Wednesday 22 January 2014

BE POSITIVE AND STAY STRONG!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hello pretty brides to be, brides & my lovely readers...

January 2014 tinggal beberapa hari je lagi, cepat betul masa berlalu kan... bila dh masuk tahun baru, macam2 planning untuk tahun tersebut. Mila? macam biasa.. go with the flow, be positive and stay strong for any matters yang berlaku dalam hidup ini... heee =)

kalau nak cerita tentang rezeki lepas kahwin ni, alhamdulillah sangat, sebab rezeki yang Allah beri, tak pernah putus, tak kisah lah dari segi kewangan ke, kesihatan ke, kekeluargaan ke... semuanya boleh dikategorikan sebagai okeyh! 

fyi, Mila tak pernah bayangkan nak ada business sendiri, especially business wedding?! @&^*#$% seriously , tak pernah terpikir! heee... masa dkt uni, belajar engineering, budget nanti jadi engineer lahh... tp, tak jadi pon... setakat research assistant and practical student je.. tapi, rasa lah jugak tempias engineer tu... huhuhu... bila habis je degree, memang tak sempat kerja ponn, terus sambung master, then, buat part time deco2 pelamin... bila SV mintak jadi research assistant untuk beberapa projek, mila on jee.. time tu tgh mau cari duit kawin, kerja apa pon sebat, asal Halal Toiyibba.. ngeee... 

Masa time deco pelamin, kena interview dgn customer, tanya kan background Mila, either ada kena mengena ke dengan deco2 ni, dengan jayanya jawab, takde, saya dolu belajar engineering. memang peliks lah kan, belajar engineering tapi, buat biz deco @.@

tapi, kalau kita suka buat sesuatu tu, tak kira apa, dengan keikhlasan, insyaALLAH berjaya!

kalau orang tanya dekat Mila tak menyesal ke belajar tinggi2, then end up with biz deco?!

lol, rezeki ALLAH kan luas, tak salah rasanya belajar tak kira lah sampai tahap mana, sebab ilmu ALLAH itu sangat luas. memang seronok apa belajar, belajar sesuatu yang baru, tak pernah akan habis. dan kita hidup kat dunia ni pon , setiap hari kita belajar. cuma bila dekat uni, ada org guide, dalam kehidupan harian, banyak yang kita belajar sendiri. dari pemerhatian, analisis, dan rentak org lain.

bagi Mila, belajar setakat tahap yang kita mampu, jangan tiru orang lain, jadi je diri sendiri, nasihat orang lain, kita boleh dengar, tapi, jangan amik bulat-bulat, sebab diri kita, kita sendiri yang tanggung.

pernah jugak terpikir di fikiran, bila tengok kawan2 lain keja dekat office, design projek itu dan ini, rasa terdetik juga nak buat perkara yang sama, lagi2 bila dah kat umah, jumpa en Qayum, dia citer projek yang on going sekarang ni dekat opis dia, rasa seronok je... kongsi ilmu apa yang ada dengan encik Qayum setakat yang Mila tau, bercerita tentang pelajaran yang ktrg belajar masa dekat uni dolu,dan etc... mmg rasa seronok, tapi, Mila sendiri yang pilih jalan yang ada sekarang, jadi memang tak menyesal... hanya terdetik je nak merasa pekerjaan itu =)

insyaALLAH nanti bila dah habis Master, Mila tetap akan jalankan biz wedding deco seperti biasa, cita-cita nak jadi engineer tu Mila akan ketepikan dolu, dan yang pasti sekarang, Mila nak jadi isteri & anak solehah, sebab itu yang pasti, Dunia yang akan datang, Dunia yang hakiki di sisi NYA...

REZEKI? 

rahsia Allah, setakat ni, memang bersyukur sangat dengan apa yang ada =)

dan Mila pegang prinsip, buat takat yang mampu, jangan nak melebih-lebih, buat sesuatu tu, biarlah sederhana =)

kalau orang lain ada Anak, kita yang takde ni, SABAR, kalau ALLAH nk bagi, anytime jee...

kalau orang lain dapat pergi UMRAH dan Haji dalam usia yang muda, kita yang khilaf ni SABAR, kumpul duit, buat persiapan secukupkan, yang penting dah ada niat, insyaALLAH kalau usaha, insyaALLAH dapat pergi one FINE day =)

kalau orang lain dah ada RUMAH SENDIRI, kita yang takde lagi ni, SABAR, USAHA setakat yang boleh, cari yang bersesuaian, insyaALLAH , kalau ada rezeki, tak kisah lah 10tahun lagi, insyaALLAH dapat.

yang penting SABAR, USAHA dan BERSYUKUR atas apa yang kita ada, insyaALLAH kehidupan akan jadi tenang dan sentiasa berfikiran BAIK & POSITIF. kalau semua benda kita nak compare dengan kehidupan orang lain, memang takkan habis, dokk compare je kan... nak jadi diri sendiri ke nak jadi orang lain? hmm...

dan fikir kan nikmat hidup dekat dunia ni, hanya sementara, barulah kita akan berasa bersyukur dan pilih jalan hidup yang bersederhana.


02.01.2014, short trip ke pulau pangkor. 

Awal tahun hari tu, tak rancang pon nak g jalan mana2 since butik baru je beroperasi, banyak kerja yang tertangguh, tapi, musibah datang tak di duga, nenek en Qayum sakit di Ipoh, jadi kami decide nak p melawat, sambil tu husband buat suprise bila tetiba je setuju dengan cakap main2 Mila nak p pangkor. =) jadi kami stay one night dekat pulau, rehat dan tenangkan fikiran. trip sempoi kami p melawat nenek dan bercuti walaupon sebenarnya tak de cuti end up with thousand memories =)

Last 2 months ago, without proper planning, kami decide nak p vacation ke Bali on january since tix AA sgt murah! insyaALLAH, flight Jumaat ni, as usual, vacation mengejut dan hanya 3 hari je... semoga kami pergi dan balik dengan selamat, nanti Mila share lagi cerita ke Bali ni for the next entry k...

till then,

salam sayang,

MILA




4 comments:

  1. Btul tu mila...rahmah pun xmenyesal wat bisnes biasa2 n jd suri rumah..rezeki allah dh tentukan..kita usaha n doa...wat yg termmpu.,

    ReplyDelete
  2. agree sangat2 dgn mila ...
    whatever it is , janji benda yang kita buat tuh kita suka ...
    rezeki mana-mana pon ada ..
    yang penting usaha ..
    chaiyok2 mila (^_^)

    ReplyDelete
  3. betul..rezeki Allah tu luas. setiap orang ada bahagian masing2. rezeki masing2. soal kerja tu ikut minat masing2 gak.Asalkan kita buat kerja kita suka, enjoy & halal dah ok.

    ReplyDelete
  4. takpe mila..grass always greener on the other side.. :)

    ReplyDelete