Wednesday, 22 January 2014

BE POSITIVE AND STAY STRONG!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hello pretty brides to be, brides & my lovely readers...

January 2014 tinggal beberapa hari je lagi, cepat betul masa berlalu kan... bila dh masuk tahun baru, macam2 planning untuk tahun tersebut. Mila? macam biasa.. go with the flow, be positive and stay strong for any matters yang berlaku dalam hidup ini... heee =)

kalau nak cerita tentang rezeki lepas kahwin ni, alhamdulillah sangat, sebab rezeki yang Allah beri, tak pernah putus, tak kisah lah dari segi kewangan ke, kesihatan ke, kekeluargaan ke... semuanya boleh dikategorikan sebagai okeyh! 

fyi, Mila tak pernah bayangkan nak ada business sendiri, especially business wedding?! @&^*#$% seriously , tak pernah terpikir! heee... masa dkt uni, belajar engineering, budget nanti jadi engineer lahh... tp, tak jadi pon... setakat research assistant and practical student je.. tapi, rasa lah jugak tempias engineer tu... huhuhu... bila habis je degree, memang tak sempat kerja ponn, terus sambung master, then, buat part time deco2 pelamin... bila SV mintak jadi research assistant untuk beberapa projek, mila on jee.. time tu tgh mau cari duit kawin, kerja apa pon sebat, asal Halal Toiyibba.. ngeee... 

Masa time deco pelamin, kena interview dgn customer, tanya kan background Mila, either ada kena mengena ke dengan deco2 ni, dengan jayanya jawab, takde, saya dolu belajar engineering. memang peliks lah kan, belajar engineering tapi, buat biz deco @.@

tapi, kalau kita suka buat sesuatu tu, tak kira apa, dengan keikhlasan, insyaALLAH berjaya!

kalau orang tanya dekat Mila tak menyesal ke belajar tinggi2, then end up with biz deco?!

lol, rezeki ALLAH kan luas, tak salah rasanya belajar tak kira lah sampai tahap mana, sebab ilmu ALLAH itu sangat luas. memang seronok apa belajar, belajar sesuatu yang baru, tak pernah akan habis. dan kita hidup kat dunia ni pon , setiap hari kita belajar. cuma bila dekat uni, ada org guide, dalam kehidupan harian, banyak yang kita belajar sendiri. dari pemerhatian, analisis, dan rentak org lain.

bagi Mila, belajar setakat tahap yang kita mampu, jangan tiru orang lain, jadi je diri sendiri, nasihat orang lain, kita boleh dengar, tapi, jangan amik bulat-bulat, sebab diri kita, kita sendiri yang tanggung.

pernah jugak terpikir di fikiran, bila tengok kawan2 lain keja dekat office, design projek itu dan ini, rasa terdetik juga nak buat perkara yang sama, lagi2 bila dah kat umah, jumpa en Qayum, dia citer projek yang on going sekarang ni dekat opis dia, rasa seronok je... kongsi ilmu apa yang ada dengan encik Qayum setakat yang Mila tau, bercerita tentang pelajaran yang ktrg belajar masa dekat uni dolu,dan etc... mmg rasa seronok, tapi, Mila sendiri yang pilih jalan yang ada sekarang, jadi memang tak menyesal... hanya terdetik je nak merasa pekerjaan itu =)

insyaALLAH nanti bila dah habis Master, Mila tetap akan jalankan biz wedding deco seperti biasa, cita-cita nak jadi engineer tu Mila akan ketepikan dolu, dan yang pasti sekarang, Mila nak jadi isteri & anak solehah, sebab itu yang pasti, Dunia yang akan datang, Dunia yang hakiki di sisi NYA...

REZEKI? 

rahsia Allah, setakat ni, memang bersyukur sangat dengan apa yang ada =)

dan Mila pegang prinsip, buat takat yang mampu, jangan nak melebih-lebih, buat sesuatu tu, biarlah sederhana =)

kalau orang lain ada Anak, kita yang takde ni, SABAR, kalau ALLAH nk bagi, anytime jee...

kalau orang lain dapat pergi UMRAH dan Haji dalam usia yang muda, kita yang khilaf ni SABAR, kumpul duit, buat persiapan secukupkan, yang penting dah ada niat, insyaALLAH kalau usaha, insyaALLAH dapat pergi one FINE day =)

kalau orang lain dah ada RUMAH SENDIRI, kita yang takde lagi ni, SABAR, USAHA setakat yang boleh, cari yang bersesuaian, insyaALLAH , kalau ada rezeki, tak kisah lah 10tahun lagi, insyaALLAH dapat.

yang penting SABAR, USAHA dan BERSYUKUR atas apa yang kita ada, insyaALLAH kehidupan akan jadi tenang dan sentiasa berfikiran BAIK & POSITIF. kalau semua benda kita nak compare dengan kehidupan orang lain, memang takkan habis, dokk compare je kan... nak jadi diri sendiri ke nak jadi orang lain? hmm...

dan fikir kan nikmat hidup dekat dunia ni, hanya sementara, barulah kita akan berasa bersyukur dan pilih jalan hidup yang bersederhana.


