Wednesday, 29 January 2014

REVIEW BY AUNTY IDA

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

hy lovely readers =)

just nak share review dari Aunty Ida empunya blog 1001 resepi tentang khidmat dari AAWD =)


Thanx Aunty sebab bagi kepercayaan dekat team AAWD untuk deco Majlis Pertunangan & Pernikahan Iqa & Ariff =)
Terima kasih jugak sebab mendoakan kami, Alhamdulillah =)

Engagement Dais =)



Solemnization Dais =)

till then,

Salam sayang,

Mila






HELLO BALI!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

hy pretty readers!

Mila baru je balik dari Pulau Bali =) overall, puas hati sgt dengan percutian kali ni =) Bali is super duper awesome... memang betul lah org kata pulau bali antara pulau yang tercantik di dunia dan menjadi tempat perlancongan yang terkenal.

okeyh, dolu, Mila ada cerita tentang honeymoon tak kesampaian kami nak ke Bali, disebabkan pihak catering @#$%^&*

huhu, alhamdulillah, rezeki nak ke Bali di permudahkan =)

Masa tu saje je lah tgk2 tix AA including hotel dlm airasia.go, before tu dah beli tix & hotel ke korea, jadi saje ler try usha tix untuk january, kot2, ada yang murah boleh lah jalan2 =) En Qayum on je sbb time tu katanya dah dpt bonus, Mila apa lagi lompat bintang lah kan... cari punya cari, jumpalah tix ke langkawi + hotel RM300++, oikkk, murah ni!!! time tu, tekan jugak p KK & Bali, terpanjat tau, starting price from RM600 untuk tix & hotel di Bali! teruss booked! tapi, total yang Mila byr RM813 + RM56 (untuk pilih seat & luggage 20kg, yg ni beli 2 hari sblm depart)

super murah kan! 

then, dah beli tix & booking hotel, terus buat plan nak p mana, cari pak supir & budget perbelanjaan kat sana. maka bermula lah sesi menterjah traveller blog... ngeee... mmg bnyk sangat info yang dpt... lbh 20blog jgk Mila terjah... yelahh, kita nak p tempat org, at least kna lah tau serba sikit, ye dok?

so, mari mulakan perjalanan 3H2M kami yang menjadi 2H2M je ni =)

24.01.2014, Jumaat

Since minggu Mila bercuti nak ke Bali ni AAWD terima job deco pelamin, jadi, Mila selesaikan dolu kerja2 yang berkaitan, pagi Jumaat tu ktrg deco mini pelamin dkt Gombak, balik dari Gombak, terus gubah fresh flower arrangement untuk event esok mlm, since kna deco mlm ni, jadi, semua kerja tuk gubah bunga settle, jadi nnt senang team AAWD yang lain tggl letak2 jeee... siap semua nya around 6pm gitu, flight pkl 825pm, mmg lipas kudung jap, balik umah, mandi, then, terus grak p LCCT.
Sampai je LCCT, tgk kt board, flight delay, jadi 845p, fuh selamat! sbb time tu ktrg ngam2 sampai pkl 725pm, which is 1 hr before depart. kalau naik airasia, at least, kita kna ada dkt airport 1 hr before check in, sbb gate akan ttp 25min dr time depart. sebelum tu, ktrg web check in awal2, jadi, masa smpi LCCT terus g kaunter check document and gerak ke imigresen =)
kenderaan ke LCCT? kami drive keta, and park dekat parking LCCT, which is dikenakan RM16/day.
masa tgh menunggu di pintu gate, kami di beritahu sekali lagi yang flight kami akan delay lagi, ohoikkk, mmg lambat ler smpi Bali klu cmni, ikut plan asal, kami akan smpi around 1115pm, tp, since delay, depart 915pm, and sampai 12am okey... 
perjalan ke Bali mmg ada sedikit gerun sikit sbb cuaca tak berapa elok, and lenguh jugak ler kaki ini menahan kesempitan di dalam flight... huhuhu...

Sampai je di Aiport Denpansar, Bali, pak supir kami sudah menunggu dgn setia nya =) dan ktrg pon terus di bawa ke hotel kami, The Pavillion Kuta =)

hotel 1star, tapi, service & deco 5star babe! siyes kagum gile dgn hotel yang Mila duduk ni, semua nya menggunakan kayu, Mila mmg gile sikit bab2 deco guna kayu ni, mmg menjerit lah tgk decorations diorg =)
condition hotel mmg tip top, mmg sebijik dlm gambar, bilik ktrg mengadap swimming pool as in picture =)





cantik? memang ponnn... heee =)
*picture from pakcik google sbb malas nk upload gmbr dr hp cap ayam ktrg. hee.

sampai hotel around 1am jugak lahh... jadi nya , kami pon terus beradu... tu yang, percutian menjadi 2H2M =)

