Friday, 13 July 2012

Life after married...

ASSALAMUALIKUM...

Selain persiapan untuk majlis nikah dan resepsi, ramai yang terlupa akan kehidupan selepas majlis tersebut.. yup, including me... :p  (Baru terfikir-fikir baru2 nih) huehuehue..
lucky me dpt en tunang yg selalu budget, tp, nak gempak je dlm semua perkara, =) die selalu ingtkan untuk selalu berjimat... tp, dlm bab kawen, mila rasa x salah jika kite spend lebih untuk perkara2 seperti pemilihan photographer dan videographer (ayat sedapkan hati cz teramik vendor yg agak mahal untuk dua perkara ini)
tambah sedap kan hati, bila semua cost decor di tanggung oleh syarikat sendiri, di situ, sy dah jimat.... :p

back to main issue, life after married, perancangan sudah ada, lucky us, FFIL and FMIL ada rumah kosong di pantai dalam, insyaALLAH we will stay there after married. Untuk all furniture and stuff, boleh amik dkt rumah sewa yg mila sdg duduk skrg... mmg bnyk dah barang, kumpul dari zaman diploma lagi, mana yg boleh guna, harus di agkut untuk rumah baru... hee...

i do love simple thing, it so me, so, harus lah decoration rumah nnt, simple2 sahaja, cukup dgn 3 seater seat with small coffe table untuk ruang tamu.. meja makan boleh beli aje dkt ikea with lower price as low as RM159 for 4 person... murah kan??(awal2 lagi dah survey)
bed pon boleh crk dkt sana, again, cr yg mrh je dolu, as long as the structure kuat dan x mudah roboh (erk, same je lah maksud tu...)

the planing is there, unfortunately, a month a ago, QAYUM got a new job, and the site is located in SENDAYAN, N9... I'm happy?? yes!! salary, increase, and for sure the responsibility also... bnyk yang En Qayum belajar dari kerja yg baru ni, tapi, yg sedih nya, kenapa lah site nye jauh sangat... eventhough die dapat rumah dekat sana, given by the company, should i stay there also after we get married? how's my business and future job??

REDHA... i do believe, ALLAH will be my side, no matter how... just follow the path... =)
yup, itulah yang kami sedang lalui, mungkin perkara ini kecil untuk pasangan lain, tapi, besar untuk kami....

REZEKI itu ada di mana2, percaya dengan sifat ALLAH yang MAHA PEMURAH membuatkan mila REDHA akan ketentuan NYA.

ALHAMDULILLAH, en QAYUM dapat panggilan telefon minggu lepas dari TRC, one of bumiputera company di UKAY PERDANA. Beliau menawarkan position yang agak baik untuk EN QAYUM. Tawaran yang hanya perlu bekerja di HQ mereka di UKAY PERDANA, cuma kadang kala sahaja perlu ke site di BINTULU. Berita ini sangat mengembirakan hati cik MILA, tidak perlu risau lagi kehidupan lps kawen di SENDAYAN... SYUKUR YA RABB...

As i mention early, i do believe, ALLAH is always with us, we are not dream to be a rich person, even though we do have a business,
we just dream to have a simple life, being as a husband and wife untill JANNAH,
being a good son and daughter,
being a good brother and sister,
and insyaALLAH being a good father and mother ... it just enough , have a simple life is just my dream....kerana yang pasti kehidupan di akhirat itu lebih penting dari segalanya...
mohon segala nya di permudahkan...

untill then,

salam sayang,

cik MILA


DI TUNDA...

