaunter receptionist, mahu tengok package islands, amik shj brochure nya dahulu. =) KL House Aonang ada service sewa motor, tapi, bukan motor diorang pon, motor kedai depan hotel, jangan risau, harga sama sahaja di mana-mana, 200 baht untuk 24jam =) dan passport kena bagi, since org hotel jaga, tak delah nk risau sangat, perlukan satu passport shj, so, Mila bagi passport Mila.
maka, merempit la kami malam itu tanpa helmet, erkh, dekat Aonang ni, memang org rempit tak pakai helmet, lagi pon helmet yang di beri satu shj, takkan nak share?! hihihi
Dari KL House Aonang ke pantai Krabi, 5minit shj jika anda menunggang motor, 15-20min jalan kaki yaa.. tak jauh pon sebenarnya.. hahaha.. lagipon banyak kedai & hotel sepanjang laluan, nak jimat lagi, jalan kaki shj =) misi kami ke pantai Aonang untuk mencari makanan dan islands tour... tapiii, masa lalu dgn bas tadi, kami nampak masjid berdekatan, jadi, ktrg nk try cari makan malam area masjid ni doluu...
percayalah, pencarian kami tidak menghampakan!
sepanjang laluan nk ke masjid, lebih kurang 100-150m ada gerai tepi jalan yang menjual makanan halal! nampak menarik je semua! dan ada satu kedai makan masakan tomyam dan burger.
Sebelah kedai makan ni, ktrg jumpa kedai kebab sedap! ohoi, di ulang SEDAP! selain kebab kedai ni juga jual BBQ Stew chicken, lappp air liur... slupp..
dannn.. sebelah gerai kebab ada jual air juice!, sluppp lagi!
perbelanjaan ketika ini,
*kebab ayam, 50 baht
*BBQ Stew chicken 25 baht x 2
*watermelon juice 40 baht
*seafood rice fried sedappp 70 baht, yang ni order dekat kedai makan ini...
*tea sugar (cold) 30 baht, order kedai yg sama
yaa.. yang ini, maaflah, tiada gambar waktu malam, sebabbbb, hmm.. dah amik dah gambar nya, tapi, gadjet yang di gunakan.. hmmm.. nantilah cerita, hihihi.. gambar atas ni, muka selenga keesokkan pagi, g breakfast kedai yang sama. nama kedai tak ingat, i'm sorryy.. tapi, sure jumpa nya, sbb betul2 sebelah masjid.
lepas makan, merempit kembali, pencarian islands hoping di tour booth sekitar pantai Aonang. 2,3 kedai kami singgah, last sekali, jumpa akk bernama aisyah katanya muslim, kitaorang dapat,
*4 islands tour 850 baht x 2 (including lunch) untuk hari Ahad, 14.12.2014
*Emerald pool, Hot spring & elephant tracking 850 baht x 2 (excluding lunch) untuk hari Selasa, 16.12.2014
jangan lupa minta kurang! harga masa high season untuk
4 island 1200 baht / pax by speed boat,
child 800 baht.
4 island 600 baht / pax by long tail boat,
child 400 baht
harga tour tak sama yaa.. ikut agency tu, kena pandai-pandai survey dan mintak kurang harga nya, dan untuk
emerald pool package tour 1200 baht / pax
child 900 baht
kira nya proses memintak diskaun kami berjaya! hihi
masa nak decide beli tu, mulanya Mila nk g Phi phi island tour, then, pikir balik, 8 pulau nak pusing dalam satu hari plus waktu high seasons cmni!!! hmmm... dengan org dari phuket lagi, terus cancel, amik je 4 island tour.
Pakej yang kami amik naik speedboat, tu yang mahal sikit, if amik long tail boat, murahhh aje.. 450 baht, half price tu..
normal price, long tail boat 4 islands tour
adult 600 baht
child 400 baht
tapi, bila tengok je long tail boat tu, nampak scary, terus cancel! *dalam hati, terbalik long tail boat ni, naya den! hahahahah, namun, anggapon ku silap sama sekali! hihi, masa nak naik speed boat ke 4 island, tetiba menyesal! sebab, pulau2 ni dekat jee dengan pantai Aonang! rugi naik speed boat oiii! lagipon long tail boat tu tak de la scary mana, mat saleh naik relax jee... hohohoho...
selesai beli tour, kami terus pulang ke Hotel, sebelum keluar tadi, Owner KL House Aonang ada suggest untuk try Hong islands tour, masa tu blurr, sebab kebanyakkan review dr bloger cerita tentang phi phi island & 4 island, hong island ni macam tak pernah dengar! erkh.. krik..krik..
hihihi, tapi, masa survey dekat pantai Aonang ada je org jual, tapi, mahal, 1800 baht/pax by speed baot, amik ko!
mahal kan.. so, kami pon tak beli, kami beli dekat hotel, supposedly, harga nya 1000 baht / pax, mintak kurang, dapat lah
*900 baht / pax untuk speedboat tour ke Hong Island
yeay! dan tour ke hong island kami beli untuk hari Isnin, 15.12.2014
lepas dah beli tour, lega rasanya , baru tau balance duit tinggal berapa untuk belanja makan & souvenirs =)
PERBELANJAAN HARI PERTAMA,
*bas, 150 baht x 2
*deposit Hotel, 500 baht
*kebab ayam, 50 baht
*BBQ Stew chicken 25 baht x 2
*watermelon juice 40 baht
*seafood rice fried sedappp 70 baht
*tea sugar (cold) 30 baht
*4 islands tour 850 baht x 2 (including lunch)
*Emerald pool, Hot spring & elephant tracking 850 baht x 2 (excluding lunch)
*900 baht / pax x 2 tour ke Hong Island
TOTAL
6240 baht, RM661.44
Hari pertama dah belanja nak dekat RM700, FUH! cukup ke duit ni, ktrg tukar 10,000 baht je ni!
Rate masa Mila tukar duit baht, 10,000 baht, RM1,060.00
* entry hari ni tak banyak gambar yang boleh di share, tunggu next entry yaa.. baru nak pandai guna SJCAM masa ni.. hihi, nak belanja sekeping gambar dekat emerald pool!
till then,
salam sayang,
Mila