ASSALAMMUALAIKUM
As promised, review yang pertama....
Saturday, 7th July 2012: KUALA LUMPUR-SURABAYA
Kami bertolak dari rumah jam 530 am dan sampai di LCCT jam 630 am.. waktu tu memang agak kelam kabut sedikit, ya lah, makna tak nye, flight departure 645 am...
Alhamdulillah, dengan izinnya, segala nya di permudahkan... kami selamat menaiki flight dan telah berlepas ke SURABAYA jam 700 am...
Cuaca pagi tu agak cerah sehingga lah kami mulai masuk ke bumi surabaya, di sini cuaca agak mendung dan suhunya hanya 25-27 Celsius... Tepat jam 845am kami selamat mendarat di JUANDA INTERNATIONAL AIRPORT , SURABAYA... kalau waktu malaysia, 945am, di sini, beza dgn waktu malaysia hanya 1 jam...
Struktur binaan JUANDA AIRPORT agak unik sedikit, lebih kepada rekaan minang kabau seperti di negeri sembilan, dan yang best nye, keadaan di sini sangat tenang, berbeza sekali dengan keadaan di LCCT, sana sini ada je orang...
Keluar sahaja dari pintu airport, ada seorang bapak (panggilan pakcik/org lelaki di INDONESIA) datang ke arah kumpulan kami untuk menjual simcard INDONESIA... harga nya, owhh sgt mahal okeyh, ada ke patut die nak jual dengan harga RM10 dan kredit di dalam nya Rp. 5000 (bersamaa RM1.70)... Sangat tidak berbaloi bukan???
dan kami tidak membeli nya...
Pujian buat agency perlancongan ADA TRAVELLING kerana sampai sahaja kami disana, mereka sudah menunggu kami dengan seketul Dunky Donuts bersama dengan Air Mineral, bas pon time tu dah ada... rombangan kami seramai 40 orang , terus menaiki bas untuk ke destinasi yang pertama, HEROES MONUMENT & MUSEUM OF TEN NOVEMBER
DESTINASI PERTAMA: HEROES MONUMENT & MUSEUM OF TEN NOVEMBER
Untuk yang meminati sejarah, tempat ni, memang sesuai sekali. Kami di bawa melawat tugu peringatan pahlawan dulu kala dan telah di bawa memasuki MUZUEM OF TEN NOVEMBER. Menurut PAK ARDY (tourist guide kami), SURABAYA merupakan KOTA PAHLAWAN. Mereka ingin kan kemerdekaan, dan peperangan telah berlaku di bumi Surabaya pada tahun 1945.
Selesai sahaja lawatan di tempat bersejarah, kami di bawa ke sebuah restoran di tengah bandar SURABAYA, jika ditanya apakah nama restoran tersebut, maaf, MILA tak ingat, dan terlupa nak amik gambar restoran dari luar. Harus di katakan makanan di sini enak bangat!!! seperti di mana-mana sahaja restoran di bumi INDONESIA, makanan yang di hidangkan pasti nya banyak sekali, cuma kuantiti setiap makanan sahaja yang cukup2 untuk 4 orang makan...
Ayah dan ibu cik Mila sedang mengadap makanan tengahari kami
Juice orange... ini sedap..
Makanan tengahari kami, banyak kan???
perut yang kenyang, disamping cuaca yang redup, memang mendorong kami untuk tidur... hue...hue...hue... terdapat 3 lagi tempat yang harus dilawati... masa ni, cik mila udah capek bu... bosan pon iya jugak... ngeee...
Sampoerna??? untuk penghisap rokok, sudah pasti familiar dengan perkataan ini, ya... kami di bawa ke kilang penyedian rokok jenama SAMPOERNA. Pengakuan ikhlas dari cik mila yang sudah pasti selalu mendengar perkataan SAMPOERNA (ehhh,,,, saya tak hisap rokok okeyh, pernah dengar je dekat malaysia ada rokok jenama sampoerna), SAYA TIDAK TAHU PON, JENAMA ROKOK SAMPOERNA NI, DATANGNYA DARI NEGARA SEBERANG, INDONESIA... hue..hue..hue...
Sampai je dekat depan kilang ni, bau tembakau, ya rabbi, kuat sungguh, rasa macam tak boleh nak bernafas dengan sempurna, tapi, kagum okeyh, sangat cantik entrance kilang ni... rasa macam dekat spa je...=)
Kami di beri penerangan oleh juru cakap di sini, mengenai asal usul pengasas kilang somperna... bla...bla..bla... selesai!!!