ASSALAMMUALAIKUM

Majlis bertandang di tunda! Cerita ni sebenarnya dah basi, baru sekarang teringat nak review...heee.... ampun...
sebenarnya mila yg minta tunda, waktu tu saja2 gatal mulut ckp dgn en tunang, 
'boleh ke majlis belah awak kita tunda 2 minggu lebih lewat, if sebulan pon tak pe...'
jawab en tunang, 'boleh je syg..'
'erk, betul ke? Yelah, tkt x smpt nk buat preparation belah awak nnt, dh lah tema arabian bagai, sure bnyk keje nnt, tp, mama ngan abah ok ke?'
jawab en tunang lagi, 'insyaALLAH diorg okey'
fuhhh... selamat, sebenarnya, benda ni dh bnyk kali berlegar2 dkt kepala otak cik mila, almaklumlah, majlis kami, kami yg decor sendiri, dan bnyk perkara yg perlu di ambil kira, tkt x sempat, itu selalu... dan sekrg rasa mcm nk tunda jgk majlis belah cik mila... erk? Tp, nak kawen cpt... opsss... tergatal di situ =p
kami decide nak tunda end of mei hr tu, a week before tarikh booking dewan dibuka, alhamdulillah, 1st of june hr tu FFIL dah buat booking dewan komuniti pantai dalam untuk tarikh 30.03.2013...
so, cerita booking dewan, udah ditutup... x yah nak risau lagi, wink! Alhamdulillah, semoga segalanya di permudahkan... amin

till then,

salam sayang,

cik MILA

Thursday, 12 July 2012

DAY 1: SURABAYA WITH LOVE

ASSALAMMUALAIKUM

As promised, review yang pertama....

 Saturday, 7th July 2012: KUALA LUMPUR-SURABAYA

Kami bertolak dari rumah jam 530 am dan sampai di LCCT jam 630 am.. waktu tu memang agak kelam kabut sedikit, ya lah, makna tak nye, flight departure 645 am... 
Alhamdulillah, dengan izinnya, segala nya di permudahkan... kami selamat menaiki flight dan telah berlepas ke SURABAYA jam 700 am...
Cuaca pagi tu agak cerah sehingga lah kami mulai masuk ke bumi surabaya, di sini cuaca agak mendung dan suhunya hanya 25-27 Celsius... Tepat jam 845am kami selamat mendarat di JUANDA INTERNATIONAL AIRPORT , SURABAYA... kalau waktu malaysia, 945am, di sini, beza dgn waktu malaysia hanya 1 jam...

Struktur binaan JUANDA AIRPORT agak unik sedikit, lebih kepada rekaan minang kabau seperti di negeri sembilan, dan yang best nye, keadaan di sini sangat tenang, berbeza sekali dengan keadaan di LCCT, sana sini ada je orang...
Keluar sahaja dari pintu airport, ada seorang bapak (panggilan pakcik/org lelaki di INDONESIA) datang ke arah kumpulan kami untuk menjual simcard INDONESIA... harga nya, owhh sgt mahal okeyh, ada ke patut die nak jual dengan harga RM10 dan kredit di dalam nya Rp. 5000 (bersamaa RM1.70)... Sangat tidak berbaloi bukan???
dan kami tidak membeli nya...

Pujian buat agency perlancongan ADA TRAVELLING kerana sampai sahaja kami disana, mereka sudah menunggu kami dengan seketul Dunky Donuts bersama dengan Air Mineral, bas pon time tu dah ada... rombangan kami seramai 40 orang , terus menaiki bas untuk ke destinasi yang pertama, HEROES MONUMENT & MUSEUM OF TEN NOVEMBER

DESTINASI PERTAMA: HEROES MONUMENT & MUSEUM OF TEN NOVEMBER
Untuk yang meminati sejarah, tempat ni, memang sesuai sekali. Kami di bawa melawat tugu peringatan pahlawan dulu kala dan telah di bawa memasuki MUZUEM OF TEN NOVEMBER. Menurut PAK ARDY (tourist guide kami), SURABAYA merupakan KOTA PAHLAWAN. Mereka ingin kan kemerdekaan, dan peperangan telah berlaku di bumi Surabaya pada tahun 1945.






