Tuesday, 23 December 2014

KRABI WITH LOVE PART 1

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Cerita ke krabi bermula bila Mila join group BBM dkt FB, tgk kawan2 BBM post gambar dkt krabi, ohoii.. cantik nya lahh.. tergoda okeyh! tunjuk encik Qayum, maka bermulah aktiviti mencari hotel + flight melalui air asia go. (feberet sungguh cari dkt sini!)

masa tengah cari-cari, ecxited sungguh lahh! seorang RM300++ je untuk tix return & hotel 3H2M, murah sangat kan!

tapi, kebanyakkan Hotel yang murah, location di pekan krabi. Banyak review dr blogger dan rakan BBM, better amik hotel dekat Aonang, sebab Aonang center of krabi, semua ada dekat Aonang, hotel, halal food, aktiviti pantai etc.

Jadi nya, kami decide, pilih the Cliff Aonang Hotel untuk penginapan pada 15-16 December + flight return KL-KRABI (13.12.2014) , KRABI-KL (16.12.2014) dengan harga RM820.25 Total untuk dua orang.
untuk penginapan pada 13-15 December, beli di Agoda sahaja, KL House Aonang, RM204.26 untuk 2 malam.

*nota kaki, dekat website airasia.go, boleh pilih tarikh penginapan yang kita nak, harga akan kurang dari harga total tarih percutian, sebagai contoh,

Mila pergi krabi 13-16 december, if total harga tix + hotel untuk sepanjang penginapan, RM709/pax , if dua orang? RM1418??? Mahal okeyh... jadi, disebabkan kali ni adalah percutian mengejut, marilah berjimat cermat ;)

itu tak campur lagi, nak pilih seat sama-sama, add RM6/pax, makan sama-sama, add RM12-13/pax. 

untuk penerangan lebih jelas, meh tgk gambar ni,


1.pilih tarikh dan hotel


2.pilih jenis bilik penginapan, biasanya, yang paling atas tak perlu membuat penambahan bayaran, yang tambah tu tengik jenis bilik / ada breakfast


3.pilih tix flight, biasa nk ke krabi ni, tix flight petang tak perlu tambah duit, tapi, ikut mana waktu yang korang nak, tapi, kna lah tambah duit, mila hr tu flight pkl 1705 dr KLIA2


4.pilih tix flight balik pula, masa survey-survey tix, pagi 16 hb je yang +RM0, tapi, masa nk buat pembayaran, tengok pukul 600pm +RM0, so, apa lagi amik tix flight ptg, jadi boleh tambah aktiviti =) (rancang betul-betul tau waktu flight ni =))


5.Ini total price yang perlu dibayar if amik 4H3M di hotel yang sama, a bit expensive kan, Mila rasa lah.. hihi, jadi, ktrg amik satu malam je.


6.Tukar tarikh & edit balik dari awal, see. banyak kan beza harga nya =)


7.Dan inilah total harga sebenar yang perlu dibayar untuk flight return dan 1 malam di THE CLIFF AONANG, mila dapat hari tu RM820.25 shj, jadi kena rajin survey ya!

Selesai urusan Flight + Hotel

Total damage:

Flight return + The Cliff Aonang - RM820.25
KL House Aonang - RM204.26
TOTAL - RM1024.51 untuk 2 orang
RM512.26/pax shj

Bila urusan flight dan hotel dan selsesai, baru hati gembira untuk rancang aktiviti di sana!

okey, nak share gambar bilik & persekitaran hotel, since masa mila google hotel ni tak bnyk gambar, meh nk tempek bnyk2 dekat sini, hihi

THE CLIFF AONANG






bilik untuk satu malam di Aonang



en Qayum buat inspection, hihi


lobi hotel









persekitaran, hotel ni 3 bintang ajee, sesiapa yang inginkan privacy dan nak rasa tdo dengan bunyi unggas, boleh lah pilih hotel ni. Mila bagi 4/5 untuk penginapan kami di sini, overall puas hati, kecuali tang toilet dkt luar yang agak peliks itu, tapi, nice to try =)

next hotel, KL House Aonang


Lobi



Hotel ni tepi jalan sahaja, main road nk ke pantai Aonang, senang je nak cari.
Gambar dekat hotel ni, ini aje yang ada, masa sampai, dh amik gambar bilik nya, tapiii... hmm...gadget yang ktrg guna tu... hmmm... nanti lah cerita, hihihi...
apa-apa pon, mila recommend hotel ni, owner nya pon baik jee..
Mila bagi 4/5 bintang! hihihi

Jarak kedua2 hotel ni, dekat shj, lbh krg 80-100m, ktrg check out dan check in berbeg2 & berbasuh kuyup dengan berjalan kaki sahaja... hihihi.