02.01.2014, short trip ke pulau pangkor. 

Awal tahun hari tu, tak rancang pon nak g jalan mana2 since butik baru je beroperasi, banyak kerja yang tertangguh, tapi, musibah datang tak di duga, nenek en Qayum sakit di Ipoh, jadi kami decide nak p melawat, sambil tu husband buat suprise bila tetiba je setuju dengan cakap main2 Mila nak p pangkor. =) jadi kami stay one night dekat pulau, rehat dan tenangkan fikiran. trip sempoi kami p melawat nenek dan bercuti walaupon sebenarnya tak de cuti end up with thousand memories =)

Last 2 months ago, without proper planning, kami decide nak p vacation ke Bali on january since tix AA sgt murah! insyaALLAH, flight Jumaat ni, as usual, vacation mengejut dan hanya 3 hari je... semoga kami pergi dan balik dengan selamat, nanti Mila share lagi cerita ke Bali ni for the next entry k...

till then,

salam sayang,

MILA




Monday, 6 January 2014

GIVEAWAY BY MILA KAMIL ( THE WINNER GOES TO... )

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy pretty brides to be, brides & my lovely readers =)

ampun maaf di pinta sbb mungkir janji nak umumkan pemenang GA hari tu... ampunn..lambat annouce 6 hari dari tarikh sepatutnya... 
 new year hari tu balik mengejut ke kuala kangsar sebab nenek husband Mila sakit... and hubby buat suprise bawak p pulau pangkor =)

ok, stop sat cerita new year,

since Mila lambat announce, Mila tambah lagi satu hadiah untul youlls =)), ada 4 orang pemenang untuk giveaway kali =))

and the WINNER GOES TO...



 1st prize : RM300 voucher for HANTARAN deco
2nd prize : RM150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
3rd prize : RM100 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
4th prize : RM80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)

TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMENANG =)

hantar details youlls untuk redeem hadiah k...

boleh email/whatsapp Mila 

azahmad.weddingdecor@gmail.com / 014 9779557

details such, FULL NAME, FULL ADDRESS, HP NO,  DATE OF EVENTS & EMAIL ADDRESS =)

Till then, 

SALAM SAYANG,

MILA =)

Thursday, 26 December 2013

Cerita bulan Disember

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

hy pretty brides to be, brides & my lovely readers =)

Lagi beberapa hari je nak masuk 2014... rasa macam sekejap je 2013 berlalu... ingat lagi awal tahun, january - february 2013 sibuk2 buat preparation untuk wedding... tak tido malam siapkan beading baju nikah & resepsi... siang, sibuk dekat fakuti untuk siapkan thesis, malam dok menjahit... weekend , bersengkang mata mencari duit untuk majlis nanti... fuhhh.. memorable sungguh! alhamdulillah 9 bulan bergelar isteri, susah senang bersama, kehidupan sangat indah!!!

lately, mila sibuk sangat dengan pengurusan butik AAWD =) ktrg dah berpindah ke Bandar Mahkota Cheras, sebelah taman je dengan rumah kami =)

alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki lebih untuk kami berpindah butik... butik yang lebih besar... syukurrrr...

* rezeki anak je belum lagi, Allah lebih mengetahui bila kah waktu yang sesuai untuk kami *

meh, nak tempek sekeping dua gambar butik...



alaaa... mila deco simple2 je dekat butik... ktrg tak amik loan, jadi duit renovation semua dr family dan mila sendiri.. kopak wehhh. itu pon ktrg cat sendiri dan pasang carpet sendiri... heee...

jemput lah datang buat bride to be sekalian.. heee...

tp, kna buat appoinment dolu, sbb mila jarang ada dkt butik, tak duduk situ 24jam.. heee... if nk dtg, bagi tau ajee... =)

boleh whatsapp mila okeyh... 
0149779557

no ni tak boleh call, hanya whatsapp & sms =)

next, nak bagi tau, GIVEAWAY by Mila Kamil, mila lanjutkan sehingga 31 DISEMBER 2013, jadi untuk yang nk join, masih sempat lagi =)

insyaALLAH if ada masa, Mila share lagi tentang wedding dkt blog kesayangan ni k..

till then,

salam sayang,

Mila

p/s: tak sabar nk pegi honeymoon lagi January 2014 ni.. =)

Friday, 22 November 2013

GIVE AWAY by MILA KAMIL =) JOM JOINNN!!!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

1st of all...mila nk mintak ampunnnn...sbb lmbt update... sob..sob... few days ni Mila tak sihat di tambah pula dengan kesibukkan yang melampau... (skang tgh cuti sekolah kan... wedding job melambak2)
tapiiii... no worriesss... as promise... Mila nk citer sikit tentang giveaway kali ni =)

hadiah??? sangat menarik kebabboooommm untuk semua bakal pengantin =)

 1st prize : RM300 voucher for HANTARAN deco
2nd prize : RM150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
3rd prize : RM80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)

FUHHH, MENARIK BUKAN!!!