Selesai sahaja lawatan di tempat bersejarah, kami di bawa ke sebuah restoran di tengah bandar SURABAYA, jika ditanya apakah nama restoran tersebut, maaf, MILA tak ingat, dan terlupa nak amik gambar restoran dari luar. Harus di katakan makanan di sini enak bangat!!! seperti di mana-mana sahaja restoran di bumi INDONESIA, makanan yang di hidangkan pasti nya banyak sekali, cuma kuantiti setiap makanan sahaja yang cukup2 untuk 4 orang makan...


Ayah dan ibu cik Mila sedang mengadap makanan tengahari kami

Juice orange... ini sedap.. 

Makanan tengahari kami, banyak kan???

perut yang kenyang, disamping cuaca yang redup, memang mendorong kami untuk tidur... hue...hue...hue... terdapat 3 lagi tempat yang harus dilawati... masa ni, cik mila udah capek bu... bosan pon iya jugak... ngeee...

DESTINASI KEDUA: THE HOUSE OF SAMPOERNA
Sampoerna??? untuk penghisap rokok, sudah pasti familiar dengan perkataan ini, ya... kami di bawa ke kilang penyedian rokok jenama SAMPOERNA. Pengakuan ikhlas dari cik mila yang sudah pasti selalu mendengar perkataan SAMPOERNA (ehhh,,,, saya tak hisap rokok okeyh, pernah dengar je dekat malaysia ada rokok jenama sampoerna), SAYA TIDAK TAHU PON, JENAMA ROKOK SAMPOERNA NI, DATANGNYA DARI NEGARA SEBERANG, INDONESIA... hue..hue..hue...
Sampai je dekat depan kilang ni, bau tembakau, ya rabbi, kuat sungguh, rasa macam tak boleh nak bernafas dengan sempurna, tapi, kagum okeyh, sangat cantik entrance kilang ni... rasa macam dekat spa je...=)
Kami di beri penerangan oleh juru cakap di sini, mengenai asal usul pengasas kilang somperna... bla...bla..bla... selesai!!!

MUSEUM, HOUSE OF SAMPOERNA (bawah muzium, tingkat atas, kilang penprosesan rokok)
 
Tembakau

Sesi penerangan mengenai asal usul pengasas rokok SAMPOERNA

Previous packaging 

Selesai lawatan di sini, kami di bawa ke destinasi seterusnya, CHENG HO MOSQUE

DESTINASI KETIGA: CHENG HO MOSQUE
Kalau di lihat dari luar, CHENG HO MOSQUE ni seperti persantren-persantren(sekolah agama) lain di INDONESIA, masuk sahaja ke dalam kawasan persantren tersebut, cik MILA agak kagum dengan struktur binaan masjid ini... seperti berada di CHINA, struktur masjid ini berkonsepkan chinese architecture. Kami sempat menuanaikan solat JAMAK TAKHIR di sini. Oleh kerana battery camera kami tidak dapat berfungsi ketika di sini, tiada gambar yang di ambil ketika berada di masjid ini.

DESTINASI KEEMPAT: SUBMARINE MONUMENT
Apa yang menarik nya di sini??? kami di bawa masuk kedalam KAPAL SELAM, KRI Pasopati 410 type Whiskey Class Russia Submarine yang telah di gunakan pada tahun 1952!!! Kapal selam ni, sangat besar dan panjang dan telah di bawa naik ke daratan untuk di jadikan muzium... dari luar, memang nampak sangat besar dan panjang, tapi, bila kami masuk je kedalan perut kapal, kapal ini sangat kecil, muat-muat untuk seorang je lalu... agak menarik jugak lah ketika di sini, almaklumlah, cik mila mana pernah masuk dalam kapal selam... hue..hue..hue... lagi sekali, ketika di sini, tiada gambar yang di ambil, sebab battery camera dah kong!!!

