Showing posts with label MY PREGNANCY STORY. Show all posts
Showing posts with label MY PREGNANCY STORY. Show all posts

Monday, 13 June 2016

Cerita Cinta, Lahirnya Seorang Khalifah

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers...

Lama menyepi blog Mila ni.. hiihii.. Simpton malas melanda masa pregnant hari tu, tu yang lama tak berupdate -.-

Sebelom korang baca entry ni, meh nak belanja gambar cantik dari GI Photoshoot... sempat ber photo shoot maternity dekat studio GI, sebelum bersalin hari tu...



Alhamdulillah, tanggal 4 April 2016 yang lalu Mila selamat melahirkan seorang khalifah Allah yang sangat comel loteh... Syukur, Alhamdulillah.. Selepas menunggu hampir 3 tahun, Alhamdulillah, Allah kurniakan kami rezeki ANAK. Rezeki yang di tunggu-tunggu selama ini. Jika ditanya apakah tips-tips yang Mila amalkan hampir 3 tahun yang panjang ini untuk mendapatkan rezeki yang satu ini? Hanya DOA, DOA dan DOA.. dan semoga DOA kalian di bulan Ramadhan yang mulia ini juga diperkenankan oleh -NYA.. Aamiin..

2 April 2016
Pagi sabtu yang sangat damai, cadang dengan en Qayum nak jalan-jalan shopping mall, bagi cepat kan bukaan, so, ktrg decide nak pegi kaisoon dekat Festival City which is sekarang nama nya Setapak Central, KL. Since Setapak Central nearby dengan rumah adik ipar Mila, ktrg bawa sekali anak buah kesayangan, Fayyadh ikut sekali jalan-jalan, Pertama kali pergi Kaisoon, okeylah.. hihi, still IKEA dan SSF menjadi pujaan hati untuk carta kedai decorations rumah. Tak beli apa pun, hanya hadiah kahwin untuk sepupu encik Qayum yang ktrg nk pergi kejap lagi. Lepas je puas jalan dekat Setapak Central dan Fayyadh pon dah penat and tertido, ktrg pon hantar Fayyadh balik dan terus bergerak ke Selayang, attend majlis kenduri kahwin. Sempat bedal lauk kenduri hari ni. Balik je dari kenduri, Mila start sakit perut. Sakit perut yang rasa nak membuang. Keluar masuk toilet, tapi, takde apa pon yang nak dibuang, cakap dengan en Qayum, kalau tak malam ni Saya bersalin, mungkin esok kot. Then, terus tido sambil layankan sakit perut ituuu...

9am, 3 April 2016
Pagi ni dah janji dengan ibu and adik beradik yang lain, nk pergi sarapan dekat kedai baru buka di sekitar rumah Mila. Sakit perut masih terasa. Tapi, boleh tahan lagi. Siap makan ais krim dengan jayanya.


Muka sememeh betul time ni -.-'

12noon, 3 April 2016
Balik je dari sarapan, sakit perut makin menjadi-jadi. Keep masuk dan keluar toilet, dan Alhamdulillah berjaya membuang. Hihi. Lepas je membuang, masih tersa sakit perut, then, adik ipar Mila cadangkan cuba check interval setiap kali sakit, mungkin dan start sakit contraction. Mila dan encik Qayum pon start kira, erkh, rupanya, sakit setiap 10minit. Terus semua family members suggest pergi Hospital, dan ibu Mila time nih suruh minum air zam zam bagi cepatkan urusan bersalin katanya, Mila pon minum jelah, minum sikit je time ni. Masa tu baru pukul 12noon, Mila cakap dengan en Qayum, kita pergi hospital lepas solat Zohor ya.. Sementara nak tunggu Zohor, Mila tido jap sambil layankan 10min contraction.

3pm, 3 April 2016
Lepas solat dan mandi, terus gerak pergi ke Bangi, sampai je Hospital Az-Zahra, naik tingkat 2 dan cakap dengan nurse, Saya rasa saya dah nak bersalin. Nurse suruh tunggu kejap. Lepas 5 minit, ada seorang nurse ni panggil, masuk bilik untuk check CTG. Ni kali kedua Mila check CTG, 1st time hari tu dekat KPG, Kajang. En Qayum excited dengan bunyi jantung baby, kuat katanya. Tak sampai 20min buat CTG, doktor pon masuk untuk check VE (Vaginal Examination). Sepatutnya Dr Noraini yang akan in-charge kes Mila, sebab selama checkup dengan Hospital Az-Zahra, Mila checkup dengan Dr. Noraini, tapi, masa check bukaan, bukan Dr. Noraini, masa ni tengok doktor ni muka nya macam familiar, terus teringat pernah teman kan BFF Mila masa die checkup dekat Az-Zahra, masa tu die checkup dengan Dr. Fazlina, erkhh..muka doktor ni macam Dr. Fazlina Lah! Terus cakap dengan En Qayum, tadi yang check bukaan, Dr. Fazlina. Masa tengah sakit macam ni, tak kisah pon Dr. mana yang in charge, yang penting selamat bersalin.. =) Dr. Fazlina cakap, bukaan awak ni dan 3 cm, dah kena tahan wad ni. Masa tu sebenarnya terdetik dihati, owwhhh... macam ni rupanya check kena seluk, takdelah sakit sangat erkh, hahhaha... tu yang muka terkejut doktor cakap kena tahan wad, sebab tak fokus apa yang berlaku...