rasanya, ini je dolu persediaan awal yang perlu sebelum pergi bercuti, nanti Mila sambung lagi yaa...

till then,

salam sayang,

Mila









Thursday, 18 December 2014

Krabi with love

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Malaysia selasa malam yang lepas (budget Krabi jauh sangat jeww, hihihi)

Percutian yang sangat awesome walaupon ada beberapa barang yang hilang dari pandangan, hahhaha, yang ni, kalau rasa mode nak cerita sudah mari, Mila cerita la yaa.. hihihi

Krabi memang awesowe! tips nya, pilih tempat dan hari yang sesuai, lagi - lagi sekarang peak season, semua tempat ramai orang dan harga package tour & makanan, mahal gilos! jadi kena pandai cari & survey :)

minggu ni Mila bz sikit, jadi, nanti2 lah share cerita krabi ni ya!

meh nk belanja gambar sikit :)





toilet ni paling rare! dekat luar youlls, sambil mandi, dihidangkan dgn bunyi unggas, peliks sikit untuk org yang takde kampung macam saya ni ha! hihihi

till then,

salam sayang, 

MILA

#semuagambardarisjcam



Friday, 12 December 2014

Fly, fly, fly..

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers, dan salam Jumaat :)

Besok, will fly again untuk ke destinasi Cinta Mila & Qayum kali ke empat untuk tahun ini, janji, yang ini yang terakhir untuk tahun ini! hihihi.

mode bercuti dah On dari pagi tadi, jadinya, hr ni msk opis ponn half day aje.

before fly esok, still kna msk keje , ada appointment dgn potential client :) 
dan sbnrnya keje masih bnyk di butik,  hohoho.
kalau citer keje, smpi bila2 pon tak habis kan. huhuhu.
 kena pulun esk sbb nk cuti 3hari, next week bnyk job pelamin & deco hantaran yg perlu di laksanakan... jadi, kena prepare awal2 :)

#dahtaubanyakkejelagimaubalikawalinihari
#sukahatijeerkpuanmila
#balikawalsebabadakejedekatrumahdaa
#okeyhhbye

sebelum fly, marilah buat checklist, takut ada yg tertinggal,

- passport : checked
- web check in : checked
- printing boarding pass & hotel voucher : checked
- thai baht : checked
- digital camera : checked
- Sjcam : checked
- baju, tudung, swimming suit : checked
- digital accesories : checked
toiletries : checked
- selipar jepun : cari malam ni

itu je lah rasanya, kali ni punya vacation, tak de lah nk bwk beg besar gabak, just bwk bag pack ajoo.. sng nnt nk berjalan,  br di gelar backpackers sejati, erkh..

kali ni aim nya, bukan shopping, tapi, lbh nk menghayati keindahan ciptaan yang maha kuasa :)

semoga kami selamat pergi dan kembali :)

#disaat aku ingin berhenti, DIA suntikkan semangat, bukan sebesar zahra, tapi, segunung lautan, aku terkesima, lantas, aku bersyukur, jika ini jalan yang perlu ku pilih, aku ikut, sehingga akhir hayat ku. jika ini rezeki yang aku dapat, aku bersyukur, hingga akhir waktuku...
dan ketahuilah, berniaga itu sunnah, dan berniaga lah dengan jujur dan amanah, ikhlas kan lah perbuatan mu, semoga ia di berkati.
Aamiin

#erkhmacamtakdekenamengenajedengantajukentry
#apaapajepuanmilani

till then, 

salam sayang, 

MILA


#redsoses #softpinkcarnation #freshflowershandbouquet #handbouquetbymilakamil #contactforbooking #0149779557smswhatsapp




Thursday, 4 December 2014

Menghitung hari

Assalammualaikum w.b.t

Hy readers!

Hii, excited menghitung hari sbb nk ke sesuatu tempat untuk trip honeymoon kami! 
Bak kata org, belum dapat anak ni, elok lah kira nya berjalan mencari pengalaman. hihihi.



hoyeah, jom kita terbang ke awan biru untuk kali 4 untuk tahun ni, trip terakhir kami untuk tahun ni, next trip, tggu bln February next year pula!

hihi.

till then, salam sayang, 

MILA

p/s: entry masih tertunggak untuk majlis adik mila hr tu x sempat lagi nk publish,  pengantin br lambat naa p amik soft copy picture diorg dr OP, nnt dh dpt, dgn laju nya mila update ok! :)


Wednesday, 12 November 2014

FASHION MUSLIMAH & SHAWL_ASSISTANT

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Allahuakhbar, lama sangat sepi nya blog our story by Mila ni yaa...