Submarine monument merupakan tempat terakhir yang kami lawati pada hari pertama di bumi SURABAYA, seterusnya kami di bawa ke hotel penginapan kami, yang lebih kurang 10 minit dari Submarine monumet. Kami check in di TUJUNGAN HOTEL ketika waktu tempatan pukul 6pm...

Masuk sahaja ke dalam bilik, perkara pertama yang di cari, adalah plug... alangkah sedih nya bila mana tgk je plug yang terdapat di dalam bilik, merupakan plug 2 pin yang bulat tu... ohhh... mana nak cari plug 2 pin macam ni??? memang dekat malaysia, jarang di gunakan, haruslah cik mila tak ado plug nya... hmmm... dalam hati, berdoa semoga kakak dan adik lelaki ku yang dua orang tu, ada membawanya... flight diorang malam ni, pukul 845mlm waktu malaysia, dan di jangka sampai di Surabaya waktu tempatan, jam 11 malam. 
pada mulanya kakak dan adik lelaki mila yang dua orang tu tak bercadang untuk ikut kami berlima (ayah, ibu, cik mila dan 2 orang adik perempuan cik mila) untuk ke surabaya ni, last minute decision... alhamdulillah, pihak pengurusan dgn senang hati menerima kehadiran mereke bertiga, nasib baik ada tempat kosong di dalam bas, if not, naik teksi ajo lah mereka ni ke MT. BROMO (hari esoknya)

Tinggalkan sebentar hal-hal mereka, mila nak teruskan dengan destinasi seterusnya kami di malam pertama di kota pahlawan....

Oleh kerana, masing-masing dah penat dengan aktivti di siang hari, kami hanya di bawa ke restoran tempatan yang hanya 10 minit perjalan dari HOTEL penginapan... Kami di bawa ke sebuah restoran HALAL chinise cuisine... ya ampun, makanan di restoran ni, sgt lah sedap sehingga menjilat jari !!! lagi sekali, ketika di sini, battery camera masih kong, tak dapat nak tangkat gambar... sob...sob... apa yang boleh mila gambarkan, restoran ni, decorations nye cantik sangat, di tambah dengan air tejun buatan... memang layan habis masih makan... kami di hidangkan dengan makanan seafood dari nasi goreng seafood, telur bistik masak dengan sweet sour, sup ikan dan macam-macam... udah ngak ingat... heee...

Alhamdulillah, malam pertama di SURABAYA kami di hidangkan dengan makan yang enak sekali. Selesai DINNER, kami terus di bawa semula ke HOTEL TUNJUNGAN untuk beristerehat, kerana esok pagi, jam 8am harus berkumpul di lobi untuk ke destinasi seterusnya, MALANG-BATU-BROMO

Tunggu entry hari kedua pulak ya...

Till then,

salam sayang,

cik MILA








Wednesday, 11 July 2012

Surabaya with love

ASSALAM SEMUA...

Ada yang merindui cik MILA? Harus dikatakan ada bila mana perkara pertama bila cik mila sampai di LCCT semalam, encik tunang sudah bertanyakan khabar... huehuehue... dlm hati ada taman :)
okeyh, berbalik pada tjk entry hr ini, SURABAYA WITH LOVE, cik mila br je sampai semalam di KL dari surabaya, penerbangan AK1397 landing dgn jayanya... alhamdulillah... kami sekeluarga selamat tiba di kuala lumpur, waktu malaysia 11.30mlm... 15 minit lbh awal... syukran ya rabb...
apa yg boleh cik mila katakan, surabaya is awesome!!! terutama sekali ketika kami sekeluarga ke MT. BROMO...
insyaALLAH cik mila akan review selama 4 hari 3 mlm cik mila dan keluarga ketika di sana...


till then,

salam sayang, 

cik MILA

Friday, 29 June 2012

PELAMIN NIKAH DAN RESEPSI

ASSALAM SEMUA....

Fast update diri cik MILA these few days, sibok dengan kerja-kerja di AAWD... huehuehue...

layan gambar ajo boleh???