4pm, 3 April 2016
Lepas doktor cakap kena tahan wad, nurse mintak En Qayum buat pendaftaran dekat bawah, Mila pula nurse bagi baju color pink, untuk tukar, comel pulak rasa pakai baju pink ni. hihihi... Lepas dah amik barang and buat pendaftaran, terus masuk wad, since Mila amik package UMMI dekat Hospital Azzahra, Mila dapat bilik twin sharing. Masa tu bilik Mila dah ada penghuni, so, Mila dapat katil yang dekat dengan pintu, sebab yang dekat dengan bilik air, dah ada orang lain.

5pm, 3 April 2016
Sayup-sayup kedengaran suara Azan Asar time ni, En Qayum cakap dekat Mila die nak solat dolu, Mila masih layan sakit perut, masa ni dah start sakit pinggang, tapi, masih boleh bertahan... Lepas je En Qayum solat, Mila pula yang solat Asar. En Qayum pesan juga suruh buat solat taubat. Masa ni solat duduk aje yang mampu. Lepas solat, Mila minum air zam-zam, balance dari pagi tadi. Kali ni, Mila minum berteguk-teguk, dan sempat makan makanan yang hospital bagi untuk dinner.

8pm, 3 April 2016
Lepas je solat Maghrib, sakit perut dan sakit pinggang manjadi-jadi. Sebab tak tahan, mintak en Qayum tekan loceng panggil midwife. Bila midwife datang je,  terus midwife tanya, awak ada minum air selusuh atau air zam-zam ke? terus macam, erkh, tak boleh minum ke nurse, saya minum air zam-zam tadi. Masa ni muka nurse macam nak marah sebab sebenarnya awak tak boleh minum air zam-zam atau air selusuh sebelum awak masuk labour room. Kalau awak minum, jadi macam ni, lah, sakit contraction kuat sebelum waktu nya, Sebab masa ni bukaan baru 4-5cm. Terus Mila and Qayum pandang sesama sendiri, rasa macam nak nangis pula sebab tak tau dan tak tahan menahan sakit.

9pm, 3 April 2016
Both family Mila and En Qayum dan sampai dekat Hospital. Terharu sangat time ni.. Bila semua orang yang kita sayang datang bagi moral support. Tapi, time ni, jangan diajak berborak dengan Mila yaa.. Sakit pinggang yang tak dapat digambarkan.. Sakit nya hanya Allah sahaja yang tahu. Dok baca ayat nabi Yunus jee.. dan doa semoga dipermudahkan urusan bersalin ku ini.


Doa ketika kesakitan, doa ni di tampal di tepi katil dan dalam labour room Hospital Az-Zahra.


10pm, 3 April 2016
Ibu Mila dan En Qayum tak tahan tengok Mila menahan sakit, panggil lagi midwife untuk check bukaan, masa ni dah 6-7cm, terus midwife inform doktor. Lepastu terus Mila dibawa ke labour room, siap nurse bawa wheelchair dekat bilik sebab nak bawa Mila ke labour room dekat tingkat 1.
Erkh, sebelum tu, sempat lagi order dengan En Qayum, Mila nak makan nasi goreng, Abang ipar Mila yang belikan ktrg makanan, En Qayum tak makan dari petang tadi. Mila je yang makan, last2, Mila pon lapar sama.

11pm, 3 April 2016
Apa yang bestnya Hospital Az-zahra ni, even dalam labour room pon diorg pasangkan bacaan mengaji Al-Quran, minda jadi tenang walaupon time tu tengah tahan sakit. Dekat labour room, ibu atau suami pesakit boleh temankan pesakit. Sementara En Qayum makan, ibu Mila yang tunggu Mila, sambil bagi support, dan mulut tak henti2 lafazkan doa nabi Yunus. Lepas En Qayum habis makan, die pula yang teman Mila dalam labour room. Since, waktu lawatan tak boleh melebihi pukul 12malam, semua family members pon balik, sambil menunggu berita gembira.
Dekat labour room, nasi goreng yang dipesan , Mila sempat makan 2 suap jee.. Tak lalu dibuat nya mengenangkan sakit contraction. Masa ni juga midwife ada offer nak tak cucuk ubat tahan sakit ke, epidural ke, nak gas ke.. Walaupon tengah sakit, still tak nak semua tu.. budget kuat, hihihi...