Maaf sangat, sebab lately, mood nk update entry ke laut :)

Nak cerita tentang fashion wanita muslimah hari ni, tapi  rasanya tak layak, sebab diri ini,  bukan ustazah mahupon muslimah sejati, hihi.. tapi, nak share jugak dengan youlls semua..

Lately ni, mila suka sangat pakai jubah,  rasa selesa sangat dan lately ni suka sangat pakai wide shawl, bukan sebab apa, pakaian yang rasanya paling cepat siap! tak payah nk belek2 sepuluh kali tuk siap! hihi! dan yang pasti menutup aurat!

WANITA YANG MULIA DI SINI ALLAH,  ADALAH WANITA YANG MENUTUP AURAT DAN MENJAGA MARUAH NYA

ALLAHUAKHBAR!!!

teringat cara dolu2, berpakaian, MALU! malu sungguh dengan ALLAH...


perubahan besar MILA adalah dengan tgk perubahan adik Mila, Aqilah. Suka sangat tengok Qila dress up, sungguh cantik dan menutup aurat!

bayangkan gadis 18 tahun seperti Aqilah, tidak malu untuk menutup aurah nya, apatah lagi untuk bertudung labuh...


puteri-puteri bongsu keluarga kami, Aqilah si baju pink, Adibah si baju biru :)

manis kan berpakaian begini :) :) :)

kalau nk ikut kan, banyak sangat butik2 yang keluarkan fashion dress jubah dan wide shawl yang menutup aurat. antara nya, calaqisya, shawlforyou, fiskamedina, dan etc, 
banyak design menarik dan rambang mata kan... 

sunguh2 rambang mata!

since kami adik beradik suka sangat pakai wide shawl ni, amik masa 10saat je tau, dan, terus siap, jadi Mila dan Qilah come out dengan idea untuk buat sendiri wide shawl kami, hihi, suka sangat! sebab kami boleh pakai warna tudung yang kami suka bila buat sendiri :)
Bila dah pakai selalu, ramai pula yang tanya mana beli shawl mcm ni? kami jawab lah buat sendiri :) dan mula lah ada yang ingin dan buat tempahan shawl yang sama, Ya ALLAH, segala puji bagi mu, tak sangaka, kami bermula dengan hanya untuk pakai sendiri, boleh jadi satu perniagaan, ALHAMDULILLAH, rezeki ALLAH itu maha luas untuk hambanya...

Untuk kemaskan pemakaian wide shawl ni, kami adik beradik suka guna pin shawl, dulu kalau nk beli pin shawl ni, cari dekat jalan TAR sahaja, boleh thn juga ya harga nya. Again, kami cari supplier sendiri, dan ada yang kami beli dah siap, dan ada yang kami buat sendiri :)

dan, dua produk ni, kami letak kn sekali dalam satu brand, iaitu SHAWL ASSISTANT. :) Adik Mila Aqilah yang uruskan IG SHAWL_ASSISTANT, Mila tolong support apa yang boleh ajee.. :) 



dan, bila dah jual produk macam ni, datang lah mcm2 idea.. Mila cadang nk divide butik AAWD untuk berkonsepkan Wedding & Butik Pakaian dan aksesori. Jadi, Mila open untuk Vendor yang nk join kami berniaga di butik AAWD :)

antara item yang kami cari, pakaian wanita muslimah, tudung dan shawl, & makanan segera... 

dah ada beberapa potential vendor yang dah hubungi Mila, Mila akan emailkn asap details & t&c kami  yaa. . :)
masih dalam rankaan dan penilaian :)

akhir kalam,

Jom sama - sama menutup aurat! tak salah bergaya, tapi, gayakan pakaian menutup aurat ya! insyaALLAH, sama-sama kita beramal :) :) :)

sesungguhnya ISLAM itu mudah!

love, MILA

next entry, 

1) Wedding adik saya!





2) Kamil's family little calips, Muhammad Ayis' Fayyadh bin Muhammad Fahdli



SALAM UKHWAH,

MILA











Sunday, 31 August 2014

A GIFT FOR YOU : ADDRESS PLEASE =)

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

INI ADALAH ENTRY STICKY POST

hy readers!

Mila nak korang punya address boleh? nak pos gift dr entry ini http://ourstorystartinfeb.blogspot.com/2014/07/a-gift-for-you.html =)

untuk makluman, semua yang komen sehingga 15 Ramadhan akan mila post kan hadiah korang tuu =) insyaALLAH as soon as posible =)

nak address tau korang!