25.01.2014, Sabtu

pukul 9 ktrg dah siap nak p jenjalan =) pak supir pon udah menunggu di pintu hotel, hari ni kami akan melawat gunung Kintamani & lunch di sana, dan akan berhenti di beberapa tempat di sekitar ubud untuk tengok drawing dan minum kopi. Balik je dari Gunung, kami singgah pula di Rice Paddy, padi bukit Bali =) dan terus ke Tanah Lot =) ikut plan asal, nak tggu sunset dekat tanah lot, tapi, udah capek lol, jadi nya pkl 6ptg ktrg terus ke jimbaran untuk Dinner, balik je Dinner, terus ke Hotel, niat asal nak jalan2 sekitar pantai kuta, tapi, memang penat gile satu hari berjalan, jadi, beradu lah kami... hehehhe... =)
* hotel ktrg mmg dekat sangat dengan pantai Kuta, 500m jee... pantai kuta ni tak pernah tutup, 24hrs ada je orang =)


12 Jenis kopi & teh... semua sedap... yang ni FREE je... memang nyaman minum kopi di tmpt sejuk gini, keliling semua pokok2 =)


demo cara memproses kopi =)

*perbelanjaan, beli kopi bali , kopi ginseng & kopi vanilla, RM80



LUNCH di Restoran Batur Sari, the only one restoran yang Halal di Kintamani
*perbelanjaan : RM107


subhanallah, cantik kan?
Paddy terrace.


pengantin lama =)

dekat sini, banyak kedai yang menjual kraf tangan, org bali sangat berseni, kami sempat shopping drawing & beberapa souvenir yg lain.
*perbelanjaan, RM160







TANAH LOT =)

dekat bali, banyak sangat patung & temple, tanah lot adalah salah satu tempat temple diorang, since tempat ni cantik, ramai pelancong yang datang =) angin kuat gile dan ombak nya sangat lah ganas!
dekat Tanah lot ni pon banyak kedai2 souvenir, ktrg pon tak ketinggalan untuk shopping!
*perbelanjaan, RM51



Dinner di Jimbaran!

patutnya duduk dekat tepi pantai, tapi, cuaca kurang memuaskan, jadi nya kami mengadap pantai ajee... makanan sedap, semua nya berasaskan seafood, kami makan ikan bakar, udang garlic, sotong goreng tepung =) portion nya sangat banyak sbb diorg kira timbang =) mmg tak habis makan, jadi, bawak balik ke hotel
*perbelanjaan, RM211

**total perbelanjaan hari pertama RM650 (Termasuk bayaran masuk ke Kintamani, Paddy Terrace & Tanah Lot)

END untuk hari pertama di Bali!, next entry our last day in Bali, sea walker di Nusa Dua, visiting uluwatu temple and shopping di Krisna. =)

thanx for reading!

till then,

salam sayang,


*muka sengal!


Mila







Wednesday, 22 January 2014

BE POSITIVE AND STAY STRONG!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hello pretty brides to be, brides & my lovely readers...

January 2014 tinggal beberapa hari je lagi, cepat betul masa berlalu kan... bila dh masuk tahun baru, macam2 planning untuk tahun tersebut. Mila? macam biasa.. go with the flow, be positive and stay strong for any matters yang berlaku dalam hidup ini... heee =)

kalau nak cerita tentang rezeki lepas kahwin ni, alhamdulillah sangat, sebab rezeki yang Allah beri, tak pernah putus, tak kisah lah dari segi kewangan ke, kesihatan ke, kekeluargaan ke... semuanya boleh dikategorikan sebagai okeyh! 

fyi, Mila tak pernah bayangkan nak ada business sendiri, especially business wedding?! @&^*#$% seriously , tak pernah terpikir! heee... masa dkt uni, belajar engineering, budget nanti jadi engineer lahh... tp, tak jadi pon... setakat research assistant and practical student je.. tapi, rasa lah jugak tempias engineer tu... huhuhu... bila habis je degree, memang tak sempat kerja ponn, terus sambung master, then, buat part time deco2 pelamin... bila SV mintak jadi research assistant untuk beberapa projek, mila on jee.. time tu tgh mau cari duit kawin, kerja apa pon sebat, asal Halal Toiyibba.. ngeee... 

Masa time deco pelamin, kena interview dgn customer, tanya kan background Mila, either ada kena mengena ke dengan deco2 ni, dengan jayanya jawab, takde, saya dolu belajar engineering. memang peliks lah kan, belajar engineering tapi, buat biz deco @.@

tapi, kalau kita suka buat sesuatu tu, tak kira apa, dengan keikhlasan, insyaALLAH berjaya!

kalau orang tanya dekat Mila tak menyesal ke belajar tinggi2, then end up with biz deco?!

lol, rezeki ALLAH kan luas, tak salah rasanya belajar tak kira lah sampai tahap mana, sebab ilmu ALLAH itu sangat luas. memang seronok apa belajar, belajar sesuatu yang baru, tak pernah akan habis. dan kita hidup kat dunia ni pon , setiap hari kita belajar. cuma bila dekat uni, ada org guide, dalam kehidupan harian, banyak yang kita belajar sendiri. dari pemerhatian, analisis, dan rentak org lain.