1130pm, 3 April 2016
Sementara tunggu doktor datang, midwife pon buat segala persiapan untuk bersalin, nampak lah nurse keluar masuk bilik labour room tu.. Bila doktor sampai, terus check bukaan, masa ni, En Qayum pon ada dekat sebelah, dan 3 orang midwife berdiri belakang Doktor.. dannn, akhirnya...

to be continue...

Till then,

Salam sayang,

Mila


Tuesday, 3 November 2015

Vacation to Perth, Australia?

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!

Angan-angan untuk bercuti ke Perth Australia next week terpaksa di kuburkan, huhuhu, ticket dah beli, itenary dah siap, tapi, Allah maha mengetahui. Kami tak jadi pergi oleh kerana beberapa sebab. Sedih? Iya.. tapi, takpe , banyak hikmah nya.

Pada mulanya, Mila dapat berita dari kawan mila yang ikut trip ni die tak dapat ikut memandangkan ekonomi malaysia yang teruk sekarang ni, Almaklumlah rate Aud sekarang RM3.10 bersamaan dengan 1AUD, mahal ko maiinnn kan.. Masa tu Mila and Qayum dah rasa 50-50 sebab kalau pg dua org je mmg bnyk belanja sebab plan nya nk sewa kereta and homestay dekat sana. Kuasa Allah, ktrg dapat tau yang Mila pregnant masa bln 8 hari tu, MasyaAllah, masa ni dah 80% rasa tak nak pergi. huhuhu. sebab memikirkan keadaan Mila yang mabuk teruk , lagilah perjalanan di awan biru nanti selama 5-6jam. huhu, mahu termuntah2 nanti. Masa pergi korea hari tu pon dh rasa tak selesa sebab 6 jam perjalanan, tido, bangun, tdo dan bangun semula tak sampai2. erkh?! Inikan pula time dah berbadan dua , apa jadi nanti. hihi. 
Dan yang menguatkan kitorg untuk cancel trip ke Perth kali ni sebab En Qayum received email dari Air Asia bulan 9 hari tu bagi tau flight balik delay, so, boleh refund?! wahhhh.. ini sudah bagus kan,  Memang dah rasa nk cancel, lps tu dapat refund pulak. Refund ni bukan dalam bentuk duit, tapi, di bagi credit shell, which is kita dapat full amount harga ticket yang kita beli dan boleh beli ticket lain dalam tempoh 90 hari bila2 masa dan di mana jua. Untuk kaki travel, pastinya berbaloi bukan?

Alhamdulillah, Allah membantu di kala hamba nya kesusahan. hihi.

Since tak dapat pergi ke Perth, Mila and En Qayum decide untuk jelajah dalam Malaysia ajooo... Kami pergi tarikh yang sama plan ke perth , cuma di pendekkan dari 6 hari kepada 3 hari 2 malam sahaja, Destinasinya? 



Pulau Langkawi!

InsyaAllah kami akan stay one nite di Tanjung Rhu Resort.

Dah lama mengidam nak ddk sini dari tahun 2008 lagi, masa last visit ke Langkawi dengan family. 

InsyaAllah, jika kesempatan, Mila akan buat review dan cost, kami budget 1.5k sahaja ni.. Much better dari perbelanjaan ke perth yang mencecah 5.6k, jimat banyak disitu, boleh simpan untuk perbelanjaan untuk baby.

Perihal our little caliph? 
Alhamdulillah dah nk masuk 5 month pregnancy, so far, semua ok, tak sabar nak jumpa our little caliph lagi 2 minggu lagi, Doktor kata next checkup nanti dah boleh tau gender. 
Excited!

Trip untuk ke Tokyo next year sambil sambut Anniversary?
Alhamdulillah dapat grab ticket promo bulan 8 hari tu (masa ni tak tau yang Mila pregnant), 1.3k tix return untuk 2 orang. super murah kan, tapi, tak tau lah dapat pergi ke tak, since masa tu dah 34weeks, masih dalam perancangan, takut nak plan sebab belum pasti. Semoga semua di permudahkan hendaknya, teringin sangat nak main snow ni!
Hihihihi..

Till then,

Mila




Friday, 9 October 2015

Anugerah Paling Indah Dari-Nya

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hy readers!




Anugerah Paling Indah Dari-Nya

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah =)

Mila dah masuk 2nd trimester, masih mabuk kepayang dan hilang selera makan, insyaAllah will update soon!

Till then,

Salam Syang,

Mila