1) Miss Hedy - Nurul, Mila bg by hand boleh? masa pasang pelamin nanti =)
2) Haura Marissa - address please dear
3) Yna - address please dear
4) S. Faezah - nak guna address yang lama ke Faezah? hee...
5) Khaulah - Status : Sudah di Pos =)
6) Bie - address please dear
7) Nfam - address please dear
8) Cik Mah - Status: Sudah di Pos =)

boleh whatsapp / email Mila 
014 977 9557
azmilakamil@gmail.com

harap korang suka gift tak seberapa ni.

terima kasih & Salam Ramadhan =)

till then,

salam sayang,

Mila

Thursday, 14 August 2014

Beading by Mila

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers! 
Lama tak de entry baru kan. 
Puan Mila buzyyyyy... hoho...

buzy buat pelamin, buzy buat hantaran & lately buzy menjahit! heehee...
Alhamdulillah.. rezeki dari Allah..

last week baru siapkan satu baju dress untuk kawan Mila, sofia, reception nya di Miri, Sarawak, ini kali kedua sofia tempah jahit beads dgn mila, June hari tu baju & veil reception side sofia di Kl...
(baju side kl, mila lupa nk amik gmbr nya.. nnt mila mintak dgn sofia, mila attach dkt sini okeyhh...)

meh, nk tempek sikit gambar2 nya..



sweet kan diorg? erkh... hihi

(credit to sofia's photographer for this pictures)

sofia request nk simple2 je.. sbb bj ni untuk photoshoot.. masa majlis, sofia pki bj tradisional melanau... 

veil yang sofia pki tu, sofia rental dgn mila, mila jahitkn jugak untuk the 1st reception dress yg mila buat.. mila masih open untuk rental untuk kpd semua bride to be yg nk sewa.. sewa murah2 je... :)

veil yg sama :)

gambar ni jgk, kawan mila tau.. nama nya Ain... dr baju, pelamin, hand bouquet, mila buatkn.. hihi.. tq Ain! sbb tempah dgn kita... 
(majlis Ain, November 2012)

(credit to Ain's photographer for this picture

gambar beading works lagi?

ok, mila share lagi dkt sini yaa..)


ini pula baju nikah sahabat mila, ida,  majlis bln 3 hari tu.. semput tau jht bj ni.. sbb masa suntuk time ni, bj br siap seminggu sblm majlis, mula2 ida nk diy jee sendiri, tp, since beads baju reception ida tak siap lagi, jadi mila tlg jahit kn baju nikah ni... (veil nikah, veil & baju reception ida jahit sendiri. gigih sungguh! mila tunjuk lakaran design beads nya shj, slbhnya ida buat sendiri) 
dan untuk baju ni, alhamdulillah, siap jgk slps 4 jam menjahit :)

nexttt..


heavy head beads pearl

komain panjang nama ko erkhh.. hihi..
Ni lahh sahabat mila, Ida... masa ni reception side lelaki...
Mila jahitkn head beads pearl yg ida pki tuuu.. Ida request tak nk veil, jadi,  mila cdgkn, pki cm gini jee.. cantikkk tak? simple je kn?
beads baju biru ni pulak, mila jahitkn beads bling2 dkt pinggang (nampak ke?) dan full beads untuk tangan sblh kanan, beads di tangan sblh kiri, ida buat sendiri... suka baju ni, very the moden & menutup aurat sangat!

erkhh.. handbouquet Ida pegang tu mila,buat jgk tau!
pastel eustoma, baby breath with calla lily handbouquet :)




yang ini pula, veil,  shawl & dress nikah customer mila, Sya...
sya tempah dgn mila veil & shawl, material semua dr mila. untuk dress nikah sya, mila alter shj jahitan beading nya.. masa mila dpt dress ni, lace gold, bunga pink 3 kuntum dan variety warna pearl dh jht dkt dress ni, jd mila alter dgn jahit pearl color soft pink dkt lace di pinggang & tangan.. bg nmpk heavy lagi...
heavy, tp, nmpk simple je kn... 

fuhh.. rasanya pnjg bebenor entry kali ni, ada lagi baju & veil yg mila nk share, insyaAllah, next entry nanti...

untuk yang berminat nk tempah jahit beads dgn mila, jangan segan silu contact mila yaa..

MILA
014 977 9557 (SMS/Whatsapp)

sebelum terlupa, mila nk ucapkan selamat hari raya,  maaf zahir & batin... tak terlewat kan... yelahh.. raya sebulan kan... hihi...

insyaALLAH, ahad ni mila buat makan2 dkt rumah.. jemput dtg beraya tau untuk yang dapat invitation... mohon maaf ada yang mila tak sempat jemput lagi... nnt direct whatsapp mila ya untuk address...

Till then,

Salam sayang,

MILA