SO,

MACAM MANE NAK JOIN GA NI???

SENANG AJO...

1) LIKE OUR FAN PAGE AAWD

2) BE OUR FOLLOWERS
FOR BOTH BLOG

3) WRITING AS SIMPLE AS YOU CAN ABOUT 
AZMAH AHMAD WEDDING DECOR
&
ATTACH ANY DESIGN of PELAMIN/HANDBOUQUET/HANTARAN FROM OUR COLLECTION as reference
(boleh search di FB kami & Instagram AAWD)
IN YOUR BLOG

4) TAG RAKAN BLOG KORANG , 3 ORANG PON DH CUKUP =)


THEN,

 EMAIL LINK ENTRY TU DEKAT azahmad.weddingdecor@gmail.com

ATAU 

TINGGALKAN LINK ENTRY ANDA DI RUANGAN COMMENT

TUJUAN : UNTUK MILA TRACE PENYERTAAN KORANG


ITU SAHAJA!!!
SENANG KAN...



SO, APA LAGI JOM JOIN CONTEST NI DARI 
22 NOVEMBER 2013 HINGGA 22 DECEMBER 2013, 
PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 1st JANUARY 2014 MENERUSI LAMAN FAN PAGE FB KAMI / INSTAGRAM & BLOG

HADIAH BOLEH DITUNTUT UNTUK MAJLIS DI TAHUN 2014 SAHAJA

*** VOUCHER TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN***


TILL THEN,

GOOD LUCK KORANG!!!

salam sayang,

PUAN MILA =)

Wednesday, 13 November 2013

WW: Giveaway by Mila Kamil

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T


GIVEAWAY!!!!

 1st prize : RM300 voucher for HANTARAN deco
2nd prize : RM150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
3rd prize : RM80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)









will announce tomorrow =))))
stay tune... =)))

Till then,

salam sayang,

Mila =)



Wednesday, 30 October 2013

our next trip =)

ASSALAMMUALIKUM W.B.T


baru je booking pagi ni =)

tix (return) + hotel : RM2k++ shj! untuk 2 org!!! gile murahkan...

tak sabar oiiikkkk... =)

kami g 4 hari je... along Mila pg 6 hari, price lagi murah.... cecepat check tix air asia skang tuk tgk price tix tauuu...

till then, salam sayang,

MILA

Friday, 11 October 2013

Honeymoon Bali, Cancel! sobs!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

hy pretty brides to be, brides & my lovely readers =)

nak citer, tapi, tgh sedih! sobs sobs... plan asal nk honeymoon di bali terpaksa di batalkan! supposedly, next week kami pergi... nak guna hadiah yang dikatakan FREE oleh pihak catering =( tapi, still kena bayar okeyh... hmmm... sebenarnya malas nak cerita.... tapi, untuk panduan b2b yang lain =)

ktrg dpt free honeymoon untuk ke bali/phuket dr pihak catering... mmg betul dapat selepas majlis, pihak catering hantar vouchers, then, kami pon booking... alih2, kena bayar jugak RM250 untuk charge penginapan on weekend... masa tu ok lagi.. bayar je lahhh... since along mila pon nk g sekali & dpt vouchers ni dr catering wedding dia yg lepas... lps byr, ktrg pon try cari tix ke bali dgn harga berpatutan... tapi, time tu, pihak agensi perlancongan yg bagi voucher ni dok push kami mintak flight details... masa tu, En qayum angin satu badan lah kan... ktrg nk pg lambat lagi, another 3 months lagi, still ada masa nk cari tix, die dok push2 tanya flight details??? hmmm .. x paham apa masaalah nya di situ, kan ktrg dh byr booking RM250? Dh cover apa duit hotel penginapan which is ktrg check dkt agoda lagi murah??? pptttfff....

sorrry, ter emo pulak... hahhaha....

so, di sebabkn itu, ktrg decide, cancel je trip honeymoon ke bali ni!!!

sobs!

since date nk pg tu mmg Mila sudah peruntukkan untuk bercuti, 2 weeks ago, ktrg dh booking hotel ke tempat penginapan yang sejuk dkt Malaysia ni... heee... price? lbh krg RM260 smlm...ok lah kan, kayakan bumi malaysia... hehehhehe....

so, cant wait our next honeymoon, kali ni g berdua jeee... =)

mode: tunggu next year nya trip dgn family =) nk p Guangzhou & Disneyland Hong Kong!!! 

korang jangan tertipu dengan janji kosong vendor yang bg hadiah itu ini, tapi, apa pon tak dak! huhuhuhu... buat research sebaik mungkin okeyh... 

till then,

salam sayang,

Mila