MAJLIS NIKAH DAN RESEPSI DIANA, 23.06.2012 - KUALA LIPIS, PAHANG

PELAMIN NIKAH


FRESH FLOWER HAND BOUQUET


HANTARAN FRESH FLOWERS


PELAMIN RUMAH

ALL BY AZMAH AHMAD WEDDING DECOR & EVENTS =)

TILL THEN,

SALAM SAYANG,

CIK MILA =)

Tuesday, 26 June 2012

PELAMIN DEWAN RM2K!!!

ASSALAM SEMUA...

JUST TO INFORM YOULLS, PIHAK AAWD ADA BUAT END JUNE PROMO UNTUK PELAMIN DEWAN FOR ONLY RM2K, promo yang sangat berbaloi sebab semua bunga dekat pelamin tu fresh flowers!!! yuhuu... best kan, so, apa tunggu lagi, cepat2 booking untuk dpt price hebat ni!!!





FOR BOOKING, EMAIL DETAILS TO azahmad.weddingdecor@gmail.com

TQ,

salam sayang,

cik MILA

Friday, 15 June 2012

Sudah Bergelar Isteri

Assalam semua...

Lama kan blog ni sepi tanpa sepatah pon perkataan... heee... alih2 tajuk entry mau gempak ajo... bukan mila yang sudah menjadi isteri orang, tp, my dear housemate, PUAN IEQA... kalau uolls perasan, Ieqa dan husben die ni juara gerbang cinta utusan malaysia...
 majlis akad nikah diorang 9 JUN hari tu... hadiah istimewa buat Ieqa dan Firdaus, mila bagi guest book macam dkt bawah tu... if uolls nk guest book macam ni, boleh la order dgn mila :)...weee.... sempat ag promote =)


HARD COVER GUEST BOOK BUAT IEQA & FIRDAUS, ini je yang mampu, almaklum lah, sy ni students je, hadiah buatan sendiri je mampu bagi... uhuks... :)




Polaroid camera tu Ieqa sewa dgn AAWD, RM50 je... film polaroid tu pulak, 1 kotak, RM30, ni memang harga pasaran.. g mana2 kedai camera, same je price nye...


Ni pulak gambar isi nye... every pages was printed, design by cik MILA =p (abaikan tangan gebok encik QAYUM di situ ya...)


Lastly, our picture!!!
EN QAYUM, husbend IEQA, IEQA and cik MILA =)

Jenuh jugak lah nak sampai ke rumah IEQA pada hari kejadiaan... macam-macam berlaku... =.=''
Sebelum mila bertolak ke rumah IEQA, mila buka dolu mini pelamin di kajang (GAMBAR refer kat bawah yaa..) then, kna pickup my future sister in law dekat NILAI, then, baru bergerak ke BATU PAHAT, sebelum tu, masa dekat rumah, dengan gigihnya menyiapkan FRESH FLOWERS HAND BOUQUET, red roses buat IEQA... fuhhh... finally, ALHAMDULILLAH, ktrg sampai jugak ke rumah IEQA di batu pahat...    time tu IEQA and husbend ngah amik gambar, so, kami pon selit lah sekeping dua gambar sebagai kenangan =p, balik je dari rumah IEQA, kami check in hotel dekat AYER HITAM, syukur, kakak mila dan adik-beradik mila yang lain dh sampai, sampai je hotel, terus zzzz, kebetulan pulak hotel tu SIYES SUPERB!!! sgt selesa dan cantik!!! apa lagi, lena lah dibuatnya... ohhh... sebelum END story ni, sure korang curious, napelah mila dok sebut kakak and adik mila dalam enrty ni, sebenarnya, keesokkan hari tu, kami masuk SINGAPORE, off to USS!!! so, for the next entry, haruslah cerita tentang USS kan...


 
MINI PELAMIN AIN, KAJANG, 09.06.2012


till then,

salam sayang,

cik MILA =)