MUSEUM, HOUSE OF SAMPOERNA (bawah muzium, tingkat atas, kilang penprosesan rokok)
Tembakau
Sesi penerangan mengenai asal usul pengasas rokok SAMPOERNA
Previous packaging
Selesai lawatan di sini, kami di bawa ke destinasi seterusnya, CHENG HO MOSQUE
Kalau di lihat dari luar, CHENG HO MOSQUE ni seperti persantren-persantren(sekolah agama) lain di INDONESIA, masuk sahaja ke dalam kawasan persantren tersebut, cik MILA agak kagum dengan struktur binaan masjid ini... seperti berada di CHINA, struktur masjid ini berkonsepkan chinese architecture. Kami sempat menuanaikan solat JAMAK TAKHIR di sini. Oleh kerana battery camera kami tidak dapat berfungsi ketika di sini, tiada gambar yang di ambil ketika berada di masjid ini.
DESTINASI KEEMPAT: SUBMARINE MONUMENT
Apa yang menarik nya di sini??? kami di bawa masuk kedalam KAPAL SELAM, KRI Pasopati 410 type Whiskey Class Russia Submarine yang telah di gunakan pada tahun 1952!!! Kapal selam ni, sangat besar dan panjang dan telah di bawa naik ke daratan untuk di jadikan muzium... dari luar, memang nampak sangat besar dan panjang, tapi, bila kami masuk je kedalan perut kapal, kapal ini sangat kecil, muat-muat untuk seorang je lalu... agak menarik jugak lah ketika di sini, almaklumlah, cik mila mana pernah masuk dalam kapal selam... hue..hue..hue... lagi sekali, ketika di sini, tiada gambar yang di ambil, sebab battery camera dah kong!!!
Submarine monument merupakan tempat terakhir yang kami lawati pada hari pertama di bumi SURABAYA, seterusnya kami di bawa ke hotel penginapan kami, yang lebih kurang 10 minit dari Submarine monumet. Kami check in di TUJUNGAN HOTEL ketika waktu tempatan pukul 6pm...
Masuk sahaja ke dalam bilik, perkara pertama yang di cari, adalah plug... alangkah sedih nya bila mana tgk je plug yang terdapat di dalam bilik, merupakan plug 2 pin yang bulat tu... ohhh... mana nak cari plug 2 pin macam ni??? memang dekat malaysia, jarang di gunakan, haruslah cik mila tak ado plug nya... hmmm... dalam hati, berdoa semoga kakak dan adik lelaki ku yang dua orang tu, ada membawanya... flight diorang malam ni, pukul 845mlm waktu malaysia, dan di jangka sampai di Surabaya waktu tempatan, jam 11 malam.
pada mulanya kakak dan adik lelaki mila yang dua orang tu tak bercadang untuk ikut kami berlima (ayah, ibu, cik mila dan 2 orang adik perempuan cik mila) untuk ke surabaya ni, last minute decision... alhamdulillah, pihak pengurusan dgn senang hati menerima kehadiran mereke bertiga, nasib baik ada tempat kosong di dalam bas, if not, naik teksi ajo lah mereka ni ke MT. BROMO (hari esoknya)
Tinggalkan sebentar hal-hal mereka, mila nak teruskan dengan destinasi seterusnya kami di malam pertama di kota pahlawan....
Oleh kerana, masing-masing dah penat dengan aktivti di siang hari, kami hanya di bawa ke restoran tempatan yang hanya 10 minit perjalan dari HOTEL penginapan... Kami di bawa ke sebuah restoran HALAL chinise cuisine... ya ampun, makanan di restoran ni, sgt lah sedap sehingga menjilat jari !!! lagi sekali, ketika di sini, battery camera masih kong, tak dapat nak tangkat gambar... sob...sob... apa yang boleh mila gambarkan, restoran ni, decorations nye cantik sangat, di tambah dengan air tejun buatan... memang layan habis masih makan... kami di hidangkan dengan makanan seafood dari nasi goreng seafood, telur bistik masak dengan sweet sour, sup ikan dan macam-macam... udah ngak ingat... heee...
Alhamdulillah, malam pertama di SURABAYA kami di hidangkan dengan makan yang enak sekali. Selesai DINNER, kami terus di bawa semula ke HOTEL TUNJUNGAN untuk beristerehat, kerana esok pagi, jam 8am harus berkumpul di lobi untuk ke destinasi seterusnya, MALANG-BATU-BROMO
Tunggu entry hari kedua pulak ya...
Till then,
salam sayang,
cik MILA
No comments:
Post a Comment