bagi Mila, belajar setakat tahap yang kita mampu, jangan tiru orang lain, jadi je diri sendiri, nasihat orang lain, kita boleh dengar, tapi, jangan amik bulat-bulat, sebab diri kita, kita sendiri yang tanggung.

pernah jugak terpikir di fikiran, bila tengok kawan2 lain keja dekat office, design projek itu dan ini, rasa terdetik juga nak buat perkara yang sama, lagi2 bila dah kat umah, jumpa en Qayum, dia citer projek yang on going sekarang ni dekat opis dia, rasa seronok je... kongsi ilmu apa yang ada dengan encik Qayum setakat yang Mila tau, bercerita tentang pelajaran yang ktrg belajar masa dekat uni dolu,dan etc... mmg rasa seronok, tapi, Mila sendiri yang pilih jalan yang ada sekarang, jadi memang tak menyesal... hanya terdetik je nak merasa pekerjaan itu =)

insyaALLAH nanti bila dah habis Master, Mila tetap akan jalankan biz wedding deco seperti biasa, cita-cita nak jadi engineer tu Mila akan ketepikan dolu, dan yang pasti sekarang, Mila nak jadi isteri & anak solehah, sebab itu yang pasti, Dunia yang akan datang, Dunia yang hakiki di sisi NYA...

REZEKI? 

rahsia Allah, setakat ni, memang bersyukur sangat dengan apa yang ada =)

dan Mila pegang prinsip, buat takat yang mampu, jangan nak melebih-lebih, buat sesuatu tu, biarlah sederhana =)

kalau orang lain ada Anak, kita yang takde ni, SABAR, kalau ALLAH nk bagi, anytime jee...

kalau orang lain dapat pergi UMRAH dan Haji dalam usia yang muda, kita yang khilaf ni SABAR, kumpul duit, buat persiapan secukupkan, yang penting dah ada niat, insyaALLAH kalau usaha, insyaALLAH dapat pergi one FINE day =)

kalau orang lain dah ada RUMAH SENDIRI, kita yang takde lagi ni, SABAR, USAHA setakat yang boleh, cari yang bersesuaian, insyaALLAH , kalau ada rezeki, tak kisah lah 10tahun lagi, insyaALLAH dapat.

yang penting SABAR, USAHA dan BERSYUKUR atas apa yang kita ada, insyaALLAH kehidupan akan jadi tenang dan sentiasa berfikiran BAIK & POSITIF. kalau semua benda kita nak compare dengan kehidupan orang lain, memang takkan habis, dokk compare je kan... nak jadi diri sendiri ke nak jadi orang lain? hmm...

dan fikir kan nikmat hidup dekat dunia ni, hanya sementara, barulah kita akan berasa bersyukur dan pilih jalan hidup yang bersederhana.


02.01.2014, short trip ke pulau pangkor. 

Awal tahun hari tu, tak rancang pon nak g jalan mana2 since butik baru je beroperasi, banyak kerja yang tertangguh, tapi, musibah datang tak di duga, nenek en Qayum sakit di Ipoh, jadi kami decide nak p melawat, sambil tu husband buat suprise bila tetiba je setuju dengan cakap main2 Mila nak p pangkor. =) jadi kami stay one night dekat pulau, rehat dan tenangkan fikiran. trip sempoi kami p melawat nenek dan bercuti walaupon sebenarnya tak de cuti end up with thousand memories =)

Last 2 months ago, without proper planning, kami decide nak p vacation ke Bali on january since tix AA sgt murah! insyaALLAH, flight Jumaat ni, as usual, vacation mengejut dan hanya 3 hari je... semoga kami pergi dan balik dengan selamat, nanti Mila share lagi cerita ke Bali ni for the next entry k...

till then,

salam sayang,

MILA




Monday, 6 January 2014

GIVEAWAY BY MILA KAMIL ( THE WINNER GOES TO... )

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy pretty brides to be, brides & my lovely readers =)

ampun maaf di pinta sbb mungkir janji nak umumkan pemenang GA hari tu... ampunn..lambat annouce 6 hari dari tarikh sepatutnya... 
 new year hari tu balik mengejut ke kuala kangsar sebab nenek husband Mila sakit... and hubby buat suprise bawak p pulau pangkor =)

ok, stop sat cerita new year,

since Mila lambat announce, Mila tambah lagi satu hadiah untul youlls =)), ada 4 orang pemenang untuk giveaway kali =))

and the WINNER GOES TO...



 1st prize : RM300 voucher for HANTARAN deco
2nd prize : RM150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
3rd prize : RM100 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
4th prize : RM80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)

TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMENANG =)

hantar details youlls untuk redeem hadiah k...

boleh email/whatsapp Mila 

azahmad.weddingdecor@gmail.com / 014 9779557

details such, FULL NAME, FULL ADDRESS, HP NO,  DATE OF EVENTS & EMAIL ADDRESS =)

Till then, 

SALAM SAYANG,

MILA =)